PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 2 ms. 10-ms. 11 per. 1
  • Tuhan Menciptakan Lelaki dan Perempuan yang Pertama

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tuhan Menciptakan Lelaki dan Perempuan yang Pertama
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Lelaki dan Perempuan Pertama
    Buku Cerita Bible Saya
  • Mengapakah Kita Menjadi Tua dan Mati?
    Menara Pengawal (Umum)—2019
  • Kematian—Musuh Terakhir yang akan Ditaklukkan
    Menara Pengawal—2014
  • Bagaimanakah Kehidupan di Firdaus?
    Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 2 ms. 10-ms. 11 per. 1
Adam dan Hawa di Taman Eden

CERITA 2

Tuhan Menciptakan Lelaki dan Perempuan yang Pertama

Yehuwa menciptakan sebuah taman di Eden. Taman itu penuh dengan bunga-bunga, pokok-pokok, dan binatang. Kemudian, Yehuwa menciptakan manusia yang pertama, iaitu Adam. Tuhan membentuknya daripada tanah lalu menghembuskan nafas kehidupan ke dalam hidungnya. Apakah yang berlaku? Manusia itu hidup! Yehuwa menyuruh Adam untuk menjaga taman itu dan memberikan nama kepada binatang-binatang di situ.

Yehuwa memberi Adam perintah yang penting ini: “Kamu boleh makan buah daripada semua pokok, kecuali buah daripada satu pokok yang istimewa. Jika kamu memakannya, kamu akan mati.”

Kemudian, Yehuwa berkata, “Aku akan memberi Adam seorang teman untuk menolongnya.” Selepas menyebabkan Adam tidur, Tuhan mengambil salah satu tulang rusuk Adam untuk menciptakan seorang isteri baginya. Namanya ialah Hawa. Adam dan Hawa ialah keluarga yang pertama di bumi. Apakah perasaan Adam terhadap isterinya? Dengan gembira, dia berkata, “Inilah dia, ciptaan Yehuwa daripada tulangku. Akhirnya, saya ada teman yang sama seperti saya.”

Yehuwa memberitahu Adam dan Hawa untuk beranak cucu dan memenuhi bumi. Dia mahu mereka menjadikan seluruh bumi sebuah firdaus yang indah, seperti Taman Eden. Namun, hal itu tidak terjadi. Mengapa? Bab yang berikut akan menjelaskannya.

“Dia yang menciptakan manusia pada mulanya menciptakan lelaki dan perempuan.”​—Matius 19:4

Soalan: Apakah tugas yang diberikan Yehuwa kepada Adam? Apakah yang akan berlaku jika Adam dan Hawa makan buah daripada pokok yang dilarang oleh Yehuwa?

Kejadian 1:27-31; 2:7-9, 15-23; Mazmur 115:16; Matius 19:4-6

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi