Hosea
4 Hai orang Israel, dengarlah firman Yehuwa.
Yehuwa ingin mendakwa penduduk negeri ini,+
Kerana kebenaran, kesetiaan, kasih, dan pengetahuan tentang Tuhan, sudah lenyap dari negeri ini.+
2 Sumpah palsu, dusta,+ pembunuhan,+
Pencurian, dan perzinaan+ semakin berleluasa,
Dan penumpahan darah tidak pernah berhenti.+
3 Itulah sebabnya negeri ini akan berkabung,+
Dan semua penduduk di sini akan dibinasakan.
Sesungguhnya binatang liar di padang akan musnah,
Dan burung di langit serta ikan di laut pun akan lenyap.
4 “Janganlah sesiapa menegur dan menyalahkan umat ini,+
Kerana mereka sudah menjadi seperti orang yang menentang imam.+
5 Mereka akan tersandung pada siang hari seperti orang yang tersandung pada malam hari.
Sesungguhnya nabi-nabi juga akan tersandung bersama mereka,
Dan Aku akan memusnahkan ibu mereka.
6 Umat-Ku akan lenyap kerana mereka tidak mengenal Aku.
Oleh sebab mereka enggan mengenal Aku,+
Aku juga tidak akan mengakui mereka sebagai imam-Ku.
Oleh sebab mereka melupakan hukum-Ku,+
Aku juga akan melupakan keturunan mereka.
7 Semakin banyak jumlah para imam, semakin banyak dosa mereka terhadap Aku.+
Maka Aku akan mengubah kemuliaan mereka menjadi kehinaan.*
8 Mereka menggemukkan diri apabila umat-Ku berdosa;
Mereka mahu umat ini terus berdosa supaya mereka dapat makan daging yang dipersembahkan.
9 Apa yang terjadi kepada para imam juga akan terjadi kepada umat ini;
Aku akan menghukum mereka semua atas segala yang dilakukan oleh mereka,
Dan Aku akan membalas mereka setimpal dengan perbuatan mereka.+
10 Mereka akan makan tetapi tidak akan rasa puas.+
Meskipun mereka melakukan hubungan seks dengan banyak perempuan,* mereka tidak akan mendapat keturunan,+
Kerana mereka semua telah menghina Aku, Yehuwa.
11 Wain, baik yang lama mahupun yang baharu, dan perbuatan cabul,*
Melemahkan tekad seseorang untuk melakukan apa yang benar.+
12 Umat-Ku meminta petunjuk daripada berhala-berhala kayu mereka,
Dan mereka menggunakan tongkat ahli nujum untuk menentukan apa yang harus dilakukan.
Mereka telah menyimpang kerana ingin berbuat cabul,
Dan mereka enggan tunduk kepada-Ku kerana ingin melakukan pelacuran.
13 Mereka mempersembahkan korban di atas gunung-gunung,+
Dan mereka membakar kemenyan di atas bukit-bukit,
Di bawah pokok-pokok oak dan pokok-pokok storaks,
Serta di bawah pokok-pokok besar lain,+ kerana tempat-tempat itu teduh.
Itulah sebabnya anak-anak perempuan mereka melacurkan diri,
Dan menantu-menantu perempuan mereka berzina.
14 Tetapi Aku tidak akan menghukum anak-anak perempuan mereka yang melacurkan diri,
Dan Aku juga tidak akan menghukum menantu-menantu perempuan mereka yang berzina,
Kerana para lelaki dalam kalangan mereka telah mengikut pelacur-pelacur,
Dan mempersembahkan korban bersama pelacur-pelacur kuil.
Sesungguhnya, umat yang tidak berpengertian+ ini akan dihapuskan.
15 Hai Yehuda, Israel telah melakukan perbuatan cabul,+
Tetapi janganlah engkau melakukan dosa yang sama.+
Janganlah pergi ke Gilgal+ atau ke Bet-awen,+
Dan janganlah bersumpah dengan berkata, ‘Demi Yehuwa yang hidup!’+
16 Israel sudah menjadi seperti seekor lembu yang keras kepala.+
Adakah Aku, Yehuwa, akan menggembala mereka seperti menggembala bebiri muda di padang rumput?
17 Efraim sudah terpikat oleh patung berhala.+
Maka biarkanlah mereka!
Para pemimpin mereka suka akan kehinaan.+
19 Akhirnya, mereka akan dibawa pergi seolah-olah ditiup angin,
Dan mereka akan mendapat malu kerana korban-korban yang dipersembahkan oleh mereka.”