PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 10
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Api diambil dari antara roda-roda (1-8)

      • Gambaran kerub dan roda (9-17)

      • Cahaya kemuliaan Tuhan meninggalkan Rumah Tuhan (18-22)

Yehezkiel 10:1

Rujukan Silang

  • +Yes 6:1; Yeh 1:22, 26; Why 4:2, 3

Yehezkiel 10:2

Rujukan Silang

  • +Yeh 9:2
  • +Yeh 1:16
  • +Yeh 1:13
  • +2Ra 25:8, 9

Yehezkiel 10:4

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:27, 28; 9:3
  • +Kel 40:35; 2Ta 5:13; Yeh 43:5

Yehezkiel 10:5

Rujukan Silang

  • +Mz 29:3, 4; Yeh 1:24; Yoh 12:28, 29

Yehezkiel 10:7

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:13
  • +Yeh 9:2

Yehezkiel 10:8

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:8

Yehezkiel 10:9

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:15-18

Yehezkiel 10:11

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “kepala itu.”

Yehezkiel 10:12

Rujukan Silang

  • +Why 4:6, 8

Yehezkiel 10:14

Nota kaki

  • *

    Iaitu, setiap kerub.

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:6, 10; Why 4:7

Yehezkiel 10:15

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:3

Yehezkiel 10:16

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:19-21

Yehezkiel 10:18

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:27, 28
  • +Yeh 9:3; 10:4

Yehezkiel 10:19

Rujukan Silang

  • +Yeh 11:22

Yehezkiel 10:20

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:1, 22

Yehezkiel 10:21

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:8

Yehezkiel 10:22

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:10
  • +Yeh 1:12; 10:11

Lain

Yeh. 10:1Yes 6:1; Yeh 1:22, 26; Why 4:2, 3
Yeh. 10:2Yeh 9:2
Yeh. 10:2Yeh 1:16
Yeh. 10:2Yeh 1:13
Yeh. 10:22Ra 25:8, 9
Yeh. 10:4Yeh 1:27, 28; 9:3
Yeh. 10:4Kel 40:35; 2Ta 5:13; Yeh 43:5
Yeh. 10:5Mz 29:3, 4; Yeh 1:24; Yoh 12:28, 29
Yeh. 10:7Yeh 1:13
Yeh. 10:7Yeh 9:2
Yeh. 10:8Yeh 1:8
Yeh. 10:9Yeh 1:15-18
Yeh. 10:12Why 4:6, 8
Yeh. 10:14Yeh 1:6, 10; Why 4:7
Yeh. 10:15Yeh 1:3
Yeh. 10:16Yeh 1:19-21
Yeh. 10:18Yeh 1:27, 28
Yeh. 10:18Yeh 9:3; 10:4
Yeh. 10:19Yeh 11:22
Yeh. 10:20Yeh 1:1, 22
Yeh. 10:21Yeh 1:8
Yeh. 10:22Yeh 1:10
Yeh. 10:22Yeh 1:12; 10:11
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 10:1-22

Yehezkiel

10 Semasa aku sedang melihat, aku nampak lantai di sebelah atas kepala kerub-kerub itu. Di atas lantai itu, ada sesuatu yang kelihatan seperti batu nilam yang menyerupai sebuah takhta.+ 2 Tuhan berfirman kepada lelaki yang berpakaian linen itu,+ “Masuklah ke tengah-tengah roda+ di bawah kerub-kerub itu. Ambillah bara api+ dari antara kerub-kerub itu dan penuhilah kedua-dua tanganmu dengannya. Lalu hamburkanlah bara api itu ke atas kota.”+ Kemudian aku melihat lelaki itu pergi ke situ.

3 Semasa lelaki itu masuk, kerub-kerub itu berdiri di sebelah kanan Rumah Tuhan, dan halaman dalam rumah itu dipenuhi awan. 4 Kemudian cahaya kemuliaan Yehuwa+ terangkat dari kerub-kerub itu dan bergerak ke ambang pintu Rumah Tuhan. Rumah itu dipenuhi awan secara beransur-ansur,+ dan halaman itu menjadi sangat terang disebabkan kemuliaan Yehuwa. 5 Bunyi sayap kerub-kerub itu kedengaran sampai ke halaman luar. Bunyinya seperti suara Tuhan Yang Maha Kuasa semasa Dia berfirman.+

6 Lalu Dia memberikan perintah kepada lelaki yang berpakaian linen itu. Dia berfirman, “Ambillah api dari antara roda itu, dari antara kerub-kerub itu.” Maka lelaki itu masuk dan berdiri di sebelah roda itu. 7 Kemudian salah satu kerub memasukkan tangannya ke dalam api yang ada di antara kerub-kerub itu+ dan memberikan api itu kepada lelaki yang berpakaian linen.+ Lelaki itu pun mengambil api itu dengan kedua-dua tangannya lalu keluar. 8 Kerub-kerub itu mempunyai tangan seperti tangan manusia di bawah sayap-sayap mereka.+

9 Ketika aku memandang, aku nampak di sisi setiap kerub itu ada sebuah roda. Keempat-empat roda itu kelihatan seperti batu krisolit yang berkilau.+ 10 Roda-roda itu sama bentuknya, dan binaannya seperti dua buah roda yang dipasang bersilang. 11 Roda-roda itu dapat bergerak ke empat arah tanpa perlu mengubah haluan. Ke mana sahaja kepala kerub-kerub itu* menghadap, ke sanalah roda-roda itu akan bergerak tanpa perlu mengubah haluan. 12 Seluruh badan kerub, belakang mereka, tangan mereka, dan sayap mereka penuh dengan mata. Keempat-empat roda di sisi mereka juga penuh dengan mata.+ 13 Berkenaan roda-roda itu, aku mendengar suatu suara yang berseru, “Roda yang berputar!”

14 Setiap makhluk* mempunyai empat muka: Muka pertama ialah muka kerub, muka kedua ialah muka manusia, muka ketiga ialah muka singa, dan muka keempat ialah muka helang.+

15 Kerub-kerub itu sama dengan makhluk-makhluk hidup yang aku nampak di Sungai Khebar.+ Apabila kerub-kerub itu naik ke atas 16 dan bergerak, roda-roda itu akan bergerak di sisi mereka. Apabila kerub-kerub itu membentangkan sayap mereka dan naik dari tanah, roda-roda itu akan berada di sisi mereka tanpa mengubah haluan.+ 17 Apabila mereka berhenti, roda-roda itu pun berhenti. Apabila mereka terangkat, roda-roda itu pun terangkat, kerana kuasa suci Tuhan yang menggerakkan makhluk-makhluk hidup itu juga ada di dalam roda-roda itu.

18 Kemudian cahaya kemuliaan Yehuwa+ meninggalkan ambang pintu Rumah Tuhan dan berhenti di atas kerub-kerub itu.+ 19 Aku nampak kerub-kerub itu membentangkan sayap mereka dan naik dari tanah. Roda-roda itu juga bergerak di sisi mereka. Mereka berhenti di pintu masuk sebelah timur Rumah Yehuwa, dan cahaya kemuliaan Tuhan orang Israel berada di atas mereka.+

20 Inilah makhluk-makhluk hidup yang ada di bawah Tuhan orang Israel yang telah aku nampak di Sungai Khebar.+ Demikianlah aku mengetahui bahawa mereka ialah kerub. 21 Setiap makhluk itu mempunyai empat muka dan empat sayap. Mereka mempunyai tangan seperti tangan manusia di bawah sayap mereka.+ 22 Muka-muka mereka kelihatan seperti muka-muka makhluk hidup yang telah aku nampak di Sungai Khebar.+ Mereka masing-masing bergerak lurus ke hadapan tanpa memusingkan badan.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi