Mazmur
Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Mazmur yang digubah oleh Daud.
61 Ya Tuhan, dengarlah seruanku meminta tolong
Dan perhatikanlah doaku.+
2 Dari hujung bumi, aku akan berseru kepada-Mu,
Kerana hatiku remuk-redam.+
Bimbinglah aku ke gunung batu yang tinggi,+
3 Kerana Engkaulah pelindungku.
Engkaulah menara kukuh yang menaungi aku daripada musuh.+
4 Aku akan menjadi tetamu di khemah-Mu selama-lamanya;+
Aku akan berlindung di bawah naungan sayap-Mu.+ (Selah)
5 Ya Tuhan, Engkau telah mendengar ikrarku.
Engkau telah memberi aku warisan yang dikhaskan bagi orang yang menghormati nama-Mu.+
6 Engkau akan memanjangkan umur raja+
Dan membiarkan hidupnya berlanjutan dari generasi ke generasi.