PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lmd 11
  • Mudah Difahami

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mudah Difahami
  • Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apa yang Yesus Buat
  • Apakah yang Kita Pelajari daripada Yesus?
  • Tirulah Yesus
  • Cara Mengadakan Pembelajaran Bible dengan Menggunakan “Nikmati Hidup Selama-Lamanya!”
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Berterus Terang
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
lmd 11

JADIKAN MURID

Yesus mengajar sekumpulan orang berdekatan sebuah tasik. Terdapat burung berterbangan, dan bunga-bunga liar berdekatan mereka.

Matius 6:25-27

PELAJARAN 11

Mudah Difahami

Prinsip: ‘Ucapkan kata-kata yang mudah difahami.’​—1 Kor. 14:9.

Apa yang Yesus Buat

Yesus mengajar sekumpulan orang berdekatan sebuah tasik. Terdapat burung berterbangan, dan bunga-bunga liar berdekatan mereka.

VIDEO: Yesus Menggambarkan Keprihatinan Bapa Kita

1. Lihat VIDEO, atau baca Matius 6:​25-27. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1. Bagaimanakah Yesus menggambarkan keprihatinan Yehuwa terhadap kita?

  2. Walaupun Yesus tahu banyak fakta tentang burung, apakah maklumat yang mudah difahami yang dikongsinya? Mengapakah cara itu berkesan?

Apakah yang Kita Pelajari daripada Yesus?

2. Apabila kita mengajar dalam cara yang mudah difahami, orang akan ingat apa yang kita ajar dan kita dapat menyentuh hati mereka.

Tirulah Yesus

3. Jangan cakap terlalu banyak. Daripada mengongsi semua yang anda tahu tentang suatu topik, bertumpulah kepada kandungan dalam bahan pembelajaran. Selepas tanya soalan, tunggulah jawapan pelajar dengan sabar. Jika dia tidak tahu jawapannya atau memberikan pandangan yang tidak selaras dengan ajaran Bible, gunakanlah soalan tambahan untuk membantunya mencapai kesimpulan yang betul. Jika pelajar anda sudah memahami isi utama, maju ke bahagian seterusnya.

4. Kaitkan ajaran baharu dengan apa yang sudah diketahui pelajar. Sebagai contoh, sebelum memulakan pembelajaran tentang pembangkitan, anda boleh ulang kaji secara ringkas apa yang sudah dipelajarinya tentang keadaan orang mati.

5. Guna perumpamaan dengan bijak. Sebelum menggunakan suatu perumpamaan, tanyalah diri,

  1. “Adakah perumpamaan saya mudah?”

  2. “Adakah pelajar saya senang memahaminya?”

  3. “Adakah pelajar saya dibantu untuk ingat isi utama, dan bukan perumpamaan itu sahaja?”

LIHAT JUGA

Mat. 11:25; Yoh. 16:12; 1 Kor. 2:1

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi