Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
© 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
3-9 NOVEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN KIDUNG AGUNG 1-2
Kisah Cinta yang Sejati
w15 15/1 30 ¶9-10
9 Bagi penyembah Yehuwa hari ini, perkahwinan bukan sekadar perjanjian rasmi. Suami isteri benar-benar mengasihi satu sama lain dan menunjukkannya melalui perbuatan dan kata-kata. Namun, apakah maksud kasih sejati antara suami isteri? Adakah kasih ini berdasarkan prinsip Bible? (1 Yoh. 4:8) Adakah kasih ini perasaan sayang antara ahli keluarga? Adakah kasih ini merujuk kepada hubungan yang rapat antara dua sahabat sejati? (Yoh. 11:3) Atau, adakah kasih ini merujuk kepada cinta antara dua kekasih? (Ams. 5:15-20) Sebenarnya, kasih sejati antara suami isteri merangkumi semua jenis kasih yang disebutkan itu. Melalui kata-kata dan perbuatan, anda dapat meluahkan isi hati anda dan hidup bahagia bersama. Ya, hal ini memang penting tidak kira betapa sibuknya anda. Bagi sesetengah budaya, perkahwinan suami isteri adalah dirancang. Suami dan isteri mungkin tidak mengenali satu sama lain sebelum hari perkahwinan. Jadi selepas mereka berkahwin, mereka harus saling mengenali dan meluahkan perasaan mereka supaya ikatan kasih antara mereka menjadi kuat. Dengan demikian, mereka akan semakin rapat dan perkahwinan mereka akan kukuh.
10 Luahan cinta dapat menguatkan perkahwinan dalam cara yang lain. Dalam buku Kidung Agung, Raja Salomo telah menawarkan “perhiasan emas” dan “perhiasan yang bertatahkan perak” kepada gadis muda itu. Dia juga memuji gadis itu dengan berkata bahawa kecantikannya “seindah bulan purnama, secerah sang suria.” (Kid. 1:9-11; 6:10) Namun, gadis itu sudah pun mempunyai kekasih yang sejati. Apakah yang membantunya untuk tetap setia kepada kekasihnya? Apakah yang menghiburkan hatinya ketika mereka berjauhan? (Baca Kidung Agung 1:2, 3.) Dia teringat kembali luahan cinta gembala itu yang membuatnya gembira. Baginya, luahan gembala itu “lebih nikmat daripada wain” dan menghiburkan hatinya, bagaikan “minyak wangi yang dicurahkan” atas kepala. (Mzm. 23:5; 104:15) Suami atau isteri akan ingat tentang kasih yang ditunjukkan oleh pasangan mereka. Jadi adalah penting bagi suami isteri untuk sentiasa meluahkan kasih mereka. Hal ini akan menguatkan hubungan mereka.
w15 15/1 31 ¶11
11 Jika anda ingin berkahwin, apakah yang boleh anda pelajari daripada gadis Sulam tersebut? Dia tidak mencintai Salomo dan dengan tegas memberitahu wanita-wanita di istana, “Janganlah bangkitkan perasaan cinta dalam diriku sebelum saatnya tiba.” (Kid. 2:7; 3:5, NW) Mengapakah dia berkata demikian? Kerana orang Kristian tidak seharusnya memupuk hubungan romantik dengan sesiapa sahaja. Sebaliknya, adalah lebih bijak untuk menunggu orang yang sesuai, orang yang anda benar-benar cintai.
10-16 NOVEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN KIDUNG AGUNG 3-5
Sifat-Sifat Baik Membuat Kita Cantik
w15 15/1 30 ¶8
8 Gembala itu dan buah hatinya bukan sekadar memuji kecantikan satu sama lain. Gembala itu juga suka mendengar cara gadis itu bercakap kepada orang lain. (Baca Kidung Agung 4:7, 11.) Jadi dia memberitahu gadis itu, “Bibirmu lebih manis daripada madu, hai pengantinku. Lidahmu seperti susu dan madu.” Baginya, kata-kata gadis itu lemah lembut, baik, dan manis seperti susu dan madu. Gembala itu juga memberitahu gadis itu, “Alangkah cantiknya engkau, hai sayangku, tiada cacat padamu.” Dia bukan sahaja bercakap tentang kecantikannya, tetapi juga sifat-sifatnya yang baik.
w15 15/1 32 ¶15
15 Baca Kidung Agung 4:12. Mengapakah gembala itu menyamakan gadis Sulam dengan “taman yang bertembok”? Sebuah taman yang bertembok tidak terbuka kepada orang awam dan hanya boleh dimasuki melalui pintu pagar. Gadis Sulam disamakan dengan taman itu kerana dia hanya mencintai kekasihnya. Dia ingin berkahwin dengannya, jadi dia tidak mempedulikan perhatian yang diberikan oleh Raja Salomo. Hatinya tidak berubah, bagaikan “tembok” yang kukuh dan bukan “pintu” yang senang dibuka. (Kid. 8:8-10) Maka, pasangan Kristian yang merancang untuk berkahwin harus setia kepada satu sama lain dan hanya mencintai pasangan mereka.
g04 12/22 9 ¶2-5
Kecantikan yang Jauh Lebih Bernilai
Sifat dan personaliti yang baik dapat menawan hati seseorang. Perhatikan kata-kata Georgina yang sudah berkahwin hampir 10 tahun: “Sejak berkahwin sampai sekarang, sikap suami saya yang jujur dan ikhlas masih buat saya tertarik kepadanya. Dia juga selalu mengutamakan Tuhan. Ini membantunya menjadi orang yang bertimbang rasa dan penyayang. Sebelum membuat keputusan, dia akan mengambil kira perasaan saya. Saya rasa dihargai dan saya tahu dia benar-benar mengasihi saya.”
Daniel, yang berkahwin pada 1987, berkata, “Bagi saya, isteri saya memang cantik. Tapi, apa yang buat saya lebih mencintainya ialah sifat-sifatnya yang baik. Dia selalu fikir tentang orang lain dan mahu buat mereka gembira. Saya rasa bahagia bersamanya.”
Dunia ini selalu mementingkan penampilan. Tetapi standard kecantikan yang diiklankan tidak selalunya dapat dikecapi oleh semua orang. Sebaliknya, kita semua dapat menjadi “cantik” dengan memupuk sifat-sifat yang baik. Bible berkata, “Kejelitaan menipu mata dan kecantikan tidak berkekalan, tetapi wanita yang takut akan Yehuwa pasti dipuji.” Selain itu, Bible juga memberikan nasihat ini: “Kecantikan pada wanita yang tidak berpengertian ibarat cincin emas pada hidung babi.”—Amsal 11:22; 31:30.
Sememangnya, Firman Tuhan menonjolkan pentingnya “sikap tenang dan lemah lembut. Itulah perhiasan yang tidak dapat musnah dan yang sangat bernilai di mata Tuhan.” (1 Petrus 3:4) Kecantikan sedemikian jauh lebih berharga dan dapat dimiliki oleh semua orang.
Permata Rohani
w15 15/1 31 ¶11
11 Jika anda ingin berkahwin, apakah yang boleh anda pelajari daripada gadis Sulam tersebut? Dia tidak mencintai Salomo dan dengan tegas memberitahu wanita-wanita di istana, “Janganlah bangkitkan perasaan cinta dalam diriku sebelum saatnya tiba.” (Kid. 2:7; 3:5, NW) Mengapakah dia berkata demikian? Kerana orang Kristian tidak seharusnya memupuk hubungan romantik dengan sesiapa sahaja. Sebaliknya, adalah lebih bijak untuk menunggu orang yang sesuai, orang yang anda benar-benar cintai.
17-23 NOVEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN KIDUNG AGUNG 6-8
Jadilah seperti Tembok dan Bukannya Pintu
w15 15/1 32 ¶15-16
15 Baca Kidung Agung 4:12. Mengapakah gembala itu menyamakan gadis Sulam dengan “taman yang bertembok”? Sebuah taman yang bertembok tidak terbuka kepada orang awam dan hanya boleh dimasuki melalui pintu pagar. Gadis Sulam disamakan dengan taman itu kerana dia hanya mencintai kekasihnya. Dia ingin berkahwin dengannya, jadi dia tidak mempedulikan perhatian yang diberikan oleh Raja Salomo. Hatinya tidak berubah, bagaikan “tembok” yang kukuh dan bukan “pintu” yang senang dibuka. (Kid. 8:8-10) Maka, pasangan Kristian yang merancang untuk berkahwin harus setia kepada satu sama lain dan hanya mencintai pasangan mereka.
16 Apabila gembala itu mengajak gadis Sulam untuk pergi berjalan-jalan, abang-abang gadis Sulam tidak mengizinkannya. Sebaliknya, mereka menyuruhnya menjaga ladang anggur. Adakah mereka tidak mempercayainya? Adakah mereka berfikir bahawa adik mereka dan gembala itu akan melakukan perkara yang tidak bermoral? Tidak. Sebenarnya, mereka ingin melindungi adik mereka daripada situasi yang berbahaya itu. (Kid. 1:6; 2:10-15) Jika anda sedang berdating, bagaimanakah anda dapat mengelakkan situasi yang mungkin menggoda anda untuk berbuat salah? Pastikanlah terlebih dahulu apa yang harus dielakkan supaya hubungan anda berdua tetap bersih. Janganlah bersendirian tanpa diawasi. Luahkan kasih anda dalam cara yang betul.
yp 188 ¶2
Patutkah Saya Melakukan Seks sebelum Berkahwin?
Untuk mengekalkan kelakuan yang murni, orang muda boleh meniru sikap seorang gadis yang disebut dalam Bible. Meskipun gadis itu sangat mencintai kekasihnya, dia tetap berpegang pada prinsip Tuhan dan menjaga hatinya. Dia berkata, “Aku ialah tembok, dan buah dadaku bagaikan menara.” Seperti tembok yang tidak mudah dirobohkan, dia juga tidak mudah menyerah kepada godaan untuk melakukan hal yang tidak bermoral. Sememangnya, dia bukanlah “pintu” yang senang dibuka. Oleh itu, dia dapat tetap “murni” dan berkata, “Di mata kekasihku, aku bagaikan wanita yang sudah menemui ketenangan.” Hasilnya, dia dan kekasihnya ada hubungan yang baik dan dapat meraih kebahagiaan. (Kidung Agung 6:9, 10; 8:9, 10) Orang muda yang tetap murni dapat memperoleh manfaat yang sama dan mengelakkan akibat yang buruk.
yp2 33
Teladan Baik—Gadis Sulam
Gadis Sulam tahu dia perlu berfikir baik-baik dalam soal cinta. Dia sedar perasaan boleh mengaburi fikiran seseorang. Oleh itu, dia beritahu kawan-kawannya, “Janganlah bangkitkan perasaan cinta dalam diriku sebelum saatnya tiba.” Dia tahu bahawa orang lain boleh memberi tekanan kepadanya untuk menerima seseorang yang tidak sesuai dengannya. Bahkan perasaannya pun dapat menghalangnya daripada membuat pertimbangan yang baik. Ya, gadis Sulam teguh bagaikan “tembok.”—Kidung Agung 8:4, 10.
Adakah kamu mempunyai pandangan yang sama dengan gadis Sulam? Sudikah kamu buat keputusan berdasarkan daya pemikiran yang baik dan bukannya ikut hati saja? (Amsal 2:10, 11) Ada kalanya orang lain mungkin memberi tekanan kepada kamu untuk berdating walaupun kamu belum lagi bersedia. Barangkali, kamu pun mungkin memberi tekanan kepada diri sendiri. Contohnya, semasa melihat couple lain berpegang tangan dan berjalan bersama-sama, adakah kamu juga teringin untuk mencari seseorang? Adakah kamu rasa terdesak sehingga sanggup menerima seseorang yang tidak seiman? Gadis Sulam ada pandangan yang matang dan kamu pun boleh jadi seperti dia!
Permata Rohani
w15 15/1 29 ¶3
3 Baca Kidung Agung 8:6.b Cinta diterangkan sebagai “nyala api Yah.” Mengapa? Kerana sifat Yehuwa yang paling agung ialah kasih. Dia juga menciptakan kita dengan keupayaan untuk menunjukkan kasih seperti-Nya. (Kej. 1:26, 27) Setelah Yehuwa menciptakan lelaki yang pertama, Adam, Dia mengurniainya seorang isteri yang cantik. Apabila Adam melihat Hawa pada kali pertama, dia berasa sangat gembira sehingga meluahkan perasaannya dalam sebuah pantun. Hawa juga berasa rapat dengan suaminya. Hal ini adalah kerana Yehuwa menciptakannya daripada Adam. (Kej. 2:21-23) Yehuwa telah menciptakan lelaki dan perempuan dengan keupayaan untuk menunjukkan kasih sejati yang berkekalan.
24-30 NOVEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN YESAYA 1-2
Harapan bagi Orang yang “Sarat dengan Perbuatan yang Salah”
ip-1 14 ¶8
Seorang Bapa dan Anak-Anaknya yang Suka Memberontak
8 Yesaya menyampaikan mesej yang tegas kepada bangsa Yehuda, “Malanglah kamu, hai bangsa yang berdosa! Kamu umat yang sarat dengan perbuatan yang salah! Kamu keturunan yang jahat dan anak-anak yang keji! Kamu telah menolak Yehuwa; Kamu tidak menghormati Tuhan Israel Yang Suci; kamu telah meninggalkan-Nya.” (Yesaya 1:4) Dosa yang banyak boleh menjadi seperti beban yang berat. Yehuwa kata dosa Sodom dan Gomora “besar sekali.” (Kejadian 18:20) Hal ini sama seperti keadaan orang di Yehuda. Jadi, Yesaya kata mereka “umat yang sarat dengan perbuatan yang salah.” Dia juga menggambarkan mereka sebagai “keturunan yang jahat dan anak-anak yang keji.” Seperti anak yang derhaka, mereka telah “meninggalkan [Yehuwa],” atau menurut Alkitab Versi Borneo, mereka “berpaling membelakangi” Bapa mereka.
w24.08 9 ¶6
6 Sering kali, Yehuwa menggunakan nabi-Nya untuk memberikan amaran kepada umat-Nya dan membetulkan mereka. Sebagai contoh, Yehuwa mengutus Yeremia untuk berkata kepada mereka, “Wahai Israel yang suka memberontak, kembalilah kepada-Ku . . . Aku tidak akan murka terhadapmu lagi kerana Aku setia . . . Aku tidak akan marah untuk selama-lamanya. Tetapi engkau haruslah mengakui kesalahanmu kerana engkau telah memberontak melawan Aku.” (Yer. 3:12, 13) Menerusi Nabi Yoel, Yehuwa berkata, “Kembalilah kepada-Ku dengan segenap hati.” (Yl. 2:12, 13) Yehuwa juga menyuruh Yesaya untuk memberitahu mereka, “Sucikanlah diri kamu. Hentikanlah segala kejahatan yang kamu lakukan di depan Aku. Jangan berbuat jahat lagi.” (Yes. 1:16-19) Selain itu, Yehuwa berfirman melalui Yehezkiel, “Adakah kamu menyangka bahawa Aku suka melihat orang jahat mati? . . . Tidak! Aku mahu dia bertaubat dan terus hidup. Aku tidak suka melihat sesiapa pun mati, . . . jadi bertaubatlah dan terus hidup!” (Yeh. 18:23, 32) Yehuwa mahu orang bertaubat kerana Dia mahu mereka terus hidup untuk selama-lamanya! Jelaslah, Yehuwa tidak hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa sementara menunggu pendosa bertaubat. Mari kita lihat contoh lain.
JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR
w25.02 3 kotak
Dosa
Perkataan “dosa” dalam Bible boleh merujuk kepada beberapa hal:
• Pertama, dosa yang dilakukan Adam semasa dia melanggar perintah Yehuwa.—Kej. 3:17-19; Rm. 5:14, 17.
• Kedua, ketidaksempurnaan yang kita semua warisi disebabkan dosa Adam, yang membuat kita memiliki fikiran dan keinginan yang salah.—Mzm. 51:5.
• Ketiga, apa-apa perbuatan salah (sama ada yang disengajakan atau tidak) yang kita lakukan kerana mewarisi ketidaksempurnaan daripada Adam.—Yoh. 8:34; Yak. 1:14, 15.
1-7 DISEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN YESAYA 3-5
Yehuwa Memang Patut Mengharapkan Hasil Baik daripada Ladang-Nya
ip-1 73-74 ¶3-5
3 Whether Isaiah literally sings this parable to his listeners or not, it surely captures their attention. Most are probably familiar with the work of planting a vineyard, and Isaiah’s description is vivid and realistic. Like vine growers today, the vineyard owner plants, not grape seeds, but a “choice,” or rich, “red vine”—a cutting or shoot from another vine. Appropriately, he plants this vineyard “on a fruitful hillside,” a place where a vineyard will thrive.
4 It takes hard work to make a vineyard produce. Isaiah describes the owner’s ‘digging the land and ridding it of stones’—tedious, exhausting work! He likely uses the larger stones “to build a tower.” In ancient times such towers served as stations for watchmen who guarded the crops against thieves and animals.a Also, he builds a stone wall to line the vineyard terraces. (Isaiah 5:5) This was commonly done to prevent the washing away of vital topsoil.
5 Having worked so hard to protect his vineyard, the owner has every right to expect that it will bear fruit. In anticipation of this, he hews out a winepress. But does the hoped-for harvest materialize? No, the vineyard produces wild grapes.
ip-1 76 ¶8-9
8 Isaiah calls Jehovah, the owner of the vineyard, “my loved one.” (Isaiah 5:1) Isaiah can speak of God in such an intimate way only because he has a close relationship with Him. (Compare Job 29:4; Psalm 25:14.) However, the prophet’s love for God pales in comparison with the love God has shown for his “vineyard”—the nation that he ‘planted.’—Compare Exodus 15:17; Psalm 80:8, 9.
9 Jehovah “planted” his nation in the land of Canaan and gave them his laws and regulations, which served as a wall to protect them from being corrupted by other nations. (Exodus 19:5, 6; Psalm 147:19, 20; Ephesians 2:14) Furthermore, Jehovah gave them judges, priests, and prophets to instruct them. (2 Kings 17:13; Malachi 2:7; Acts 13:20) When Israel was threatened by military aggression, Jehovah raised up deliverers. (Hebrews 11:32, 33) With reason, Jehovah asks: “What is there yet to do for my vineyard that I have not already done in it?”
w06 6/15 18 ¶1
“Jagalah Pokok Anggur Itu”!
Yesaya menggambarkan orang Israel seperti ladang anggur yang menghasilkan “buah anggur yang buruk.” (Yesaya 5:2, 7) Ungkapan “buah anggur yang buruk” merujuk kepada anggur yang jauh lebih kecil daripada buah anggur yang baik, dan bijinya besar tetapi isinya sedikit. Anggur ini tidak berguna kerana tidak dapat dimakan atau dijadikan wain. Hal ini sesuai menggambarkan umat yang tidak berlaku adil dan tidak membuahkan hasil yang baik. Hasil yang buruk ini bukanlah salah Peladang Anggur. Yehuwa telah melakukan sedaya upaya untuk menghasilkan buah anggur yang baik. Dia bertanya, “Adakah hal lain yang harus aku buat tetapi belum aku buat untuk ladang anggurku?”—Yesaya 5:4.
w06 6/15 18 ¶2
“Jagalah Pokok Anggur Itu”!
Memandangkan orang Israel tidak membuahkan hasil yang diharapkan, Yehuwa memberi peringatan kepada mereka bahawa Dia akan merobohkan tembok perlindungan yang Dia telah bina di sekeliling mereka. Selain itu, Dia tidak akan memangkas pokok anggur kiasannya atau menggemburkan tanah ladang itu. Air hujan yang diperlukan tanaman pun tidak akan datang. Yehuwa juga akan membiarkan ladangnya ditumbuhi semak berduri dan lalang.—Yesaya 5:5, 6.
Permata Rohani
w24.03 22 ¶10
10 Dunia Syaitan cuba memperdaya kita dan membuat kita berfikir bahawa apa yang dianggap najis dan tidak bermoral oleh Yehuwa sebenarnya tidak salah. (2 Ptr. 2:19) Hal ini tidak menghairankan kerana sejak dahulu lagi, Si Iblis suka mengelirukan orang supaya mereka tidak dapat membezakan apa yang betul daripada apa yang salah. (Yes. 5:20; 2 Kor. 4:4) Fikirkan: Mengapakah begitu banyak wayang, rancangan TV, dan laman web, mempamerkan perbuatan yang melanggar prinsip Yehuwa? Itulah muslihat Syaitan untuk memperdaya kita! Dia mahu kita berfikir bahawa amalan dan gaya hidup yang najis bukan sahaja tidak salah atau berbahaya, malah menyeronokkan.—Baca Efesus 5:6.
8-14 DISEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN YESAYA 6-8
“Inilah Aku! Utuslah Aku!”
w17.04 29 ¶5
5 Yehuwa sudi menggunakan manusia untuk melakukan kehendak-Nya. Semasa Dia menjemput Yesaya untuk menjadi jurucakap-Nya, Yesaya menjawab, “Inilah aku. Utuslah aku!” (Yes. 6:8-10) Kini, ribuan orang juga menunjukkan semangat yang sama. Mereka rela menerima tugasan yang mencabar daripada Yehuwa. Namun, ada yang mungkin berfikir, “Saya berbesar hati kerana Yehuwa memberi saya penghormatan untuk berkhidmat kepada-Nya, tetapi adakah usaha peribadi saya penting? Bukankah kerja Yehuwa akan terlaksana juga tanpa usaha saya?” Mari kita mencari jawapannya melalui kisah Debora dan Barak.
w09 3/15 29 ¶5
Bagaimanakah Anda Dapat Bertabah dalam Kerja Penyebaran?
Seorang lagi nabi yang menjadi teladan baik dalam kerja penyebaran ialah Yesaya. Tuhan memberitahunya bahawa orang sebangsanya tidak akan mendengarkannya. Yehuwa berfirman, “Jadikanlah hati umat ini tidak peka, tulikanlah telinga mereka.” Adakah hal ini bermaksud usaha Yesaya akan sia-sia sahaja? Sama sekali tidak! Walaupun tugasannya mencabar, Yesaya memberikan yang terbaik. Apabila Yesaya diutus menjadi nabi Yehuwa, dia berkata, “Inilah aku! Utuslah aku!” (Yes. 6:8-10) Adakah anda juga memberi jawapan yang sama terhadap perintah untuk melakukan kerja penyebaran?
w14 15/12 6 ¶2
2 Mengapakah ramai orang tidak mengerti kata-kata Yesus? Hal ini adalah kerana mereka mempunyai pendapat sendiri atau niat yang salah. Mengenai orang sedemikian, Yesus berkata, ‘Cerdik sekali cara kamu menolak perintah Tuhan untuk mempertahankan ajaran kamu sendiri.’ (Mrk. 7:9) Mereka sebenarnya tidak ingin mengerti kata-kata Yesus. Mereka juga enggan mengubah cara hidup dan pendapat mereka. Kata-kata Yesus seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ajaran Yesus tidak mencapai hati mereka. (Baca Matius 13:13-15.) Bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa kita sentiasa rela menerima ajaran Yesus?
Permata Rohani
w06 12/1 9 ¶4
Sorotan daripada Buku Yesaya—I
7:3, 4—Mengapakah Yehuwa menyelamatkan Raja Ahas yang jahat? Raja-raja Siria dan Israel merancang untuk menggulingkan Ahas, raja Yehuda. Mereka ingin menggantikannya dengan anak Tabeel, yang tidak berasal daripada keturunan Daud. Rancangan Syaitan ini akan menghalang pelaksanaan perjanjian Yehuwa dengan Daud, sehubungan dengan Kerajaan Tuhan. Yehuwa menyelamatkan Ahas untuk melindungi garis keturunannya sehingga “Pemimpin Kedamaian” yang dijanjikan tiba.—Yesaya 9:6.
15-21 DISEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN YESAYA 9-10
Nubuat tentang “Cahaya yang Gemilang”
w11 15/8 10 ¶13
13 Aktiviti penyebaran Mesias di Galilea dinubuatkan. Yesaya bernubuat tentang “tanah suku Zebulon dan suku Naftali” dan “Galilea tempat orang bangsa asing tinggal.” Dia menulis, “Orang yang berjalan dalam kegelapan telah melihat cahaya yang sangat terang. Mereka tinggal dalam bayangan segelap maut, tetapi kini mereka disinari cahaya yang terang.” (Yes. 9:1, 2 ABB) Yesus memulakan aktiviti penyebarannya di Galilea, iaitu di kota Kapernaum. Dia juga mengajar penduduk di kawasan Zebulon dan Naftali. Yesus membantu mereka dengan mengajarkan kebenaran yang bersinar seperti cahaya. (Mat. 4:12-16) Di Galilea, Yesus memberikan Khutbah di Atas Bukit, memilih rasul-rasulnya, melakukan mukjizatnya yang pertama, dan menampakkan diri kepada lebih daripada 500 orang murid selepas pembangkitannya. (Mat. 5:1–7:27; 28:16-20; Mrk. 3:13, 14; Yoh. 2:8-11; 1 Kor. 15:6) Maka, nubuat Yesaya terbukti benar semasa Yesus menjalankan kerja penyebaran di “tanah suku Zebulon dan suku Naftali.” Sudah tentu, Yesus juga telah menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan di tempat lain.
ip-1 126-128 ¶18-19
Janji tentang Pemimpin Kedamaian
18 Mereka yang menyambut cahaya itu mempunyai banyak sebab untuk bersukacita. Yesaya berkata, “Ya Tuhan, Engkau telah membuat bangsa ini bertambah banyak; Engkau telah memberi mereka sukacita yang besar. Mereka bergembira di hadapan-Mu, seperti orang yang bersukacita semasa menuai hasil tanaman, dan seperti orang yang bergembira semasa membahagi-bahagikan barang jarahan.” (Yesaya 9:3) Kerja penyebaran Yesus dan pengikutnya telah membantu ramai orang yang berhati jujur untuk memeluk ibadat sejati. Mereka juga mula menyembah Yehuwa dengan bimbingan kuasa suci-Nya dan kebenaran. (Yohanes 4:24) Dalam kurang daripada empat tahun, banyak orang telah menjadi orang Kristian. Pada hari Pentakosta 33 M, kira-kira 3,000 orang telah dibaptis. Kemudian, “bilangan orang yang percaya bertambah menjadi kira-kira 5,000 orang.” (Kisah 2:41; 4:4) Seraya pengikut Yesus terus menyinari cahaya kebenaran, “bilangan murid Yesus di Yerusalem bertambah secara mendadak. Ramai imam juga mula percaya.”—Kisah 6:7.
19 Pengikut Yesus yang melihat perkembangan baik itu telah meraih sukacita yang besar seperti orang yang bersukacita semasa menuai hasil tanaman dan yang mendapat barang jarahan. (Kisah 2:46, 47) Seraya masa berlalu, Yehuwa telah menyebabkan cahaya bersinar dalam kalangan bangsa-bangsa lain. (Kisah 14:27) Hasilnya, orang daripada pelbagai bangsa turut bersukacita kerana jalan dibuka bagi mereka untuk menghampiri Yehuwa.—Kisah 13:48.
ip-1 128-129 ¶20-21
Janji tentang Pemimpin Kedamaian
20 Apa yang dilakukan Mesias akan membawa hasil yang berkekalan. Yesaya menulis, “Engkau telah menghancurkan kuk yang membebankan mereka dan mematahkan kayu yang digunakan untuk memukul bahu mereka. Engkau memusnahkan tongkat yang dipegang oleh pengawas abdi mereka, sebagaimana Engkau mengalahkan orang Midian pada masa dahulu.” (Yesaya 9:4) Ratusan tahun sebelum zaman Yesaya, orang Midian telah bersubahat dengan orang Moab untuk menyebabkan orang Israel berdosa. (Bilangan 25:1-9, 14-18; 31:15, 16) Kemudian, orang Midian menindas orang Israel selama tujuh tahun. Mereka merampas dan memusnahkan khemah dan ladang orang Israel. (Hakim-Hakim 6:1-6) Tetapi, Yehuwa menggunakan Gideon untuk melawan askar Midian. Selepas itu, tiada apa-apa yang menunjukkan bahawa orang Israel telah ditindas oleh orang Midian. (Hakim-Hakim 6:7-16; 8:28) Yesus Kristus juga digambarkan sebagai Gideon yang agung. Pada masa depan, dia akan membawa kemusnahan kekal terhadap musuh umat Tuhan. (Wahyu 17:14; 19:11-21) Sebagaimana Tuhan mengalahkan orang Midian pada masa dahulu, musuh Tuhan juga akan dikalahkan dengan kuasa daripada Tuhan. (Hakim-Hakim 7:2-22) Mereka tidak akan ditindas lagi!
21 Dengan menggunakan kuasa Tuhan, Yesus bukannya mengagungkan peperangan. Sebagai Pemimpin Kedamaian, Yesus akan memusnahkan musuhnya dan membawa kedamaian kekal. Yesaya juga menggambarkan apa yang akan berlaku kepada perlengkapan perang: “Kasut para askar yang menggegarkan bumi ketika mereka berkawad dan semua pakaian mereka yang berlumuran darah akan musnah dijilat api.” (Yesaya 9:5) Akhirnya, tidak akan kedengaran bunyi hentakan askar yang berkawad mahupun melihat pakaian askar yang dilumuri darah. Perang akan tiada lagi selama-lamanya!—Mazmur 46:9.
Permata Rohani
w25.07 10
Tirulah Yesus semasa Memberikan Nasihat
Perhatikan beberapa sebab Yesus ialah “Penasihat Bijaksana,” dan cara kita dapat meniru teladannya.
• Yesus tahu apa yang harus dikatakannya. Yesus selalu tahu apa yang patut dikatakannya kerana nasihatnya adalah berdasarkan kebijaksanaan Yehuwa, dan bukan dirinya sendiri. Dia beritahu pengikutnya, “Apa yang aku katakan kepada kamu semua, tidak datang daripada diriku sendiri.”—Yoh. 14:10.
Pengajarannya: Walaupun kita mungkin ada banyak pengetahuan dan pengalaman, kita harus memastikan nasihat yang kita berikan adalah berdasarkan Firman Tuhan, dan bukannya fikiran kita sendiri.
• Yesus tahu bila dia harus memberikan nasihat. Yesus tidak beritahu pengikutnya semua perkara sekali gus. Sebaliknya, dia menunggu sehingga masa yang sesuai untuk memberikan nasihat, dan dia hanya kongsi seberapa banyak yang mereka dapat faham.—Yoh. 16:12.
Pengajarannya: Semasa memberikan nasihat, kita harus menunggu sehingga masa yang sesuai untuk bercakap. (Pkh. 3:7) Jika kita membanjiri seseorang dengan terlalu banyak maklumat, dia mungkin menjadi keliru dan tawar hati. Jadi kita harus kongsi nasihat yang dia perlukan sahaja.
• Yesus tahu bagaimana dia harus memberikan nasihat. Yesus perlu berulang kali menasihati para rasul untuk bersikap rendah hati. Tetapi dia selalu bersikap hormat dan lemah lembut semasa melakukannya.—Mat. 18:1-5.
Pengajarannya: Walaupun kita perlu memberi seseorang nasihat yang sama berulang kali, kita harus bersikap hormat dan lemah lembut semasa melakukannya. Dengan itu, nasihat kita akan lebih berkesan.
22-28 DISEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN YESAYA 11-13
Apakah yang Bible Katakan tentang Mesias?
ip-1 159 ¶4-5
Pemerintahan Mesias Membawa Penyelamatan dan Sukacita
4 Ratusan tahun sebelum zaman Yesaya, penulis Bible yang lain menyebut tentang Mesias yang diutus oleh Yehuwa untuk memimpin orang Israel. (Kejadian 49:10; Ulangan 18:18; Mazmur 118:22, 26) Melalui Yesaya, Yehuwa memberikan maklumat lanjut tentang Mesias: “Suatu ranting akan keluar daripada tunggul Isai, dan suatu tunas yang muncul daripada akarnya akan berbuah.” (Yesaya 11:1; bandingkan Mazmur 132:11.) Istilah “ranting” dan “tunas” menunjukkan bahawa Mesias merupakan keturunan Daud anak Isai, yang diurapi sebagai raja Israel. (1 Samuel 16:13; Yeremia 23:5; Wahyu 22:16) Apabila Mesias tiba, “tunas” ini akan menghasilkan buah yang baik.
5 Mesias yang dijanjikan itu ialah Yesus. Semasa Matius kata bahawa Mesias akan dipanggil “orang Nasaret,” dia mungkin sedang merujuk kepada kata-kata di Yesaya 11:1. Dengan itu, Yesus telah memenuhi nubuat tentang Mesias. Yesus telah dibesarkan di kota Nasaret. Oleh itu, dia dipanggil “orang Nasaret” yang mungkin berasal daripada perkataan Ibrani “tunas.”—Matius 2:23, nota kaki; Lukas 2:39, 40.
ip-1 159 ¶6
Pemerintahan Mesias Membawa Penyelamatan dan Sukacita
6 Adakah Mesias pemerintah yang baik, atau adakah dia seperti raja Assyria yang jahat dan keras kepala? Yesaya kata, “Kuasa suci Yehuwa akan menyertainya dan memberinya kekuatan. Kuasa suci Tuhan akan memberinya kebijaksanaan, pengertian, dan pengetahuan. Kuasa suci Tuhan akan membolehkannya memberikan nasihat yang baik dan mendorongnya untuk menghormati Yehuwa. Dia suka mentaati Yehuwa.” (Yesaya 11:2, 3a) Mesias diurapi dengan kuasa suci Tuhan dan bukannya minyak. Ini berlaku semasa Yesus dibaptis. Ketika itu, Yohanes Pembaptis melihat kuasa suci Tuhan yang kelihatan seperti burung merpati turun ke atas Yesus. (Lukas 3:22) Kuasa suci Tuhan bekerja dalam diri Yesus dan hal ini dibuktikan melalui kebijaksanaan, pengertian, dan pengetahuannya. Apa yang dia lakukan menunjukkan bahawa dia memang pemerintah yang sangat baik!
w23.06 15 ¶5
5 Seseorang yang mempunyai rasa takut yang betul terhadap Tuhan amat mengasihi Tuhan dan enggan melakukan apa-apa yang akan merosakkan hubungannya dengan Tuhan. Perhatikan bagaimana Yesus menunjukkan bahawa dia “takut akan Tuhan.” (Ibr. 5:7) Dia tidak berasa bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang menakutkan. (Yes. 11:2, 3) Sebaliknya, dia sangat mengasihi Yehuwa dan ingin mematuhi-Nya. (Yoh. 14:21, 31) Seperti Yesus, kita berasa kagum terhadap Yehuwa dan menghormati-Nya kerana kita tahu Dia ialah Tuhan yang pengasih, bijaksana, adil, dan berkuasa. Kita juga tahu Yehuwa sangat mengasihi kita dan reaksi kita terhadap bimbingan-Nya dapat menggembirakan atau menyedihkan hati-Nya.—Mzm. 78:41; Ams. 27:11.
w18.08 8 ¶1
YESAYA menubuatkan bahawa Tuan kita, Yesus Kristus, “tidak menghakimi orang berdasarkan apa yang dilihatnya, dan dia tidak menegur orang berdasarkan apa yang didengarnya.” Sebaliknya, dia akan “menghakimi orang yang berkedudukan rendah dengan adil.” (Yes. 11:3, 4) Nubuat yang sungguh melegakan dan menggalakkan! Memandangkan kita hidup dalam dunia yang berat sebelah dan yang penuh dengan prasangka, tidakkah kita mendambakan seorang Hakim yang sempurna, yang tidak menghakimi berdasarkan rupa luaran?
ip-1 161 ¶11
Pemerintahan Mesias Membawa Penyelamatan dan Sukacita
11 Para penatua boleh meniru teladan Yesus semasa menasihati orang. Semasa pengikutnya memerlukan nasihat, Yesus akan memberikannya dalam cara yang membawa manfaat terbesar bagi mereka. Sebaliknya, mereka yang jahat akan menerima hukuman yang berat. Semasa hari penghakiman Tuhan, Mesias akan “menghukum bumi” dengan memusnahkan semua orang yang jahat. (Mazmur 2:9; bandingkan Wahyu 19:15.) Akhirnya, tiada lagi orang jahat yang akan mengganggu kedamaian. (Mazmur 37:10, 11) Yesus, raja kita yang adil dan setia, akan melaksanakan semua ini.—Mazmur 45:3-7.
Permata Rohani
w22.09 20 ¶2
2 Semua orang yang dibangkitkan perlu diajar. (Yes. 26:9; 61:11) Jadi program pendidikan yang teragung dalam sejarah manusia perlu dilaksanakan. (Baca Yesaya 11:9, 10.) Apakah tujuannya? Orang yang tidak baik yang dibangkitkan perlu belajar tentang Yesus Kristus, Kerajaan Tuhan, korban tebusan, dan isu yang berkaitan dengan nama Yehuwa dan kedaulatan-Nya. Sebenarnya orang baik yang dibangkitkan pun perlu diajar maklumat terkini yang disingkapkan oleh Yehuwa mengenai tujuan-Nya bagi bumi. Ada antara mereka yang meninggal lama sebelum seluruh Bible disiapkan. Jelaslah ada banyak hal yang perlu dipelajari oleh orang yang baik dan orang yang tidak baik.
29 DISEMBER–4 JANUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN YESAYA 14-16
Musuh Tuhan Tidak Akan Terlepas daripada Hukuman
w23.01 4 ¶10
10 Bible mengandungi banyak nubuat yang menjadi kenyataan. Sesetengah nubuat menjadi kenyataan ratusan tahun selepas ditulis. Catatan sejarah membuktikan bahawa nubuat-nubuat Bible telah menjadi kenyataan. Hal ini tidak menghairankan kerana kita tahu bahawa semua nubuat Bible berasal daripada Yehuwa. (Baca 2 Petrus 1:21.) Sebagai contoh, fikirkan nubuat tentang kejatuhan kota Babilon. Pada abad kelapan SM, Tuhan mengilhami Nabi Yesaya untuk menulis bahawa kuasa dunia Babilon akan dikalahkan. Yesaya bahkan menulis bahawa orang yang akan menakluki Babilon bernama Kores, dan menjelaskan secara terperinci bagaimana dia akan menawan kota itu. (Yes. 44:27–45:2) Yesaya juga menubuatkan bahawa kota Babilon akan dibinasakan dan akhirnya menjadi tempat terbiar. (Yes. 13:19, 20) Adakah semua nubuat itu menjadi kenyataan? Ya. Pada tahun 539 SM, Babilon telah ditawan oleh kuasa Media dan Persia. Kini, kota yang agung itu hanya tinggal reruntuhan.—Lihat video Bible Menubuatkan Kejatuhan Babilon dalam edisi digital buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, pelajaran 03 poin 5.
ip-1 189 ¶1
Yehuwa Menghukum Bangsa-Bangsa
YEHUWA mungkin menggunakan bangsa-bangsa lain untuk menghukum umat-Nya yang memberontak. Tapi, ini tidak bermaksud Dia akan membiarkan bangsa-bangsa itu bersikap kejam, angkuh, dan menentang ibadat sejati. Maka, Yehuwa mengilhami Yesaya untuk mencatat “perkhabaran tentang Babilon.” (Yesaya 13:1) Namun, pada masa itu, Babilon masih belum menjadi kuasa dunia. Pada zaman Yesaya, umat Tuhan ditindas oleh orang Assyria. Mereka telah memusnahkan 10 suku Israel dan sebahagian daripada Yehuda. Adakah mereka akan berjaya menumpaskan umat Tuhan? Yesaya menulis, “Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah bersumpah, ‘Apa yang Aku kehendaki akan berlaku, . . . Aku akan meremukkan orang Assyria di negeri-Ku, dan memijak-mijak mereka di atas gunung-gunung-Ku. Kuk yang dikenakan mereka pada umat-Ku akan dibuang, dan muatan yang diletakkan mereka di atas bahu umat-Ku akan disingkirkan.’” (Yesaya 14:24, 25) Tidak lama selepas nubuat ini dicatatkan, ancaman daripada orang Assyria terhadap Yehuda telah dilenyapkan.
ip-1 194 ¶12
Yehuwa Menghukum Bangsa-Bangsa
12 Nubuat itu telah menjadi kenyataan tidak lama selepas itu. Yesaya kata, “Itulah perkhabaran yang dahulu diberikan oleh Yehuwa tentang Moab, dan sekarang Yehuwa berfirman, ‘Dalam masa tiga tahun, seperti masa kerja seorang pekerja upahan, kemuliaan Moab akan digantikan dengan kehinaan. Negeri itu akan porak-peranda, dan penduduknya akan menjadi sangat sedikit dan lemah.’” (Yesaya 16:13, 14) Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Moab telah mengalami kemusnahan yang teruk dan banyak kawasannya tidak lagi dihuni orang pada abad kelapan SM. Raja Tiglat-pileser III dari Assyria sebut bahawa Raja Salamanu dari Moab telah memberikan ufti kepadanya. Raja Sanherib dari Assyria pula menerima ufti daripada Raja Kammusunadbi dari Moab. Raja Assyria yang bernama Esar-hadon dan Ashurbanipal merujuk kepada Raja Musuri dan Raja Kamashaltu dari Moab sebagai bawahan mereka. Kini, bangsa Moab telah lenyap dan tidak lagi wujud. Walaupun penemuan reruntuhan kota Moab mungkin telah ditemui, hanya sedikit bukti yang wujud berkaitan dengan kota megah ini yang dahulunya memusuhi umat Tuhan.
Permata Rohani
w25.05 10 ¶8
8 Dari sudut pandangan manusia, orang Yahudi di Babilon tiada harapan kerana kerajaan Babilon tidak pernah membebaskan tawanan. (Yes. 14:17) Tetapi Yehuwa memberikan harapan kepada umat-Nya. Dia berjanji untuk membebaskan mereka, dan tiada apa-apa yang dapat menghalang-Nya. (Yes. 44:26; 55:12) Di mata Yehuwa, Babilon seperti debu halus yang akan lesap dengan sehembus nafas. (Yes. 40:15) Apakah perasaan orang Yahudi setelah mengetahui harapan yang diberikan oleh Yehuwa? Hati mereka dilegakan dan mereka dikuatkan. Yesaya menulis, “Orang yang berharap kepada Yehuwa akan dikuatkan semula. Mereka akan menjadi seperti burung helang yang terbang tinggi.”—Baca Yesaya 40:29-31.