Mazmur
Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Maskil.* Mazmur ini digubah oleh Daud apabila penduduk Zif pergi kepada Saul dan berkata, “Daud sedang bersembunyi di negeri kami.”+
2 Ya Tuhan, dengarlah doaku;+
Berikanlah perhatian kepada seruanku,
3 Kerana orang yang tidak aku kenali menentang aku,
Dan orang yang zalim mencuba meragut nyawaku.+
Mereka langsung tidak mempedulikan Engkau.+ (Selah)
4 Lihatlah! Yehuwa ialah penolongku;+
Dia menyertai orang yang menyokong aku.
5 Dia akan membalas musuhku+ setimpal dengan kejahatan mereka;
Dia akan melenyapkan mereka kerana Dia Tuhan yang setia.+
6 Ya Yehuwa, aku akan memuji nama-Mu yang baik,*+
Dan aku akan mempersembahkan korban kepada-Mu+ dengan rela hati,