PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 1/11 ms. 1
  • Kerja yang Paling Menggembirakan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kerja yang Paling Menggembirakan
  • Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dapatkah Anda Membantu Orang Menjadi Murid Yesus?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Bantulah Pelajar Bible Anda Maju sehingga Dibaptis—Bahagian Dua
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • Bantulah Pelajar Bible Anda Maju sehingga Dibaptis—Bahagian Satu
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • “Pergilah . . . dan Jadikanlah Mereka Pengikutku”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2011
km 1/11 ms. 1

Kerja yang Paling Menggembirakan

1. Apakah kerja penyembuhan rohani yang sedang berlangsung dewasa ini?

1 Semasa Yesus menyembuhkan orang secara fizikal pada abad pertama, mereka yang telah menyaksikannya gembira sekali. (Luk. 5:24-26) Dewasa ini, kita bergembira kerana dapat menjalankan kerja penyembuhan rohani. (Pny. 22:1, 2, 17) Tidakkah kita teruja semasa membaca pengalaman tentang bagaimana Firman Yehuwa dan daya aktif-Nya mengubah kehidupan seseorang? Namun begitu, kegembiraan kita akan bertambah jika kita menyertai kerja ini dengan mengadakan pembelajaran Bible yang membuat kemajuan.

2. Apakah kegembiraan yang mungkin kita peroleh semasa mengajarkan kebenaran kepada orang lain?

2 Siapakah nama Tuhan? Mengapakah Dia membenarkan penderitaan berlaku? Apakah yang akan dilakukan oleh Kerajaan Tuhan bagi manusia? Kita berasa gembira bukan sahaja kerana dapat menjawab soalan-soalan ini, tetapi juga kerana melihat wajah pelajar kita yang berseri-seri setelah mengetahui kebenaran. (Ams. 15:23; Luk. 24:32) Seraya pelajar itu membuat kemajuan, dia mungkin mula menggunakan nama Yehuwa, mengubah dandanan dan pakaiannya, menghentikan amalan yang buruk, serta mula memberikan kesaksian kepada orang lain. Dia akan menjadi saudara dan rakan sekerja kita jika dia maju sehingga membaktikan diri dan dibaptis. Kita berasa gembira semasa dia maju langkah demi langkah.—1 Tes. 2:19, 20.

3. Apakah langkah-langkah praktikal yang boleh diambil jika kita ingin memulakan pembelajaran Bible?

3 Bolehkah Anda Menyertainya? Inginkah anda menyertai kerja yang paling menggembirakan ini? Mintalah Yehuwa supaya membuka peluang kepada anda untuk mengadakan pembelajaran Bible. Kemudian, berusahalah selaras dengan doa anda. (1 Yoh. 5:14) Berikan kesaksian di tempat dan pada masa orang ramai dapat ditemui. Tawarkan pembelajaran Bible pada setiap kesempatan yang sesuai. (Pkh. 11:6) Apabila anda menemui orang yang berminat, tanamlah benih kebenaran, dan kembalilah untuk menyiramnya.—1 Kor. 3:6-9.

4. Mengapakah kita harus menawarkan pembelajaran Bible dengan perasaan mendesak?

4 Orang yang lapar dan haus akan keadilbenaran tak terbilang banyaknya. Siapakah yang akan mengadakan pembelajaran Bible dengan mereka agar keperluan rohani mereka dipuaskan? (Mat. 5:3, 6) Marilah kita menawarkan diri untuk menyempurnakan kerja penyebaran dan tugas menjadikan orang murid Yesus sebelum tamatnya musim menuai.—Yes. 6:8.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi