Berita Baik yang Disampaikan oleh Markus
16 Setelah hari Sabat berlalu,+ Maria Magdalena, Maria,+ iaitu ibu kepada Yakobus, dan juga Salome, membeli bahan-bahan wangi supaya mereka dapat pergi ke makam Yesus untuk melumuri mayatnya.+ 2 Mereka bertolak pada awal pagi hari Ahad,* dan tiba di makam semasa matahari terbit.+ 3 Mereka berkata sesama sendiri, “Siapakah yang akan menggulingkan batu penutup makam ke tepi untuk kita?” 4 Tetapi semasa mereka melihat ke arah pintu makam, mereka nampak bahawa batu penutup yang sangat besar itu telah digulingkan ke tepi.+ 5 Semasa mereka masuk ke dalam makam, mereka terkejut kerana nampak seorang pemuda yang berjubah putih sedang duduk di sebelah kanan makam. 6 Dia berkata kepada mereka, “Janganlah takut.+ Aku tahu bahawa kamu sedang mencari Yesus orang Nasaret yang dihukum bunuh pada tiang. Dia sudah dibangkitkan.+ Dia tidak ada di sini. Lihat! Di sinilah mereka meletakkan mayatnya.+ 7 Pergilah dan beritahulah Petrus dan murid-murid Yesus, ‘Sekarang dia dalam perjalanan ke Galilea,+ dan kamu akan menjumpainya di sana, seperti yang telah dikatakannya kepada kamu.’”+ 8 Mereka berasa hairan dan menggigil ketakutan. Apabila mereka keluar dari makam itu, mereka terus berlari dari situ. Mereka tidak berkata apa-apa kepada sesiapa pun, kerana mereka takut.*+