PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Zakharia 7
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Zakharia

      • Yehuwa mengutuk orang yang tidak ikhlas berpuasa (1-14)

        • ‘Adakah kamu benar-benar berpuasa demi Aku?’ (5)

        • ‘Hakimi dengan adil; tunjukkan kasih setia dan belas kasihan’ (9)

Zakharia 7:1

Nota kaki

  • *

    Lihat Lampiran B15.

Rujukan Silang

  • +Ez 6:14; Za 1:1

Zakharia 7:3

Rujukan Silang

  • +2Ra 25:8-10; Yer 52:12-14

Zakharia 7:5

Rujukan Silang

  • +Yer 25:11; Za 1:12
  • +Yer 41:1, 2

Zakharia 7:7

Rujukan Silang

  • +2Ta 36:15

Zakharia 7:9

Rujukan Silang

  • +Ams 21:3; Yer 21:12
  • +Ams 16:6; Ho 10:12; Mi 6:8

Zakharia 7:10

Rujukan Silang

  • +Kel 22:22; Ul 24:17; Yes 1:17
  • +Kel 23:9; Mal 3:5
  • +Ams 22:22
  • +Za 8:17

Zakharia 7:11

Rujukan Silang

  • +2Ta 33:10; Yer 6:10
  • +Ne 9:29
  • +2Ra 17:13, 14; Yes 6:10; Yer 25:7

Zakharia 7:12

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “batu yang keras,” seperti batu emeri.

Rujukan Silang

  • +Yeh 3:7
  • +Ne 9:30; Kis 7:51
  • +2Ta 36:15, 16; Yer 21:5

Zakharia 7:13

Rujukan Silang

  • +Yes 50:2
  • +Yes 1:15; Rat 3:44

Zakharia 7:14

Rujukan Silang

  • +Ul 28:64; Yer 5:15
  • +Im 26:22, 33; 2Ta 36:20, 21

Lain

Za. 7:1Ez 6:14; Za 1:1
Za. 7:32Ra 25:8-10; Yer 52:12-14
Za. 7:5Yer 25:11; Za 1:12
Za. 7:5Yer 41:1, 2
Za. 7:72Ta 36:15
Za. 7:9Ams 21:3; Yer 21:12
Za. 7:9Ams 16:6; Ho 10:12; Mi 6:8
Za. 7:10Kel 22:22; Ul 24:17; Yes 1:17
Za. 7:10Kel 23:9; Mal 3:5
Za. 7:10Ams 22:22
Za. 7:10Za 8:17
Za. 7:112Ta 33:10; Yer 6:10
Za. 7:11Ne 9:29
Za. 7:112Ra 17:13, 14; Yes 6:10; Yer 25:7
Za. 7:12Yeh 3:7
Za. 7:12Ne 9:30; Kis 7:51
Za. 7:122Ta 36:15, 16; Yer 21:5
Za. 7:13Yes 50:2
Za. 7:13Yes 1:15; Rat 3:44
Za. 7:14Ul 28:64; Yer 5:15
Za. 7:14Im 26:22, 33; 2Ta 36:20, 21
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Zakharia 7:1-14

Zakharia

7 Pada hari keempat bulan Kislew,* iaitu bulan kesembilan dalam tahun keempat pemerintahan Raja Darius, Zakharia+ mendapat perkhabaran daripada Yehuwa. 2 Penduduk Bethel mengutus Sarezer, Regem-melekh, serta anak buah mereka untuk memohon perkenan Yehuwa. 3 Mereka bertanya kepada para nabi dan para imam di Rumah Yehuwa, ketua angkatan syurga, “Selama bertahun-tahun kami meratap dan berpuasa pada bulan kelima.+ Adakah kami masih perlu berbuat demikian?”

4 Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman kepadaku, 5 “Beritahulah semua penduduk negeri ini dan para imam, ‘Selama 70 tahun ini,+ semasa kamu berpuasa dan bersedih pada bulan kelima dan ketujuh,+ adakah kamu benar-benar melakukannya demi Aku? 6 Semasa kamu makan dan minum, tidakkah kamu melakukannya semata-mata demi keseronokan diri? 7 Dahulu, Yerusalem dan kota-kota di sekelilingnya masih aman damai dan penuh dengan penduduk. Negeb dan Syefela juga masih didiami orang. Tidakkah kamu patut mendengarkan firman Aku, Yehuwa, yang disampaikan oleh para nabi sejak zaman itu lagi?’”+

8 Kemudian Zakharia mendapat perkhabaran berikut daripada Yehuwa: 9 “Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah berfirman, ‘Hakimilah dengan adil dan benar,+ dan tunjukkanlah kasih setia dan belas kasihan+ terhadap satu sama lain. 10 Janganlah menipu balu, anak yatim,+ orang asing,+ ataupun orang miskin,+ dan janganlah merancang perkara yang jahat terhadap satu sama lain.’+ 11 Tetapi mereka enggan mengambil peduli.+ Mereka degil+ dan mereka menutup telinga supaya tidak mendengar.+ 12 Hati mereka keras seperti berlian.*+ Mereka tidak mematuhi hukum dan perintah yang Aku, Yehuwa, sampaikan melalui para nabi yang dibimbing oleh kuasa suci-Ku.+ Itulah sebabnya Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, sangat murka terhadap mereka.”+

13 “Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, ‘Oleh sebab mereka tidak mahu mendengar ketika Aku berfirman,+ Aku pun tidak mahu mendengar ketika mereka berseru kepada-Ku.+ 14 Aku mendatangkan angin ribut untuk menyelerakkan mereka dalam kalangan bangsa-bangsa yang tidak dikenali mereka.+ Selepas itu, negeri mereka terbiar; tiada orang yang melalui tempat itu ataupun kembali ke situ.+ Disebabkan mereka, tanah yang indah itu telah menjadi tempat yang menakutkan.’”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi