PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 12/07 ms. 2
  • Jadual Perjumpaan Aktiviti Penyebaran

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Jadual Perjumpaan Aktiviti Penyebaran
  • Kerja Teokratik Kita—2007
  • Tajuk Kecil
  • Minggu Bermula 10 Disember
  • Minggu Bermula 17 Disember
  • Minggu Bermula 24 Disember
  • Minggu Bermula 31 Disember
  • Minggu Bermula 7 Januari
Kerja Teokratik Kita—2007
km 12/07 ms. 2

Jadual Perjumpaan Aktiviti Penyebaran

Minggu Bermula 10 Disember

Lagu 46

10 min: Pengumuman tempatan. Gunakan cadangan pada muka surat 6 atau mana-mana penyampaian yang sesuai untuk menunjukkan cara menawarkan majalah tempatan No. 710, Keep Your Children Safe! Tunjukkan satu lagi penyampaian dengan menggunakan majalah tempatan No. 709, Is God Responsible for Natural Disasters?

20 min: Sekolah Penyebaran Teokratik 2008. Ceramah oleh penyelia sekolah. Bincangkan isi-isi daripada sisipan Kerja Teokratik Kita Oktober 2007 yang perlu diberikan perhatian oleh sidang tempatan. Kaji semula peranan penasihat tambahan. Galakkan semua untuk memperlihatkan ketekunan semasa menyiapkan tugasan, semasa memberikan komen untuk sorotan Bible, dan semasa menerapkan cadangan-cadangan daripada buku Benefit From Theocratic Ministry School Education yang dibincangkan setiap minggu.

15 min: “Membawa Kelegaan kepada Mereka yang Hancur Hati.”a Ceritakan satu atau dua pengalaman tempatan secara ringkas.

Lagu 34

Minggu Bermula 17 Disember

Lagu 28

10 min: Pengumuman tempatan. Pengumuman terpilih daripada Kerja Teokratik Kita. Galakkan semua untuk menonton video Jehovah’s Witnesses​—Organized to Share the Good News sebagai persediaan untuk perbincangan yang akan diadakan pada Perjumpaan Aktiviti Penyebaran minggu bermula 31 Disember.

15 min: “Kekalkan Semangat yang Membara semasa Menjalankan Aktiviti Penyebaran.”b Temu ramah seorang penyiar yang dikenali ramai sebagai penyiar yang menjalankan aktiviti penyebaran dengan semangat yang membara. Tanyakan soalan-soalan berikut: Apakah usaha-usaha yang telah anda curahkan untuk mengekalkan semangat yang membara? Apakah yang telah membantu anda untuk mengekalkan semangat sedemikian?

20 min: “Memberi Kesaksian dengan Menawarkan Majalah Tempatan.”c Jemput para hadirin untuk memberikan komen berdasarkan Kerja Teokratik Kita (E) November 2006, muka surat 8. Galakkan mereka untuk membaca majalah tempatan No. 711, Can You Trust the Bible? dan majalah tempatan No. 710, Keep Your Children Safe! Ingatkan mereka supaya membawa majalah-majalah ini untuk perjumpaan pada minggu hadapan.

Lagu 139

Minggu Bermula 24 Disember

Lagu 212

10 min: Pengumuman tempatan. Bacakan laporan kewangan dan surat akuan derma. Nyatakan tawaran bahan bacaan untuk bulan Januari dan tunjukkan satu demonstrasi yang sesuai.

15 min: Membuat Persediaan sebelum Menawarkan Majalah Tempatan. Perbincangan bersama hadirin berdasarkan majalah tempatan No. 711, Can You Trust the Bible? dan majalah tempatan No. 710, Keep Your Children Safe! Secara ringkas, nyatakan kandungan setiap majalah. Kemudian, tanya hadirin: Artikel yang manakah yang mungkin akan menarik minat penduduk di kawasan penyebaran? Apakah sebabnya? Jemput hadirin untuk memberikan cadangan-cadangan penyampaian berdasarkan artikel-artikel yang ingin digunakan oleh mereka. Apakah soalan-soalan yang boleh digunakan untuk memulakan perbualan? Apakah ayat Bible dalam artikel yang boleh dibacakan? Bagaimanakah ayat Bible tersebut dapat dikaitkan dengan artikel itu? Tunjukkan cara menawarkan setiap majalah dengan menggunakan contoh-contoh penyampaian daripada Kerja Teokratik Kita. Penyampaian lain yang dicadangkan oleh hadirin juga boleh digunakan.

20 min: “Tetapkanlah Matlamat untuk Mengadakan Pembelajaran Bible.”d Temu ramah satu atau dua orang penyiar yang telah memulakan satu pembelajaran Bible baru-baru ini. Bagaimanakah pembelajaran itu dimulakan? Apakah kemajuan yang diperlihatkan oleh pelajar Bible itu sekarang?

Lagu 21

Minggu Bermula 31 Disember

Lagu 89

5 min: Pengumuman tempatan. Ingatkan para penyiar untuk menyerahkan laporan aktiviti penyebaran bagi bulan Disember.

15 min: Pengabdian yang Soleh Menghasilkan Dorongan yang Kuat. Ceramah yang memberangsangkan berdasarkan majalah pembelajaran (E) 1 Mac 1990, muka surat 22-3.

25 min: “Kempen Kerja Penyebaran yang Paling Meluas dalam Sejarah Manusia!”e Jemput para hadirin untuk menceritakan reaksi-reaksi positif saudara-mara, kenalan-kenalan, kunjungan kembali, dan pelajar Bible mereka semasa menonton video Jehovah’s Witnesses​—Organized to Share the Good News.

Lagu 202

Minggu Bermula 7 Januari

Lagu 159

5 min: Pengumuman tempatan.

17 min: Keperluan tempatan.

23 min: Mengekalkan Kedamaian dan Kebersihan dalam Sidang. Ceramah dan perbincangan bersama hadirin berdasarkan buku Organized to Do Jehovah’s Will, bermula dari muka surat 144 ke tajuk kecil pada muka surat 150.

Lagu 99

[Nota Kaki]

a Pastikan komen pengenalan tidak melebihi seminit, kemudian ikuti dengan perbincangan dalam bentuk soal jawab.

b Pastikan komen pengenalan tidak melebihi seminit, kemudian ikuti dengan perbincangan dalam bentuk soal jawab.

c Pastikan komen pengenalan tidak melebihi seminit, kemudian ikuti dengan perbincangan dalam bentuk soal jawab.

d Pastikan komen pengenalan tidak melebihi seminit, kemudian ikuti dengan perbincangan dalam bentuk soal jawab.

e Pastikan komen pengenalan tidak melebihi seminit, kemudian ikuti dengan perbincangan dalam bentuk soal jawab.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi