Nahum
1 Inilah perkhabaran yang dicatatkan mengenai kota Niniwe.+ Perkhabaran ini dinyatakan dalam suatu penglihatan kepada Nahum,* seorang lelaki dari Elkos:
2 Tuhan Yehuwa menghendaki manusia menyembah Dia sahaja.+
Yehuwa akan menghukum musuh-musuh-Nya.
Yehuwa tidak lupa akan perbuatan jahat mereka dan Dia akan murka terhadap mereka.+
Dia akan melakukan pembalasan terhadap musuh-musuh-Nya.
3 Yehuwa tidak cepat murka+ walaupun Dia amat berkuasa,+
Tetapi Yehuwa tidak akan membiarkan orang yang berdosa terlepas daripada hukuman.+
Di mana Dia berjalan, muncul angin kencang dan ribut yang dahsyat.
Awan ialah debu di bawah kaki-Nya.+
Basan dan Karmel menjadi tempat yang gersang,+
Dan bunga-bunga di Lebanon menjadi layu.
5 Gunung-ganang bergoncang disebabkan-Nya,
Dan bukit bukau akan lebur.+
Bumi akan bergegar di hadapan-Nya,
Begitu juga dengan dunia dan semua penduduknya.+
6 Siapakah yang dapat tahan apabila Dia murka?+
Siapakah yang dapat terlepas daripada bahang kemurkaan-Nya?+
Dia akan melampiaskan api kemurkaan-Nya,
Dan batu-batu akan hancur disebabkan-Nya.
7 Yehuwa itu baik,+ dan Dia merupakan kubu perlindungan pada masa kesusahan.+
Dia menjaga* orang yang berlindung kepada-Nya.+
8 Dia akan mendatangkan banjir yang besar untuk membinasakan kota itu,*
Dan kegelapan akan mengejar musuh-musuh-Nya.
9 Apakah yang dapat kamu rancang untuk melawan Yehuwa?
Dia akan membinasakan kamu sama sekali.
Kesengsaraan tidak akan berlaku lagi.+
10 Penduduk Niniwe seperti semak berduri yang berbelit-belit,
Dan mereka seperti orang yang mabuk setelah meminum arak;*
Tetapi mereka akan dibakar seperti jerami kering.
11 Seseorang yang membuat rancangan jahat untuk melawan Yehuwa akan muncul daripada kalanganmu,
Dia akan memberikan nasihat yang sia-sia.
12 Inilah firman Yehuwa:
“Walaupun mereka sudah bersedia sepenuhnya dan bilangan mereka ramai,
Mereka akan dibinasakan dan diserang.*
Aku sudah menyebabkan engkau* menderita, tetapi Aku tidak akan melakukannya lagi.
13 Sekarang, Aku akan mematahkan kuk* yang dikenakan oleh musuh ke atasmu,+
Dan Aku akan memutuskan rantai yang membelenggumu.
14 Inilah firman Yehuwa mengenai engkau:*
‘Tidak ada lagi keturunan yang akan menyandang namamu.
Aku akan menghancurkan patung-patung berhala yang ada di dalam kuil-kuil dewamu.
Aku akan menyediakan kuburan untukmu kerana engkau memang tidak berguna.’
15 Lihatlah, seseorang datang melalui gunung-gunung untuk menyampaikan berita baik.
Dia datang untuk mengumumkan kedamaian.+
Hai Yehuda, rayakanlah perayaan-perayaanmu+ dan tunaikanlah ikrarmu,
Kerana orang yang tidak berguna itu tidak akan menyerangmu lagi.
Dia akan dibinasakan sama sekali.”