Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
Soalan-soalan berikut akan dibincangkan di Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 25 Februari 2008. Penyelia sekolah akan mengendalikan ulang kaji selama 30 minit berdasarkan bahan yang diliputi dalam tugasan-tugasan pada minggu bermula 7 Januari hingga 25 Februari 2008.
KUALITI PERTUTURAN
1. Apakah yang perlu kita lakukan untuk membantu hadirin memahami makna ayat-ayat Bible? Mengapakah hal ini harus dilakukan? [be ms. 228 per. 2-3]
2. Mengapakah penting untuk menyediakan penyampaian yang dapat meningkatkan pengetahuan hadirin? Bagaimanakah kita dapat melakukan hal ini? [be ms. 230 per. 3-5, kotak]
3. Bagaimanakah penyelidikan bahan rujukan yang lain boleh menjadikan ceramah kita lebih kaya dengan maklumat? [be ms. 231 per. 1-3]
4. Apakah yang boleh kita lakukan untuk menambahkan pengetahuan pendengar apabila kita membaca ayat-ayat Bible yang sering digunakan? [be ms. 231 per. 4-5]
5. Mengapakah penting untuk membuat penaakulan setelah membaca ayat-ayat daripada Bible? [be ms. 232 per. 3-4]
TUGASAN NO. 1
6. Apakah yang menunjukkan bahawa buku Matius ditulis terutamanya untuk orang Yahudi? [si ms. 176 per. 6-7]
7. Bagaimanakah kita boleh mempersiapkan hati kita untuk menerima arahan daripada Tuhan yang diberikan menerusi penceramah di sidang? (2 Taw. 20:33) [be ms. 13 per. 4–ms. 14 per. 5]
8. Bagaimanakah ibu bapa boleh melatih anak-anak mereka supaya memperoleh ‘kebijaksanaan untuk penyelamatan’? (2 Tim. 3:15) [be ms. 16 per. 3-4]
9. Bagaimanakah Gospel Matius menghalakan perhatian para pembaca kepada nubuat-nubuat Bible yang telah menjadi kenyataan? [si ms. 181 per. 32]
10. Gospel Matius menggambarkan Yesus sebagai Mesias dan Raja yang telah dijanjikan. Bagaimana pula dengan Gospel Markus? [si ms. 182 per. 7-8]
PEMBACAAN BIBLE MINGGUAN
11. Adakah kemarahan yang diluahkan lebih serius daripada kemarahan yang terpendam secara berterusan? (Mat. 5:21, 22) [w08 1/15 “Firman Yehuwa Hidup—Sorotan daripada Buku Matius”]
12. Bagaimanakah orang Kristian boleh mengekalkan ‘mata yang terang,’ yakni mata yang berfokus? (Mat. 6:22, 23) [w06 10/1 ms. 29]
13. Apakah yang ditekankan oleh Yesus semasa dia menanya murid-muridnya, “Fahamkah kamu akan perkara-perkara ini?” (Mat. 13:51, 52) [w08 1/15 “Firman Yehuwa Hidup—Sorotan daripada Buku Matius”]
14. Mengapakah Yesus biasanya memberi arahan kepada mereka yang disembuhkan olehnya supaya tidak “memberitahu orang lain tentang dia”? (Mat. 12:16) [w87 5/15 ms. 9; cl ms. 93-4]
15. Apakah yang dimaksudkan oleh Yesus tentang takaran atau “ukuran” yang digunakan oleh seseorang untuk mengukur? (Mrk. 4:24, 25) [w80 6/15 ms. 12; gt bab 43]