PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • bm bahagian 2 ms. 5
  • Firdaus Hilang

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Firdaus Hilang
  • Bible—Apakah Mesejnya?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bagaimanakah Kehidupan di Firdaus?
    Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
  • Adam dan Hawa Tidak Mentaati Tuhan
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bermulalah Kehidupan yang Susah
    Buku Cerita Bible Saya
  • Mengapa Mereka Kehilangan Firdaus
    Buku Cerita Bible Saya
Lihat Selanjutnya
Bible—Apakah Mesejnya?
bm bahagian 2 ms. 5
Hawa menyentuh buah yang dilarang

BAHAGIAN 2

Firdaus Hilang

Satu malaikat pemberontak mempengaruhi pasangan manusia yang pertama, iaitu Adam dan Hawa untuk menolak pemerintahan Tuhan. Inilah permulaan dosa dan kematian

LAMA sebelum manusia diciptakan, Tuhan telah menciptakan makhluk-makhluk roh yang tidak dapat dilihat. Mereka dipanggil malaikat. Salah satu malaikat telah memberontak, dan dia kemudiannya dikenali sebagai Syaitan Si Iblis. Di Taman Eden, malaikat yang licik ini telah menggoda Hawa untuk memakan buah yang dilarang oleh Tuhan.

Dengan menggunakan seekor ular untuk bercakap kepada Hawa, Syaitan menyusupkan idea bahawa Tuhan enggan memberikan sesuatu yang amat berharga kepada Hawa dan suaminya. Malaikat ini memberitahu Hawa bahawa dia dan suaminya tidak akan mati jika mereka makan buah yang dilarang oleh Tuhan. Maka, Syaitan melontarkan tuduhan bahawa Tuhan telah membohongi anak-anak-Nya di bumi. Penipu ini menggoda mereka untuk mempercayai bahawa keingkaran kepada Tuhan adalah sesuatu yang manis dijamah dan akan membawa kebebasan serta memberi mereka ilmu yang istimewa. Tetapi, hal ini adalah suatu dusta, iaitu dusta pertama di bumi. Isu sebenar yang diungkit melibatkan kedaulatan Yehuwa, atau kedudukan-Nya sebagai Pemerintah Yang Tertinggi. Hal ini bermaksud bahawa Syaitan telah mempertikaikan sama ada Tuhan berhak memerintah manusia, dan sama ada pemerintahan-Nya adalah adil dan mengutamakan kepentingan rakyat-Nya.

Hawa mempercayai tipu muslihat Syaitan. Hawa mula memasang hasrat untuk memakan buah itu, dan akhirnya dia telah makan buah itu. Kemudian, dia memberikan buah itu kepada suaminya, dan dia juga makan buah itu. Maka, mereka menjadi pendosa. Walaupun apa yang dilakukan oleh mereka nampaknya remeh, perbuatan mereka menunjukkan keingkaran mereka. Oleh sebab Adam dan Hawa telah sengaja memilih untuk mengingkari perintah Tuhan, mereka menunjukkan bahawa mereka menolak pemerintahan Pencipta yang telah mengurniakan mereka dengan segala-galanya, termasuklah kehidupan mereka yang sempurna.

Benih itu “akan meremukkan kepalamu dan engkau akan mematuk tumitnya.”​—Kejadian 3:15, NW

Tuhan menjatuhkan hukuman mati atas pemberontak-pemberontak itu. Dia menubuatkan kedatangan seorang Penyelamat, atau Benih yang akan membinasakan Syaitan, iaitu individu di sebalik ular itu. Tuhan menangguhkan hukuman itu untuk suatu jangka masa. Dengan berbuat demikian, Tuhan memperlihatkan belas kasihan-Nya kepada anak-anak Adam dan Hawa yang masih belum dilahirkan. Maka, anak cucu mereka mempunyai harapan kerana Penyelamat yang bakal diutus Tuhan akan membatalkan kesan-kesan buruk akibat pemberontakan yang berlaku di Taman Eden. Bagaimanakah hal ini boleh menjadi kenyataan? Siapakah Penyelamat ini? Perkara-perkara ini disingkapkan secara beransur-ansur seraya Bible ditulis.

Tuhan menghalau Adam dan Hawa keluar dari Firdaus. Oleh itu, mereka terpaksa berjerih lelah untuk mengusahakan tanah bagi mencari rezeki di luar Taman Eden. Hawa kemudiannya menjadi hamil dan melahirkan Kain, anak sulung mereka. Mereka juga mempunyai anak lelaki dan anak perempuan yang lain, termasuk Habel dan Set, iaitu nenek moyang kepada Nuh.

​—Berdasarkan Kejadian bab 3 hingga bab 5; Wahyu 12:9.

  • Siapakah yang mengeluarkan dusta pertama, dan apakah dusta itu?

  • Bagaimanakah Adam dan Hawa kehilangan Firdaus?

  • Semasa menghukum para pemberontak atas kesalahan mereka, apakah harapan yang telah diberikan oleh Tuhan?

KETIDAKSEMPURNAAN DAN KEMATIAN

Tuhan telah menciptakan Adam dan Hawa sebagai makhluk yang sempurna yang mempunyai harapan untuk hidup di Firdaus untuk selama-lamanya. Apabila mereka memberontak menentang Tuhan, mereka telah berdosa. Akibatnya, Adam dan Hawa hilang kesempurnaan mereka dan telah memutuskan pertalian mereka dengan Sumber kehidupan, iaitu Yehuwa. Sejak itu, mereka dan semua anak cucu mereka yang tidak sempurna tidak dapat mengelakkan dosa dan kematian.​—Roma 5:12.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi