PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 37
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Penglihatan tentang lembah yang dipenuhi tulang (1-14)

      • Dua batang kayu yang akan digabungkan (15-28)

        • Satu bangsa dipimpin oleh seorang raja (22)

        • Perjanjian damai yang kekal buat selama-lamanya (26)

Yehezkiel 37:1

Nota kaki

  • *

    Atau “Tangan Yehuwa ada di atas aku.”

Rujukan Silang

  • +Why 21:10

Yehezkiel 37:2

Rujukan Silang

  • +Yeh 37:11

Yehezkiel 37:3

Rujukan Silang

  • +Ul 32:39; 1Sa 2:6

Yehezkiel 37:5

Rujukan Silang

  • +Kej 2:7; Yeh 37:14

Yehezkiel 37:9

Nota kaki

  • *

    Atau “nafas.”

Yehezkiel 37:10

Rujukan Silang

  • +Why 11:11

Yehezkiel 37:11

Rujukan Silang

  • +Yeh 36:10
  • +Yes 49:14

Yehezkiel 37:12

Rujukan Silang

  • +Yes 66:14
  • +Yeh 11:17; Amo 9:14

Yehezkiel 37:13

Rujukan Silang

  • +Mz 126:2

Yehezkiel 37:14

Nota kaki

  • *

    Atau “memberikan kuasa suci-Ku kepada.”

Rujukan Silang

  • +Yes 32:14, 15; Yeh 36:27

Yehezkiel 37:16

Rujukan Silang

  • +2Ta 15:9; 30:11
  • +1Ra 11:31; 12:20

Yehezkiel 37:17

Rujukan Silang

  • +Yes 11:13; Yer 3:18

Yehezkiel 37:19

Rujukan Silang

  • +Yer 50:4; Za 10:6

Yehezkiel 37:21

Rujukan Silang

  • +Ul 30:3; Yes 11:12; Yer 16:14, 15; Amo 9:14

Yehezkiel 37:22

Rujukan Silang

  • +Yer 3:18; Ho 1:11
  • +Kej 49:10; Mz 2:6; Yes 9:6; Yer 23:5; Lu 1:32
  • +Yeh 37:19; Za 10:6

Yehezkiel 37:23

Nota kaki

  • *

    Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.

Rujukan Silang

  • +Yes 2:18; Yeh 11:18; Ho 14:8; Za 13:2
  • +Yer 31:33; Yeh 36:28

Yehezkiel 37:24

Rujukan Silang

  • +Yer 23:5; 30:9; Ho 3:5; Lu 1:32
  • +Yoh 10:16; 1Pt 5:4
  • +Ul 30:8-10; Yer 32:39; Yeh 36:27

Yehezkiel 37:25

Rujukan Silang

  • +Yer 30:3
  • +Yes 60:21; Yl 3:20; Amo 9:15
  • +Yeh 34:24; Lu 1:32

Yehezkiel 37:26

Rujukan Silang

  • +Yeh 34:25
  • +Yer 30:19; Za 8:5

Yehezkiel 37:27

Rujukan Silang

  • +Im 26:12; Yeh 11:19, 20; 43:7; Ho 2:23; Why 21:3

Yehezkiel 37:28

Rujukan Silang

  • +Yeh 36:23

Lain

Yeh. 37:1Why 21:10
Yeh. 37:2Yeh 37:11
Yeh. 37:3Ul 32:39; 1Sa 2:6
Yeh. 37:5Kej 2:7; Yeh 37:14
Yeh. 37:10Why 11:11
Yeh. 37:11Yeh 36:10
Yeh. 37:11Yes 49:14
Yeh. 37:12Yes 66:14
Yeh. 37:12Yeh 11:17; Amo 9:14
Yeh. 37:13Mz 126:2
Yeh. 37:14Yes 32:14, 15; Yeh 36:27
Yeh. 37:162Ta 15:9; 30:11
Yeh. 37:161Ra 11:31; 12:20
Yeh. 37:17Yes 11:13; Yer 3:18
Yeh. 37:19Yer 50:4; Za 10:6
Yeh. 37:21Ul 30:3; Yes 11:12; Yer 16:14, 15; Amo 9:14
Yeh. 37:22Yer 3:18; Ho 1:11
Yeh. 37:22Kej 49:10; Mz 2:6; Yes 9:6; Yer 23:5; Lu 1:32
Yeh. 37:22Yeh 37:19; Za 10:6
Yeh. 37:23Yes 2:18; Yeh 11:18; Ho 14:8; Za 13:2
Yeh. 37:23Yer 31:33; Yeh 36:28
Yeh. 37:24Yer 23:5; 30:9; Ho 3:5; Lu 1:32
Yeh. 37:24Yoh 10:16; 1Pt 5:4
Yeh. 37:24Ul 30:8-10; Yer 32:39; Yeh 36:27
Yeh. 37:25Yer 30:3
Yeh. 37:25Yes 60:21; Yl 3:20; Amo 9:15
Yeh. 37:25Yeh 34:24; Lu 1:32
Yeh. 37:26Yeh 34:25
Yeh. 37:26Yer 30:19; Za 8:5
Yeh. 37:27Im 26:12; Yeh 11:19, 20; 43:7; Ho 2:23; Why 21:3
Yeh. 37:28Yeh 36:23
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 37:1-28

Yehezkiel

37 Yehuwa mencurahkan kuasa suci-Nya ke atas aku,* lalu kuasa suci Yehuwa membawa aku ke tengah-tengah sebuah dataran+ yang penuh dengan tulang. 2 Dia membawa aku mengelilingi dataran itu. Aku nampak banyak sekali tulang bertaburan di dataran itu, dan tulang-tulang itu sangat kering.+ 3 Dia bertanya kepadaku, “Anak manusia, dapatkah tulang-tulang ini hidup semula?” Aku menjawab, “Hanya Engkaulah yang tahu jawapannya, ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”+ 4 Oleh itu, Dia berfirman kepadaku, “Bernubuatlah tentang tulang-tulang itu dan katakanlah, ‘Hai tulang-tulang kering, dengarlah firman Yehuwa:

5 “‘Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman kepada kamu, “Aku akan menghembuskan nafas ke dalam kamu supaya kamu dapat hidup semula.+ 6 Aku akan memberi kamu urat dan daging, dan Aku juga akan memberi kamu kulit. Aku akan memberi kamu nafas dan kamu akan hidup semula. Barulah kamu akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.”’”

7 Aku pun bernubuat seperti yang telah disuruh. Sebaik sahaja aku bernubuat, aku mendengar bunyi derak-derik, dan tulang-tulang itu mula bersambung antara satu sama lain. 8 Lalu aku nampak tulang-tulang itu mula berurat dan berdaging, serta diliputi kulit, tetapi belum bernafas.

9 Kemudian Tuhan berfirman kepadaku, “Bernubuatlah kepada angin. Wahai anak manusia, bernubuatlah dan katakanlah kepada angin, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Hai angin,* datanglah dari keempat-empat arah dan bertiuplah ke arah orang yang telah dibunuh itu supaya mereka dapat hidup semula.”’”

10 Aku pun bernubuat seperti yang telah disuruh. Nafas itu pun masuk ke dalam tulang-tulang itu, dan mereka mula hidup dan berdiri.+ Mereka seperti sebuah pasukan tentera yang sangat besar.

11 Kemudian Tuhan berfirman kepadaku, “Anak manusia, tulang-tulang ini ialah seluruh bangsa Israel.+ Mereka berkata, ‘Tulang-tulang kami kering, dan harapan kami sudah lenyap.+ Kami sudah ditinggalkan.’ 12 Jadi bernubuatlah dan katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Wahai umat-Ku, Aku akan membuka kuburan kamu+ dan membangkitkan kamu dari situ. Aku akan membawa kamu ke negeri Israel.+ 13 Wahai umat-Ku, kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa apabila Aku membuka kuburan kamu dan membangkitkan kamu dari situ.”’+ 14 ‘Aku akan menghembuskan nafas-Ku ke dalam* kamu dan kamu akan hidup semula,+ lalu Aku akan menempatkan kamu di negeri kamu. Kamu akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah berfirman, dan Aku telah melaksanakannya,’ firman Yehuwa.”

15 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 16 “Anak manusia, ambillah sebatang kayu dan tuliskan kata-kata ini di atasnya, ‘Untuk Yehuda dan orang Israel yang ada bersamanya.’+ Kemudian ambillah sebatang kayu lagi dan tuliskan kata-kata ini di atasnya, ‘Untuk Yusuf, iaitu Efraim, dan seluruh bangsa Israel yang ada bersamanya.’+ 17 Kemudian gabungkanlah kedua-dua batang kayu itu supaya menjadi satu.+ 18 Apabila bangsamu berkata kepada engkau, ‘Beritahulah kami erti semua ini!’ 19 beritahulah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan mengambil kayu Yusuf, iaitu kayu di dalam tangan Efraim, dan suku-suku Israel yang ada bersamanya, lalu Aku akan menggabungkan kayu itu dengan kayu Yehuda. Aku akan menggabungkan kedua-dua batang kayu itu+ supaya menjadi satu di dalam tangan-Ku.”’ 20 Peganglah kayu-kayu yang mengandungi tulisanmu itu supaya orang dapat melihatnya.

21 “Selepas itu, beritahulah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan mengumpulkan orang Israel yang berada dalam kalangan bangsa-bangsa. Ya, Aku akan mengumpulkan mereka dari setiap arah dan membawa mereka ke negeri mereka.+ 22 Aku akan menyatukan mereka di negeri mereka,+ iaitu di pergunungan Israel, dan mereka akan dipimpin oleh seorang raja.+ Mereka tidak akan menjadi dua bangsa lagi, dan tidak akan terbahagi kepada dua kerajaan lagi.+ 23 Mereka tidak lagi menajiskan diri dengan dosa-dosa mereka, dan dengan berhala-berhala yang jijik* dan amalan yang jijik.+ Aku akan membebaskan mereka daripada dosa mereka yang menyebabkan mereka tidak setia kepada Aku, dan Aku akan menyucikan mereka. Mereka akan menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Tuhan mereka.+

24 “‘“Hamba-Ku Daud akan menjadi raja mereka,+ dan mereka akan dipimpin oleh seorang gembala.+ Mereka akan mematuhi ketetapan-Ku dan menuruti perintah-Ku dengan teliti.+ 25 Mereka akan tinggal di negeri yang telah Aku berikan kepada hamba-Ku Yakub, iaitu tempat tinggal nenek moyang mereka.+ Mereka dan anak cucu mereka akan tinggal di situ buat selama-lamanya,+ dan hamba-Ku Daud akan menjadi pemimpin mereka buat selama-lamanya.+

26 “‘“Aku akan membuat perjanjian damai dengan mereka,+ dan perjanjian ini akan kekal buat selama-lamanya. Aku akan membawa mereka ke negeri mereka dan melipatgandakan bilangan mereka.+ Aku juga akan menempatkan Rumah-Ku di tengah-tengah mereka buat selama-lamanya. 27 Khemah-Ku akan ada bersama mereka. Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.+ 28 Bangsa-bangsa akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, menyucikan Israel apabila Rumah-Ku ada bersama mereka buat selama-lamanya.”’”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi