Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan untuk bulan Februari: Is There a Creator Who Cares About You? atau The Secret of Family Happiness. Mac: What Does the Bible Really Teach? Berikhtiarlah untuk memulakan pembelajaran Bible. April dan Mei: Dua majalah tempatan. Kita akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mengunjungi orang baharu yang berminat yang telah menghadiri sambutan Peringatan dan ceramah umum istimewa tetapi tidak bergaul aktif dengan sidang. Tujuan kunjungan-kunjungan ini adalah untuk memulakan pembelajaran Bible dengan mereka yang belum berbuat demikian.
◼ Memandangkan bulan Mac mempunyai lima hari Sabtu dan lima hari Ahad, bulan ini merupakan bulan yang baik untuk menjadi perintis sokongan.
◼ Setiausaha dan penyelia aktiviti penyebaran harus menyemak semula aktiviti semua perintis biasa. Sekiranya ada perintis yang menghadapi masalah dalam memenuhi jumlah masa yang telah ditetapkan, para penatua harus memastikan bahawa mereka diberi bantuan.
◼ Tajuk ceramah umum istimewa bagi musim Peringatan 2008 ialah “Siapakah yang Layak Memerintah Manusia?” Lihat pengumuman sehubungan dengan hal ini dalam Kerja Teokratik Kita September 2007.