PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 3
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Yehezkiel makan gulungan yang diberikan oleh Tuhan (1-15)

      • Yehezkiel dilantik menjadi penjaga bangsa Israel (16-27)

        • Kelalaian untuk memberikan amaran menyebabkan hutang darah (18-21)

Yehezkiel 3:1

Rujukan Silang

  • +Why 10:9, 10

Yehezkiel 3:3

Rujukan Silang

  • +Mz 119:103; Yer 15:16; Why 10:9, 10

Yehezkiel 3:6

Rujukan Silang

  • +Yun 3:4, 5; Mt 11:21

Yehezkiel 3:7

Rujukan Silang

  • +Lu 10:16
  • +Kel 34:9; Yer 3:3; 5:3

Yehezkiel 3:8

Rujukan Silang

  • +Yer 1:18, 19; 15:20; Mi 3:8

Yehezkiel 3:9

Nota kaki

  • *

    Atau “batu keras yang digunakan untuk menyalakan api.”

Rujukan Silang

  • +Yes 50:7
  • +Yer 17:18

Yehezkiel 3:11

Rujukan Silang

  • +2Ra 24:12, 14
  • +Yeh 2:5

Yehezkiel 3:12

Nota kaki

  • *

    Dalam bahasa asal, yang mengangkat Yehezkiel boleh merujuk kepada kuasa suci Tuhan atau makhluk roh.

Rujukan Silang

  • +Yeh 8:3

Yehezkiel 3:13

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:24
  • +Yeh 10:16

Yehezkiel 3:14

Nota kaki

  • *

    Dalam bahasa asal, yang mengangkat Yehezkiel boleh merujuk kepada kuasa suci Tuhan atau makhluk roh.

  • *

    Harfiah, “tangan Yehuwa.”

Yehezkiel 3:15

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:3
  • +Yer 23:9

Yehezkiel 3:17

Rujukan Silang

  • +Yes 21:8; 62:6; Yer 6:17
  • +Yes 58:1; Yeh 33:7

Yehezkiel 3:18

Nota kaki

  • *

    Atau “tetapi Aku akan menganggap engkau bertanggungjawab atas kematiannya.”

Rujukan Silang

  • +Kis 2:40; 1Ti 4:16
  • +Yeh 33:4
  • +Yeh 33:8

Yehezkiel 3:19

Rujukan Silang

  • +Yeh 33:9; Kis 18:6; 20:26

Yehezkiel 3:20

Nota kaki

  • *

    Atau “dan bertindak dengan tidak adil.”

  • *

    Atau “tetapi Aku akan menganggap engkau bertanggungjawab atas kematiannya.”

Rujukan Silang

  • +Yeh 18:24, 26; 33:12, 18
  • +Im 19:17; Yeh 33:6; Ibr 13:17

Yehezkiel 3:21

Rujukan Silang

  • +Ams 17:10; Yeh 33:14, 15; Yak 5:19, 20

Yehezkiel 3:22

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “Tangan Yehuwa datang ke atasku.”

Yehezkiel 3:23

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:27, 28
  • +Yeh 1:1

Yehezkiel 3:24

Rujukan Silang

  • +Yeh 2:2; Da 10:19

Yehezkiel 3:27

Rujukan Silang

  • +Yeh 24:27; 33:22
  • +Mt 11:15
  • +Yes 30:9

Lain

Yeh. 3:1Why 10:9, 10
Yeh. 3:3Mz 119:103; Yer 15:16; Why 10:9, 10
Yeh. 3:6Yun 3:4, 5; Mt 11:21
Yeh. 3:7Lu 10:16
Yeh. 3:7Kel 34:9; Yer 3:3; 5:3
Yeh. 3:8Yer 1:18, 19; 15:20; Mi 3:8
Yeh. 3:9Yes 50:7
Yeh. 3:9Yer 17:18
Yeh. 3:112Ra 24:12, 14
Yeh. 3:11Yeh 2:5
Yeh. 3:12Yeh 8:3
Yeh. 3:13Yeh 1:24
Yeh. 3:13Yeh 10:16
Yeh. 3:15Yeh 1:3
Yeh. 3:15Yer 23:9
Yeh. 3:17Yes 21:8; 62:6; Yer 6:17
Yeh. 3:17Yes 58:1; Yeh 33:7
Yeh. 3:18Kis 2:40; 1Ti 4:16
Yeh. 3:18Yeh 33:4
Yeh. 3:18Yeh 33:8
Yeh. 3:19Yeh 33:9; Kis 18:6; 20:26
Yeh. 3:20Yeh 18:24, 26; 33:12, 18
Yeh. 3:20Im 19:17; Yeh 33:6; Ibr 13:17
Yeh. 3:21Ams 17:10; Yeh 33:14, 15; Yak 5:19, 20
Yeh. 3:23Yeh 1:27, 28
Yeh. 3:23Yeh 1:1
Yeh. 3:24Yeh 2:2; Da 10:19
Yeh. 3:27Yeh 24:27; 33:22
Yeh. 3:27Mt 11:15
Yeh. 3:27Yes 30:9
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 3:1-27

Yehezkiel

3 Kemudian Dia berfirman kepada aku, “Hai anak manusia, makanlah apa yang ada di depanmu. Makanlah gulungan ini, lalu pergilah dan bercakaplah kepada bangsa Israel.”+

2 Aku pun membuka mulut, dan Dia memberikan gulungan itu kepada aku supaya aku memakannya. 3 Dia berfirman kepadaku, “Hai anak manusia, makanlah gulungan yang Aku berikan ini, dan isilah perutmu dengannya.” Maka aku memakannya, dan di dalam mulutku, rasanya manis seperti madu.+

4 Dia berfirman kepadaku, “Hai anak manusia, pergilah kepada bangsa Israel, dan sampaikanlah firman-Ku kepada mereka. 5 Aku tidak mengutus engkau kepada suatu bangsa yang bahasanya asing dan susah difahami, tetapi Aku mengutus engkau kepada bangsa Israel. 6 Ya, Aku tidak mengutus engkau kepada bangsa-bangsa yang bahasanya asing dan susah difahami, atau yang bahasanya tidak engkau ketahui. Andai kata Aku mengutus engkau kepada mereka, mereka pasti akan mendengar engkau.+ 7 Tetapi bangsa Israel pasti enggan mendengar engkau kerana mereka tidak mahu mendengar Aku.+ Mereka semua keras kepala dan keras hati.+ 8 Jadi sekarang Aku membuat mukamu sekeras muka mereka dan dahimu sekeras dahi mereka.+ 9 Aku membuat dahi engkau sekeras berlian, ya, lebih keras daripada batu.*+ Jangan takut kepada mereka, dan janganlah gentar semasa engkau nampak wajah mereka+ kerana mereka memang suka memberontak.”

10 Dia berfirman kepadaku, “Hai anak manusia, dengarlah dan ingatlah segala yang Aku firmankan kepadamu. 11 Pergilah kepada bangsamu yang hidup dalam pembuangan+ dan sampaikanlah firman-Ku kepada mereka. Tidak kira sama ada mereka mendengar atau tidak, engkau harus memberitahu mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.’”+

12 Setelah itu, aku diangkat,*+ lalu aku mendengar bunyi yang kuat dan suara dari belakangku berkata, “Semoga kemuliaan Yehuwa dipuji dari tempat kediaman-Nya.” 13 Aku mendengar bunyi yang kuat itu sekali lagi, dan aku juga mendengar bunyi sayap makhluk-makhluk hidup itu saling bersentuhan,+ dan bunyi roda-roda di sisi mereka.+ 14 Aku diangkat dan dibawa* pergi. Maka aku pergi dengan sakit hati dan marah. Pada waktu itu, kuasa suci Yehuwa* membimbing aku dengan cara yang menakjubkan. 15 Aku pun pergi kepada umat yang hidup dalam pembuangan di Tel-abib, iaitu di tepi Sungai Khebar.+ Aku tinggal di situ bersama mereka selama tujuh hari, dan sepanjang masa itu, aku berada dalam keadaan terpegun.+

16 Selepas tujuh hari itu, Yehuwa berfirman kepadaku,

17 “Hai anak manusia, Aku telah melantik engkau untuk menjadi penjaga bangsa Israel,+ dan engkau harus menyampaikan amaran-Ku kepada mereka apabila engkau mendengar firman yang keluar dari mulut-Ku.+ 18 Jika Aku memberitahu seorang penjahat, ‘Engkau pasti akan mati,’ tetapi engkau tidak memberikan amaran kepada penjahat itu dan tidak menyuruh dia untuk mengubah haluannya yang jahat supaya dia tetap hidup,+ dia akan mati kerana dia berbuat jahat dan berdosa,+ tetapi Aku akan menuntut darahnya daripada engkau.*+ 19 Namun jika engkau memberikan amaran kepada penjahat itu dan dia enggan meninggalkan haluannya yang jahat dan enggan berhenti berbuat jahat, dia akan mati kerana dia berdosa, tetapi engkau akan selamat.+ 20 Apabila seseorang yang baik meninggalkan haluannya yang baik dan berbuat jahat,* Aku akan meletakkan batu sandungan di hadapannya lalu dia akan mati.+ Jika engkau tidak memberikan amaran kepadanya, dia akan mati kerana dia berdosa dan perbuatan baiknya akan dilupakan, tetapi Aku akan menuntut darahnya daripada engkau.*+ 21 Namun jika engkau memberikan amaran kepada dia supaya dia tidak berdosa, dan dia tidak berdosa, dia akan tetap hidup kerana dia telah mendengar amaran itu,+ dan engkau juga akan selamat.”

22 Kuasa suci Yehuwa menguasaiku,* dan Dia berfirman kepadaku, “Bangunlah dan pergilah ke dataran itu. Aku akan berfirman kepadamu di situ.” 23 Aku pun bangun dan pergi ke dataran itu. Di situ, aku melihat kemuliaan Yehuwa+ seperti yang telah aku lihat di tepi Sungai Khebar,+ dan aku terus bersujud ke tanah. 24 Kemudian kuasa suci Tuhan menguasai aku lalu aku dapat berdiri,+ dan Tuhan berfirman kepadaku,

“Pulanglah dan kurunglah dirimu di dalam rumahmu. 25 Hai anak manusia, mereka akan mengikat engkau dengan tali supaya engkau tidak dapat pergi dalam kalangan mereka. 26 Aku akan membuat lidahmu melekat di lelangit mulutmu sehingga engkau menjadi bisu dan tidak dapat menegur mereka kerana mereka ialah bangsa yang suka memberontak. 27 Tetapi apabila Aku berfirman kepadamu, Aku akan membuka mulutmu. Pada waktu itu, engkau harus memberitahu mereka,+ ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.’ Orang yang mahu mendengar, biarlah dia mendengar,+ dan orang yang enggan mendengar, biarlah dia berbuat demikian kerana mereka ialah bangsa yang suka memberontak.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi