Mazmur
Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Lagu yang digubah oleh Daud.
4 Ya Tuhanku yang adil dan benar,+ jawablah aku apabila aku berseru kepada-Mu.
Bukalah jalan keluar bagiku sewaktu aku berada dalam kesusahan.
Tunjukkanlah belas kasihan terhadapku dan dengarlah doaku.
2 Hai manusia, berapa lamakah kamu akan menghina aku?
Berapa lamakah kamu akan mengasihi perkara yang tidak berguna dan mengejar apa yang palsu? (Selah)
3 Ketahuilah bahawa Yehuwa akan memperlakukan hamba-Nya yang setia dengan cara yang istimewa.*
Yehuwa akan mendengar ketika aku berseru kepada-Nya.
4 Jika kamu marah, janganlah berdosa.+
Ketika kamu berbaring di atas katilmu, ucapkanlah hal itu dalam hatimu sambil berdiam diri. (Selah)
5 Apa sahaja yang kamu persembahkan kepada Tuhan,
Berikannya dengan hati yang ikhlas dan percayalah kepada Yehuwa.+
6 Banyak orang berkata, “Siapakah yang akan memberi kita sesuatu yang baik?”
Ya Yehuwa, semoga Engkau berkenan kepada kami.+
7 Engkau telah membuat hatiku lebih bersukacita
Daripada orang yang mendapat banyak hasil bijirin dan wain baharu.