Sorotan Kerja Penyebaran
“Bulan Aktiviti Penyebaran yang Bersejarah pada Ogos!” (km 6/14). Kami gembira untuk melaporkan pencapaian bagi bulan Ogos 2014. Di Malaysia, angka tertinggi baru bagi jumlah penyiar ialah 4,778 orang, iaitu peningkatan sebanyak 208 penyiar berbanding bulan Ogos 2013. Di Singapura, jumlah penyiar juga mencapai angka tertinggi baru, iaitu peningkatan sebanyak 79 orang berbanding bulan Ogos 2013. Jumlah bahan bacaan yang diedarkan juga lebih banyak berbanding bulan Julai 2014. Di Malaysia, jumlahnya meningkat daripada 153,661 kepada 341,967, manakala di Singapura jumlahnya meningkat daripada 11,348 kepada 132,703. Selain itu, sebanyak 1,686 penyiar menjadi perintis sokongan dan 208,264 jam telah digunakan dalam kerja penyebaran bagi kawasan di bawah jagaan pejabat cawangan. Sememangnya, Yehuwa memberkati usaha umat-Nya sepanjang kempen pada bulan Ogos!—Mat. 24:14.