PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lmd 10
  • Bertekad

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bertekad
  • Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apa yang Yesus Buat
  • Apakah yang Kita Pelajari daripada Yesus?
  • Tirulah Yesus
  • Berterus Terang
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Mudah Difahami
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Cara Mengadakan Pembelajaran Bible dengan Menggunakan “Nikmati Hidup Selama-Lamanya!”
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
lmd 10

JADIKAN MURID

Yesus dan Nikodemus berbual pada waktu malam di sebuah halaman.

Yohanes 3:1, 2

PELAJARAN 10

Bertekad

Prinsip: “Kami bukan sahaja bertekad untuk menyampaikan berita baik tentang Tuhan kepada kamu, malah kami juga bertekad untuk menyerahkan jiwa kami kerana kami sangat menyayangi kamu.”—1 Tes. 2:8.

Apa yang Yesus Buat

Yesus dan Nikodemus berbual pada waktu malam di sebuah halaman.

VIDEO: Yesus Mengajar Nikodemus

1. Lihat VIDEO, atau baca Yohanes 3:1, 2. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1. Pada pendapat anda, mengapakah Nikodemus memilih untuk mengunjungi Yesus pada waktu malam?—Lihat Yohanes 12:42, 43.

  2. Dengan sudi berjumpa dengan Nikodemus pada waktu malam, bagaimanakah Yesus menunjukkan bahawa dia bertekad untuk jadikan orang pengikutnya?

Apakah yang Kita Pelajari daripada Yesus?

2. Kita menunjukkan bahawa kita mengasihi orang dengan bertekad untuk membantu mereka menjadi murid Yesus.

Tirulah Yesus

3. Belajar pada masa dan di tempat yang sesuai untuk pelajar Bible anda. Dia mungkin lebih suka belajar pada hari atau masa tertentu. Adakah dia lebih selesa belajar di tempat kerja, di rumah, atau di tempat awam? Seboleh-bolehnya, sesuaikan jadual anda menurut keperluan pelajar anda.

4. Belajar dengan tetap. Jika anda tidak dapat adakan pembelajaran bersemuka pada hari yang ditetapkan, cuba jangan batalkannya. Sebaliknya, fikirkan hal ini:

  1. Dapatkah anda mengadakan pembelajaran pada masa lain dalam minggu itu?

  2. Dapatkah anda mengendalikan pembelajaran melalui panggilan telefon atau video?

  3. Bolehkah anda minta penyiar lain untuk mengadakan pembelajaran itu?

5. Berdoa untuk memiliki sikap yang betul. Mintalah Yehuwa membantu anda untuk tidak berputus asa terhadap pelajar anda, biarpun dia susah belajar secara tetap atau lambat menerapkan apa yang dia pelajari. (Flp. 2:13) Kemungkinan besar, pelajar anda mempunyai banyak sifat baik. Jadi, berdoalah agar anda dapat bertumpu kepada sifat-sifat itu.

LIHAT JUGA

Ams. 3:27; Kis. 20:35; 2 Kor. 12:15

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi