Mazmur
Mazmur yang digubah oleh Daud.
3 Angkatlah tombak dan kapak perang-Mu untuk menentang orang yang mengejar aku.+
Katakanlah kepadaku, “Aku ialah penyelamatmu.”+
4 Biarlah orang yang mencuba membunuh aku, dihina dan diaibkan;+
Biarlah orang yang berkomplot untuk membinasakan aku, berundur dan dimalukan.
5 Ya Yehuwa, biarlah malaikat-Mu mengusir mereka;
Biarlah mereka semua menjadi seperti sekam yang ditiup angin.+
6 Ya Yehuwa, ketika malaikat-Mu mengejar mereka,
Biarlah jalan mereka menjadi gelap dan licin.
7 Tanpa sebab, mereka telah memasang jaring untuk memerangkap aku;
Tanpa sebab, mereka telah menggali lubang untuk menangkap aku.
8 Biarlah mereka ditimpa bencana secara tiba-tiba;
Biarlah mereka dijerat oleh jaring yang dipasang oleh mereka sendiri;
Biarlah mereka jatuh ke dalamnya dan dibinasakan.+
9 Tetapi aku akan bersukacita kerana-Mu, ya Yehuwa;
Aku akan bergembira kerana Engkau telah menyelamatkan aku.
10 Dengan sepenuh hati, aku akan berkata,
“Ya Yehuwa, siapakah yang dapat menandingi-Mu?
Engkau menyelamatkan orang yang lemah daripada orang yang kuat;+
Engkau membebaskan orang yang miskin dan orang yang ditindas daripada orang yang merompak mereka.”+
11 Saksi-saksi yang jahat bangkit untuk melawan aku;+
Mereka menuduh aku tentang perkara yang tidak aku ketahui.
12 Mereka membalas kebaikanku dengan kejahatan;+
Mereka menyebabkan aku hilang harapan.
13 Semasa mereka sakit, aku berdukacita;
Aku memakai kain guni dan berpuasa.
Apabila doaku bagi pihak mereka tidak dijawab,
14 Aku berkabung seperti orang yang menangisi kematian sahabat atau saudaranya;
Aku menundukkan kepalaku kerana bersedih seperti orang yang meratapi kematian ibunya.
15 Namun semasa aku berada dalam kesusahan, mereka bergembira dan berkumpul
Untuk menyerang aku secara sembunyi-sembunyi;
Mereka tidak berdiam diri, sebaliknya mereka terus-menerus memfitnah aku.
16 Ya Tuhan, orang yang tidak menghormati-Mu mencela aku;*
Mereka menggertakkan gigi kerana mereka marah terhadapku.+
17 Ya Yehuwa, sampai bilakah Engkau akan membiarkan aku begini?+
Selamatkanlah aku daripada serangan mereka; peliharalah nyawaku yang berharga.+
Janganlah biarkan aku dicederakan oleh singa-singa itu.+
18 Lalu aku akan bersyukur kepada-Mu dalam kalangan perhimpunan* yang besar;+
Aku akan memuji-Mu dalam kalangan orang ramai yang berkumpul bersama.
19 Janganlah biarkan orang yang memusuhi aku tanpa sebab bergembira atas kesusahanku;
Janganlah biarkan orang yang membenci aku tanpa sebab mentertawakan aku.*+
20 Mereka tidak suka mengucapkan kata-kata yang membawa perdamaian,
Sebaliknya mereka merancang untuk memperdayakan orang yang mencintai kedamaian.+
21 Mereka membuka mulut untuk mencemuh aku.
Mereka berkata, “Ha, rancangan kami sudah berjaya!”
22 Ya Yehuwa, Engkau melihat semua ini. Janganlah terus berdiam diri.+
Ya Yehuwa, janganlah jauhkan diri-Mu daripadaku.+
23 Bangkitlah dan tegakkanlah keadilan bagiku;
Ya Yehuwa, Tuhanku, tolonglah aku dan belalah perkaraku.
24 Ya Yehuwa, Tuhanku, hakimilah aku menurut keadilan-Mu.+
Janganlah biarkan mereka bergembira atas kesusahanku.
25 Janganlah biarkan mereka berkata, “Ha, itulah yang kami mahu selama ini!”
Janganlah biarkan mereka berkata, “Ya, kami sudah menghancurkan dia!”+
26 Biarlah orang yang bersukacita atas kesusahanku dihina;
Biarlah mereka semua dimalukan.
Ya, biarlah mereka yang meninggikan diri diliputi perasaan aib dan malu.
27 Tetapi biarlah orang yang ingin aku dinyatakan benar bersorak dengan gembira;
Biarlah mereka selalu berkata,
“Semoga Yehuwa dimuliakan, kerana Dia senang hati melihat hamba-Nya hidup makmur!”+