Mazmur
Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+ Sebuah mazmur.
48 Yehuwa sungguh agung dan Dialah yang paling layak dipuji.
Ya, Dia harus dipuji di kota-Nya, di gunung suci-Nya.
2 Kota milik Raja Agung itu kelihatan indah di atas tempat yang tinggi;+
Gunung Sion yang terletak jauh di utara itu
3 Di menara-menara berkubu di situ,
Tuhan telah menunjukkan bahawa Dia ialah tempat naungan yang kukuh.*+
4 Lihatlah! Raja-raja sudah berkumpul;
Mereka telah mara bersama-sama,
5 Dan apabila mereka nampak kota itu, mereka terkejut.
Mereka dilanda rasa cemas dan lari ketakutan.
6 Mereka dicengkam rasa gentar;
Mereka kesakitan seperti wanita yang hampir bersalin.
7 Tuhan menghancurkan kapal-kapal Tarsis dengan angin timur yang kencang.
8 Dahulu kita mendengar tentang perbuatan Tuhan, tetapi kini kita melihatnya
Di kota Tuhan kita, di kota milik Yehuwa, ketua angkatan syurga.
Tuhan akan melindungi kota itu selama-lamanya.+ (Selah)
9 Ya Tuhan, di dalam Rumah-Mu,+
Kami merenungkan kasih setia-Mu.
10 Ya Tuhan, Engkau sentiasa menggunakan kuasa-Mu untuk berbuat baik.+
Nama-Mu akan dipuji sampai ke seluruh pelosok bumi,
Dan Engkau akan disanjung tinggi sampai ke hujung bumi.+
11 Semoga Gunung Sion+ bergembira;
Semoga pekan-pekan Yehuda turut bersukacita kerana penghakiman-Mu.+
12 Berjalanlah mengelilingi Sion
Dan hitunglah menara-menara di situ;+
13 Perhatikanlah tembok-tembok berkubu di situ,+
Dan periksalah menara-menara kukuh di situ,
Agar kamu dapat menceritakannya kepada keturunan yang akan datang.
14 Ya Tuhan, Engkaulah Tuhan kami+ selama-lamanya.