PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Maleakhi 1
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Maleakhi

      • Kasih Yehuwa terhadap umat-Nya (1-5)

      • Para imam mempersembahkan korban yang buruk (6-14)

        • Nama Tuhan dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa (11)

Maleakhi 1:1

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Utusan-Ku.”

Maleakhi 1:2

Rujukan Silang

  • +Ul 10:15
  • +Kej 25:25, 26

Maleakhi 1:3

Rujukan Silang

  • +Rm 9:13
  • +Yer 49:20; Yl 3:19
  • +Yes 34:10, 13

Maleakhi 1:4

Nota kaki

  • *

    Nama lain yang diberikan kepada Esau. Lihat Kamus, “Edom.”

Rujukan Silang

  • +Yes 34:5; Ob 18

Maleakhi 1:6

Nota kaki

  • *

    Atau “hormat.”

Rujukan Silang

  • +Yeh 22:26
  • +Kel 20:12
  • +Kel 4:22
  • +Yes 1:2

Maleakhi 1:7

Nota kaki

  • *

    Iaitu, mazbah-Nya.

Rujukan Silang

  • +Yeh 41:21, 22; 1Ko 10:21

Maleakhi 1:8

Rujukan Silang

  • +Im 22:20, 22; Ul 15:21

Maleakhi 1:10

Nota kaki

  • *

    Nampaknya merujuk kepada tugas menutup pintu Rumah Tuhan.

Rujukan Silang

  • +2Ta 23:4
  • +Yer 6:13; Mi 3:11
  • +Yes 1:11; Yer 6:20

Maleakhi 1:11

Rujukan Silang

  • +Mz 113:3; Yes 45:6; 59:19
  • +Mz 22:27; Zef 3:9; Mt 28:19; Why 15:4

Maleakhi 1:12

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “menghina Aku.”

Rujukan Silang

  • +Yeh 22:26
  • +Mal 1:7

Maleakhi 1:13

Rujukan Silang

  • +Im 22:20, 22; Ul 15:21; 17:1

Maleakhi 1:14

Rujukan Silang

  • +Mz 47:2; Yer 10:10
  • +Why 15:4

Lain

Mal. 1:2Ul 10:15
Mal. 1:2Kej 25:25, 26
Mal. 1:3Rm 9:13
Mal. 1:3Yer 49:20; Yl 3:19
Mal. 1:3Yes 34:10, 13
Mal. 1:4Yes 34:5; Ob 18
Mal. 1:6Yeh 22:26
Mal. 1:6Kel 20:12
Mal. 1:6Kel 4:22
Mal. 1:6Yes 1:2
Mal. 1:7Yeh 41:21, 22; 1Ko 10:21
Mal. 1:8Im 22:20, 22; Ul 15:21
Mal. 1:102Ta 23:4
Mal. 1:10Yer 6:13; Mi 3:11
Mal. 1:10Yes 1:11; Yer 6:20
Mal. 1:11Mz 113:3; Yes 45:6; 59:19
Mal. 1:11Mz 22:27; Zef 3:9; Mt 28:19; Why 15:4
Mal. 1:12Yeh 22:26
Mal. 1:12Mal 1:7
Mal. 1:13Im 22:20, 22; Ul 15:21; 17:1
Mal. 1:14Mz 47:2; Yer 10:10
Mal. 1:14Why 15:4
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Maleakhi 1:1-14

Maleakhi

1 Inilah perkhabaran daripada Yehuwa kepada umat Israel melalui Maleakhi:*

2 “Aku mengasihi kamu,”+ firman Yehuwa.

Tetapi kamu bertanya, “Bagaimanakah Engkau mengasihi kami?”

Yehuwa menjawab, “Bukankah Esau abang Yakub?+ Aku mengasihi Yakub, 3 tetapi Aku membenci Esau.+ Aku telah membuat kawasan pergunungannya terbiar+ dan menyebabkan padang belantara yang didiami serigala menjadi milik pusakanya.”+

4 “Orang Edom* berkata, ‘Kota kami telah dihancurkan, tetapi kami akan kembali dan membinanya semula.’ Namun, Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, ‘Mereka akan membinanya semula, tetapi Aku akan merobohkannya lagi. Mereka akan dipanggil “negeri kejahatan” dan “orang yang dikutuk oleh Yehuwa selama-lamanya.”+ 5 Kamu akan melihat perkara ini dengan mata sendiri lalu berkata, “Semoga Yehuwa diagungkan di seluruh negeri Israel.”’”

6 “Hai imam-imam yang menghina nama Tuhan,+ demikianlah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, kepada kamu: ‘Seorang anak menghormati bapanya,+ dan seorang hamba menghormati tuannya. Aku bapa kamu,+ tetapi mengapa kamu tidak menghormati Aku?+ Aku tuan kamu, tetapi mengapa kamu tidak takut* kepada-Ku?’

“‘Namun kamu bertanya, “Dengan cara apakah kami menghina nama-Mu?”’

7 “‘Kamu mempersembahkan makanan yang tercemar di atas mazbah-Ku.’

“‘Kemudian kamu bertanya pula, “Bagaimanakah kami mencemari kemuliaan-Mu?”’

“‘Dengan berkata, “Meja Yehuwa*+ boleh dipandang hina.” 8 Apabila kamu membawa binatang yang buta untuk dipersembahkan, kamu berkata, “Apa salahnya?” Apabila kamu mempersembahkan binatang yang tempang atau sakit, kamu berkata, “Apa salahnya?”’”+

“Cubalah berikan binatang seperti itu kepada gabenor kamu. Adakah dia akan senang hati atau menyambut kamu dengan baik?” firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.

9 “Sekarang, rayulah kepada Tuhan agar Dia mengasihani kita. Tetapi dengan pemberian sebegitu, bagaimana mungkin Dia berkenan kepada kamu?” Demikianlah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.

10 “Jika tidak dibayar, siapakah antara kamu yang sudi menutup pintu*+ atau menyalakan api di atas mazbah-Ku?+ Aku tidak berkenan kepada kamu, dan semua pemberian kamu langsung tidak menyenangkan hati-Ku.”+ Demikianlah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.

11 “Dari timur sampai ke barat, nama-Ku akan dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa.+ Di semua tempat, orang akan mempersembahkan korban yang murni demi nama-Ku dan membakar korban sehingga asap naik. Sesungguhnya, bangsa-bangsa akan mengagungkan nama-Ku,”+ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.

12 “Tetapi kamu menghinanya*+ dengan berkata, ‘Tiada salahnya mencemarkan meja Yehuwa. Makanan dan persembahan di atasnya juga menjijikkan.’+ 13 Kamu juga berkata, ‘Menyusahkan betul!’ lalu mendengus,” firman Yehuwa, ketua angkatan syurga. “Kamu membawa binatang yang dicuri, yang tempang, dan yang sakit sebagai persembahan. Tergamak kamu berbuat demikian! Adakah kamu sangka Aku akan menerimanya daripada tangan kamu?”+ firman Yehuwa.

14 “Terkutuklah orang licik yang berikrar kepada-Ku lalu mempersembahkan seekor binatang yang cacat kepada Aku, Yehuwa, padahal dia mempunyai binatang yang sihat antara ternakannya. Akulah Raja yang agung,”+ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, “dan nama-Ku akan termasyhur dalam kalangan bangsa-bangsa.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi