PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 47
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Air yang mengalir dari Rumah Tuhan (1-12)

        • Air itu semakin dalam (2-5)

        • Air Laut Mati disembuhkan (8-10)

        • Kawasan paya tidak disembuhkan (11)

        • Pokok-pokok yang menjadi sumber makanan dan ubat (12)

      • Sempadan-sempadan tanah (13-23)

Yehezkiel 47:1

Rujukan Silang

  • +Yeh 41:2
  • +Za 13:1; 14:8; Why 22:1

Yehezkiel 47:2

Rujukan Silang

  • +Yeh 40:20
  • +Yeh 40:6; 44:1, 2

Yehezkiel 47:3

Nota kaki

  • *

    Merujuk kepada hasta yang panjang. Lihat Lampiran B14.

Rujukan Silang

  • +Yeh 40:3; Why 21:15

Yehezkiel 47:7

Rujukan Silang

  • +Why 22:1, 2

Yehezkiel 47:8

Nota kaki

  • *

    Atau “ke padang gurun.”

Rujukan Silang

  • +Ul 4:47, 49
  • +Za 14:8

Yehezkiel 47:10

Nota kaki

  • *

    Iaitu, Laut Mediterranean.

Rujukan Silang

  • +Yos 15:20, 62; 2Ta 20:2
  • +Bil 34:2, 6

Yehezkiel 47:11

Rujukan Silang

  • +Ul 29:22, 23; Mz 107:33, 34; Yer 17:6

Yehezkiel 47:12

Rujukan Silang

  • +Yeh 47:1
  • +Why 22:1, 2

Yehezkiel 47:13

Rujukan Silang

  • +Kej 48:5; 1Ta 5:1; Yeh 48:5

Yehezkiel 47:14

Rujukan Silang

  • +Kej 26:3; 28:13

Yehezkiel 47:15

Nota kaki

  • *

    Iaitu, Laut Mediterranean.

Rujukan Silang

  • +Yeh 48:1
  • +Bil 34:2, 8

Yehezkiel 47:16

Rujukan Silang

  • +Bil 13:21
  • +2Sa 8:8
  • +Yeh 47:18

Yehezkiel 47:17

Rujukan Silang

  • +Bil 34:2, 9
  • +Yeh 48:1

Yehezkiel 47:18

Nota kaki

  • *

    Iaitu, Laut Mati.

Rujukan Silang

  • +Bil 32:1

Yehezkiel 47:19

Nota kaki

  • *

    Iaitu, Wadi Mesir.

  • *

    Iaitu, Laut Mediterranean.

Rujukan Silang

  • +Ul 32:51
  • +Yeh 48:28

Yehezkiel 47:20

Nota kaki

  • *

    Iaitu, Laut Mediterranean.

  • *

    Atau “ke pintu masuk kota Hamat.”

Rujukan Silang

  • +Bil 34:2, 8

Lain

Yeh. 47:1Yeh 41:2
Yeh. 47:1Za 13:1; 14:8; Why 22:1
Yeh. 47:2Yeh 40:20
Yeh. 47:2Yeh 40:6; 44:1, 2
Yeh. 47:3Yeh 40:3; Why 21:15
Yeh. 47:7Why 22:1, 2
Yeh. 47:8Ul 4:47, 49
Yeh. 47:8Za 14:8
Yeh. 47:10Yos 15:20, 62; 2Ta 20:2
Yeh. 47:10Bil 34:2, 6
Yeh. 47:11Ul 29:22, 23; Mz 107:33, 34; Yer 17:6
Yeh. 47:12Yeh 47:1
Yeh. 47:12Why 22:1, 2
Yeh. 47:13Kej 48:5; 1Ta 5:1; Yeh 48:5
Yeh. 47:14Kej 26:3; 28:13
Yeh. 47:15Yeh 48:1
Yeh. 47:15Bil 34:2, 8
Yeh. 47:16Bil 13:21
Yeh. 47:162Sa 8:8
Yeh. 47:16Yeh 47:18
Yeh. 47:17Bil 34:2, 9
Yeh. 47:17Yeh 48:1
Yeh. 47:18Bil 32:1
Yeh. 47:19Ul 32:51
Yeh. 47:19Yeh 48:28
Yeh. 47:20Bil 34:2, 8
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 47:1-23

Yehezkiel

47 Kemudian dia membawa aku kembali ke pintu masuk Rumah Tuhan.+ Aku nampak air mengalir dari bawah ambang pintu rumah itu ke arah timur,+ kerana Rumah Tuhan juga menghadap ke arah timur. Air mengalir keluar dari bawah rumah itu, iaitu dari sebelah kanannya, dan melalui sebelah selatan mazbah.

2 Dia membawa aku keluar melalui pintu gerbang utara+ lalu memimpin aku ke pintu gerbang luar yang menghadap ke arah timur,+ dan aku nampak sedikit air mengalir dari sebelah kanan pintu gerbang itu.

3 Lelaki itu pergi ke arah timur sambil memegang tali pengukur.+ Dia mengukur jarak 1,000 hasta* mengikut aliran air itu, lalu menyuruh aku menyeberanginya. Air itu sampai ke pergelangan kakiku.

4 Kemudian dia mengukur 1,000 hasta lagi, dan menyuruh aku menyeberangi aliran air itu. Air itu sampai ke lututku.

Dia mengukur 1,000 hasta lagi, dan menyuruh aku menyeberangi aliran air itu. Air itu sampai ke pinggangku.

5 Dia mengukur 1,000 hasta lagi, dan di situ air sudah menjadi begitu deras sehingga aku tidak dapat menyeberanginya. Airnya terlalu dalam untuk dilalui dengan berjalan kaki, dan orang yang ingin menyeberanginya haruslah berenang.

6 Dia berkata kepadaku, “Anak manusia, perhatikanlah semua ini.”

Selepas itu, dia menyuruh aku berjalan kembali ke tebing sungai itu. 7 Apabila aku sampai di sana, aku nampak banyak sekali pokok di kedua-dua tebing sungai itu.+ 8 Dia berkata kepadaku, “Air ini mengalir ke kawasan timur lalu turun ke Araba*+ dan masuk ke laut. Apabila air ini sampai di laut,+ air laut akan disembuhkan. 9 Ke mana sahaja air itu mengalir, di situ juga akan terdapat banyak sekali makhluk hidup dan banyak sekali ikan. Air laut akan disembuhkan, dan ke mana sahaja air itu mengalir, di situ akan ada kehidupan.

10 “Nelayan-nelayan akan berdiri di tepi laut itu dari En-gedi+ sampai ke En-eglaim, dan mereka akan menjemur pukat mereka di situ. Ada banyak sekali ikan di air itu. Terdapat bermacam-macam ikan di situ seperti yang ada di Laut Tengah.*+

11 “Di situ akan ada kawasan berpaya dan kawasan berlumpur. Kawasan-kawasan itu tidak akan disembuhkan, tetapi akan dibiarkan menjadi garam.+

12 “Pelbagai jenis pokok yang menghasilkan makanan akan tumbuh di kedua-dua tebing sungai itu. Daun pokok-pokok itu tidak akan layu, dan pokok-pokok itu tidak akan berhenti berbuah. Setiap bulan, pokok-pokok itu akan menghasilkan buah yang baharu kerana pokok-pokok itu mendapat air dari tempat suci itu.+ Buah-buah itu akan dijadikan makanan, dan daun-daunnya akan digunakan sebagai ubat.”+

13 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Kamu haruslah membahagikan tanah ini dan memberikannya kepada 12 suku Israel, dan Yusuf akan mendapat dua bahagian. Tanah ini akan menjadi warisan mereka.+ 14 Tanah warisan ini akan dibahagikan dengan sama rata antara kamu sendiri. Aku telah bersumpah untuk memberikan tanah ini kepada nenek moyang kamu.+ Sekarang tanah ini akan dibahagikan dan diberikan kepada kamu sebagai warisan.

15 “Sempadan utara tanah ini bermula dari Laut Tengah* melalui jalan ke Hetlon+ dan menghala ke Zedad,+ 16 Hamat,+ Berota,+ dan Sibraim, yang terletak di antara kawasan Damsyik dan kawasan Hamat, lalu ke Hazer-hatikon, yang berdekatan sempadan Hauran.+ 17 Demikianlah sempadan itu akan bermula dari laut sampai ke Hazar-enon,+ mengikut sempadan Damsyik di arah utara, dan sempadan Hamat.+ Inilah sempadan utara tanah kamu.

18 “Sempadan timurnya terletak di antara Hauran dan Damsyik, dan di sepanjang Sungai Yordan di antara Gilead+ dan negeri Israel. Kamu haruslah mengukur jarak dari sempadan utara ke laut timur.* Inilah sempadan timur tanah kamu.

19 “Sempadan selatannya bermula dari Tamar sampai ke Sumber Air Meribat-kades,+ lalu menuju ke Wadi* dan ke Laut Tengah.*+ Inilah sempadan selatan tanah kamu.

20 “Sempadan baratnya ialah Laut Tengah,* iaitu dari sempadan selatan sampai ke sebuah tempat di seberang Lebo-hamat.*+ Inilah sempadan barat tanah kamu.”

21 “Kamu haruslah membahagikan tanah ini antara kamu sendiri, iaitu antara 12 suku Israel. 22 Kamu haruslah membahagikan tanah ini sebagai warisan untuk kamu dan untuk orang asing yang telah melahirkan anak-anak semasa mereka tinggal dalam kalangan kamu. Mereka akan menjadi seperti penduduk asli Israel dan mendapat tanah bersama-sama suku Israel yang lain. 23 Mereka haruslah diberi tanah warisan bersama-sama suku di tempat mereka tinggal,” firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi