Mazmur
Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali yang diselaraskan dengan Syeminit.* Lagu yang digubah oleh Daud.
6 Ya Yehuwa, janganlah menegur aku ketika Engkau murka,
Dan janganlah membetulkan aku semasa Engkau marah.+
2 Ya Yehuwa, kasihanilah aku kerana aku semakin lemah.
Ya Yehuwa,+ kuatkanlah aku kerana aku tidak bermaya.
3 Sesungguhnya, hatiku sangat gelisah,+
Dan aku bertanya kepada-Mu, “Ya Yehuwa, sampai bilakah aku harus menderita?”+
4 Ya Yehuwa, selamatkanlah aku kerana Engkau penuh dengan kasih setia;+
Ya, datanglah dan selamatkanlah aku,+
5 Kerana orang mati tidak dapat bercakap* tentang-Mu;
6 Aku mengeluh sehingga menjadi letih lesu;+
Sepanjang malam katilku dibasahi dengan air mataku;
Tempat tidurku dibasahi dengan tangisanku.+
7 Penglihatanku menjadi kabur,+
Dan hatiku pedih disebabkan semua orang yang menindas aku.
8 Hai kamu semua yang jahat, pergilah daripadaku,
Kerana Yehuwa akan mendengarkan tangisanku.+
9 Yehuwa akan mendengarkan permohonanku;+
Yehuwa akan mengabulkan doaku.
10 Semua musuhku akan berasa cemas dan terhina;
Mereka akan segera berundur dengan penuh rasa malu.+