Mazmur
Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.
31 Ya Yehuwa, aku berlindung kepada-Mu.+
Semoga aku tidak dimalukan.+
Selamatkanlah aku kerana Engkau Tuhan yang adil dan benar.+
2 Dengarlah* seruanku dengan teliti,
Dan selamatkanlah aku dengan segera.+
Jadilah gunung batu yang kukuh bagiku,
Dan jadilah kubu perlindungan untuk menyelamatkan aku.+
5 Ya Tuhan, aku menyerahkan nyawaku ke dalam tangan-Mu.+
Ya Yehuwa, Engkaulah sumber kebenaran,* dan Engkaulah yang telah menebus nyawaku.+
6 Aku membenci orang yang menyembah berhala yang tidak berguna,
Tetapi aku percaya kepada-Mu, ya Yehuwa.
7 Aku akan bergembira dan bersukacita kerana kasih setia-Mu.
Engkau telah melihat penderitaanku,+
Dan Engkau mengetahui kesengsaraanku.
8 Engkau tidak menyerahkan aku kepada musuh.
Sebaliknya Engkau membolehkan aku berdiri teguh di tempat yang selamat.*
9 Ya Yehuwa, kasihanilah aku kerana aku dalam kesusahan.
Jiwa ragaku merana+ dan penglihatanku menjadi kabur kerana keresahan hatiku.+
Aku semakin lemah kerana kesalahanku,
Dan tulang-tulangku menjadi semakin rapuh.+
11 Aku dihina oleh semua musuhku,+
Terutamanya oleh jiran-jiranku.
Orang yang mengenal aku takut untuk mendekati aku;
Mereka lari apabila nampak aku di jalan.+
12 Aku menjadi seperti orang yang sudah mati dan seperti bekas yang sudah pecah;
Aku telah dilupakan dan tidak dikenang sama sekali.
13 Aku telah mendengar banyak fitnah tentangku,
Dan aku dicengkam ketakutan.+
Musuh-musuhku berkomplot untuk menentang aku;
Mereka merancang untuk meragut nyawaku.+
14 Namun aku tetap percaya kepada-Mu, ya Yehuwa.+
Aku berkata, “Engkaulah Tuhanku!”+
15 Nyawaku ada dalam tangan-Mu.
Selamatkanlah aku daripada musuhku dan daripada orang yang menganiaya aku.+
16 Semoga rahmat-Mu menyinari hamba-Mu ini.+
Selamatkanlah aku kerana kasih setia-Mu.
17 Ya Yehuwa, semoga aku tidak dimalukan apabila aku berseru kepada-Mu.+
18 Biarlah mulut penipu dan bibir orang yang angkuh ditutup;+
Biarlah orang yang suka bercakap besar terdiam; biarlah mereka yang menghina orang baik menjadi kelu.
19 Ya Tuhan, kebaikan-Mu begitu melimpah!+
Engkau menyediakan banyak berkat untuk orang yang takut kepada-Mu;+
Di hadapan semua orang, Engkau menunjukkan kebaikan-Mu demi orang yang berlindung kepada-Mu.+
20 Engkau menyembunyikan mereka di tempat rahsia-Mu+
Agar mereka selamat daripada rancangan orang yang jahat.
Engkau melindungi mereka di tempat naungan-Mu
21 Ya Yehuwa, semoga Engkau dipuji!
Ketika aku berada di dalam kota yang dikepung,+ Engkau menunjukkan kasih setia-Mu kepadaku dengan cara yang menakjubkan.+
22 Aku berasa cemas dan berkata,
“Aku pasti akan lenyap dari hadirat-Mu.”+
Tetapi Engkau mendengarkan seruanku meminta tolong.+
23 Kasihilah Yehuwa, hai umat-Nya yang setia!+