Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan untuk bulan Mac: Buku Bible Teach. Berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk memulakan pembelajaran Bible. April dan Mei: Dua majalah tempatan. Apabila membuat kunjungan kembali pada mereka yang berminat, termasuk mereka yang menghadiri Peringatan dan/atau acara teokratik lain tetapi tidak bergaul aktif dengan sidang, berusahalah untuk meninggalkan buku Bible Teach dengan tujuan memulakan pembelajaran Bible. Jun: Buku Creator atau buku Family Happiness.
◼ Sidang-sidang harus mengedarkan terbitan majalah tempatan terkini kepada penyiar sebaik sahaja bekalan diterima. Dengan ini, para penyiar dapat mengenali isi kandungan majalah sebelum menawarkan majalah tersebut semasa aktiviti penyebaran.
◼ Koordinator badan penatua atau seorang yang ditugaskan olehnya harus mengaudit akaun sidang untuk bulan Disember, Januari, dan Februari. Selepas akaun diaudit, pengumuman harus dibuat kepada sidang ekoran pembacaan laporan kewangan yang berikutnya.—Lihat Instructions for Congregation Accounting (S-27).
◼ Peringatan bagi saudara yang mengendalikan bahagian pertama Perjumpaan Aktiviti Penyebaran yang mempunyai penyampaian majalah tempatan. Biasanya, dua majalah tempatan ditawarkan dan bukannya satu. Dalam setiap demonstrasi, majalah yang dicadangkan untuk penyampaian harus ditawarkan bersama terbitan sebelumnya.