Jadual untuk Minggu Bermula 9 Mac
MINGGU BERMULA 9 MAC
Lagu 3 dan Doa
Pembelajaran Bible Sidang:
bh bab 1 ¶6-13 (30 min.)
Sekolah Penyebaran Teokratik:
Pembacaan Bible: 1 Samuel 1-4 (8 min.)
No. 1: 1 Samuel 2:30-36 (3 min. atau kurang)
No. 2: Apakah yang Dinubuatkan dalam Bible tentang Mesias?—igw ms. 10 (5 min.)
No. 3: Bileam—Tema: Ketamakan Dapat Membutakan Mata Kita—my cerita 42 (5 min.)
Perjumpaan Aktiviti Penyebaran:
Tema Bulanan: “Bersedia Melakukan Setiap Perbuatan yang Baik.”—Tit. 3:1.
10 min: “Bersedia Melakukan Setiap Perbuatan yang Baik.” Ceramah berdasarkan tema bulanan. Baca dan bincangkan Amsal 21:5, Titus 3:1, dan 1 Petrus 3:15. Jelaskan bagaimana persiapan rapi membawa manfaat kepada kita. Secara ringkas, sebutkan beberapa bahagian Perjumpaan Aktiviti Penyebaran bagi bulan ini dan bincangkan bagaimana bahagian-bahagian ini berkaitan dengan tema bulanan.
10 min: Temu Ramah Penyelia Sekolah Penyebaran Teokratik. Apakah tugas-tugas anda? Bagaimanakah anda membuat persiapan untuk mengendalikan sekolah setiap minggu? Mengapakah para pelajar harus mempersiapkan tugasan mereka dengan baik? Apakah manfaatnya jika hadirin membaca bahan yang akan dibincangkan sebelum menghadiri perjumpaan?
10 min: “Sudahkah Anda Membuat Persediaan untuk Peringatan?” Perbincangan. Secara ringkas, sebutkan maklumat yang terdapat dalam Kerja Teokratik Kita terbitan Mac 2013, ms. 2. Adakan demonstrasi: Seorang penyiar dengan ramah menyambut seorang tetamu yang hadir ke Peringatan.
Lagu 8 dan Doa