PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 30
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Nubuat tentang Mesir (1-19)

        • Nubuat tentang serangan Nebukadnezar (10)

      • Kuasa Firaun ditumpaskan (20-26)

Yehezkiel 30:3

Rujukan Silang

  • +Ob 15
  • +Yeh 32:7
  • +Mz 110:6

Yehezkiel 30:4

Nota kaki

  • *

    Atau “Habsyah.”

Rujukan Silang

  • +Yeh 32:11, 12

Yehezkiel 30:5

Nota kaki

  • *

    Mungkin merujuk kepada orang Israel yang bersekutu dengan Mesir.

Rujukan Silang

  • +Zef 2:12
  • +Na 3:8, 9

Yehezkiel 30:6

Rujukan Silang

  • +Yeh 30:18
  • +Yer 44:1
  • +Yeh 29:10

Yehezkiel 30:7

Rujukan Silang

  • +Yer 46:19; Yeh 29:12; 32:18

Yehezkiel 30:10

Rujukan Silang

  • +Yeh 29:19; 32:11

Yehezkiel 30:11

Rujukan Silang

  • +Hab 1:6
  • +Yeh 29:5

Yehezkiel 30:12

Rujukan Silang

  • +Yeh 29:3
  • +Yeh 31:12

Yehezkiel 30:13

Nota kaki

  • *

    Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.

  • *

    Atau “Memfis.”

Rujukan Silang

  • +Yer 43:12; 46:14
  • +Yer 46:5

Yehezkiel 30:14

Nota kaki

  • *

    Iaitu, Tebe.

Rujukan Silang

  • +Kej 10:13, 14; Yer 44:1
  • +Yer 46:25

Yehezkiel 30:16

Nota kaki

  • *

    Atau “Memfis.”

Yehezkiel 30:17

Nota kaki

  • *

    Iaitu, Heliopolis.

Yehezkiel 30:18

Nota kaki

  • *

    Lihat Kamus.

Rujukan Silang

  • +Yeh 30:8
  • +Yer 46:20; Yeh 31:18
  • +Yer 46:19

Yehezkiel 30:22

Rujukan Silang

  • +Yer 46:25; Yeh 29:3
  • +2Ra 24:7; Yer 46:2
  • +Yer 46:21

Yehezkiel 30:23

Rujukan Silang

  • +Yeh 29:12

Yehezkiel 30:24

Nota kaki

  • *

    Iaitu, di hadapan raja Babilon.

Rujukan Silang

  • +Yer 27:6
  • +Yeh 32:11, 12

Yehezkiel 30:25

Rujukan Silang

  • +Yeh 29:19, 20

Yehezkiel 30:26

Rujukan Silang

  • +Yeh 29:12

Lain

Yeh. 30:3Ob 15
Yeh. 30:3Yeh 32:7
Yeh. 30:3Mz 110:6
Yeh. 30:4Yeh 32:11, 12
Yeh. 30:5Zef 2:12
Yeh. 30:5Na 3:8, 9
Yeh. 30:6Yeh 30:18
Yeh. 30:6Yer 44:1
Yeh. 30:6Yeh 29:10
Yeh. 30:7Yer 46:19; Yeh 29:12; 32:18
Yeh. 30:10Yeh 29:19; 32:11
Yeh. 30:11Hab 1:6
Yeh. 30:11Yeh 29:5
Yeh. 30:12Yeh 29:3
Yeh. 30:12Yeh 31:12
Yeh. 30:13Yer 43:12; 46:14
Yeh. 30:13Yer 46:5
Yeh. 30:14Kej 10:13, 14; Yer 44:1
Yeh. 30:14Yer 46:25
Yeh. 30:18Yeh 30:8
Yeh. 30:18Yer 46:20; Yeh 31:18
Yeh. 30:18Yer 46:19
Yeh. 30:22Yer 46:25; Yeh 29:3
Yeh. 30:222Ra 24:7; Yer 46:2
Yeh. 30:22Yer 46:21
Yeh. 30:23Yeh 29:12
Yeh. 30:24Yer 27:6
Yeh. 30:24Yeh 32:11, 12
Yeh. 30:25Yeh 29:19, 20
Yeh. 30:26Yeh 29:12
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 30:1-26

Yehezkiel

30 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, bernubuatlah dan katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:

“Merataplah begini: ‘Aduhai, hari itu sudah dekat!’

 3 Ya, hari itu sudah dekat. Hari Yehuwa sudah dekat!+

Pada hari itu, awan gelap akan kelihatan.+ Itulah waktu yang ditentukan untuk bangsa-bangsa.+

 4 Sebilah pedang akan menyerang Mesir, dan apabila orang Mesir dibunuh, Etiopia* akan menjadi huru-hara;

Kekayaannya akan dirampas dan asasnya akan dibinasakan.+

 5 Etiopia,+ Put,+ Lud, dan bangsa-bangsa lain,

Serta Khub, dan keturunan dari tanah yang telah dijanjikan,*

Semuanya akan mati dibunuh pedang.”’

 6 Inilah firman Yehuwa:

‘Para penyokong Mesir juga akan dibunuh.

Kuasa yang menjadi kebanggaan Mesir akan ditumpaskan.’+

“‘Di negeri itu, iaitu dari Migdol+ sampai ke Sieni,+ mereka akan dibunuh dengan pedang,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 7 ‘Negeri itu akan menjadi tanah yang paling tandus, dan kota-kotanya akan menjadi kota yang paling hancur.+ 8 Setelah Aku membakar Mesir dan menghancurkan semua sekutunya, mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa. 9 Pada hari itu, Aku akan mengirim para utusan dengan kapal-kapal untuk menakutkan orang Etiopia, yang terlalu yakin kepada diri sendiri. Mereka akan menjadi cemas pada hari malapetaka menimpa Mesir. Ya, hari itu pasti akan datang.’

10 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan menggunakan Raja Nebukadnezar dari Babilon untuk menghapuskan orang ramai di Mesir.+ 11 Raja itu dan angkatan tenteranya, iaitu tentera yang paling ganas,+ akan datang dan memusnahkan Mesir. Mereka akan menghunuskan pedang mereka dan menyerang Mesir sehingga tanah itu penuh dengan mayat.+ 12 Aku akan mengeringkan tali-tali air Sungai Nil+ dan menjual negeri itu kepada orang yang jahat. Aku akan menggunakan orang asing untuk membuat negeri itu dan segala isinya menjadi tandus.+ Aku, Yehuwa, telah berfirman.’

13 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku juga akan menghapuskan patung-patung berhala yang menjijikkan* dan melenyapkan tuhan-tuhan Nof*+ yang tidak berguna. Tidak akan ada lagi pemimpin dari Mesir, dan Aku akan memenuhi negeri Mesir dengan ketakutan.+ 14 Aku akan membuat Patros+ menjadi tanah gersang, membakar Zoan, dan menghukum No.*+ 15 Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadap Sin, iaitu kubu pertahanan Mesir, dan membinasakan penduduk No. 16 Aku akan membakar Mesir, dan Sin akan dicengkam perasaan takut. No akan dicerobohi dan Nof* akan diserang ketika hari masih terang. 17 Pemuda-pemuda On* dan Pibeset akan dibunuh dengan pedang, dan kota-kota itu akan ditawan. 18 Di Tehafnehes, hari akan menjadi gelap apabila Aku mematahkan kuk* Mesir di sana.+ Kuasa yang menjadi kebanggaannya akan ditumpaskan,+ awan-awan gelap akan menyelubunginya, dan pekan-pekannya akan ditawan.+ 19 Aku akan mengadili Mesir, lalu mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”

20 Pada hari ketujuh, bulan pertama, tahun ke-11, Yehuwa berfirman kepadaku, 21 “Anak manusia, Aku telah mematahkan lengan Firaun, raja Mesir. Tiada sesiapa pun yang akan membalut lengannya agar pulih dan kuat semula untuk memegang pedang.”

22 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan melawan Firaun, raja Mesir.+ Aku akan mematahkan kedua-dua lengannya, baik lengan yang masih kuat mahupun lengan yang telah patah itu.+ Aku akan menyebabkan tangannya tidak dapat memegang pedang.+ 23 Kemudian Aku akan mencerai-beraikan orang Mesir dalam kalangan bangsa-bangsa lain di negeri asing.+ 24 Selepas itu, Aku akan menguatkan lengan raja Babilon+ dan meletakkan pedang-Ku di tangannya.+ Tetapi Aku akan mematahkan lengan Firaun, dan dia akan mengerang dengan kuat di hadapannya,* seperti orang yang hampir mati. 25 Aku akan menguatkan lengan raja Babilon, tetapi lengan Firaun akan menjadi lemah. Aku akan meletakkan pedang-Ku di tangan raja Babilon dan dia akan menyerang Mesir dengan pedang itu. Dengan demikian, mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+ 26 Aku juga akan mencerai-beraikan orang Mesir dalam kalangan bangsa-bangsa lain di negeri asing.+ Maka mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi