PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 4 ms. 16-ms. 17 per. 2
  • Kemarahan Membawa Padah

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kemarahan Membawa Padah
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Anak yang Baik dan Anak yang Jahat
    Buku Cerita Bible Saya
  • Siapakah Isteri Kain?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • “Habel Masih Berkata-kata meskipun Dia Sudah Mati”
    Tirulah Iman Mereka
  • “Tuhan Berkenan” dengan Pemberian Mereka
    Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 4 ms. 16-ms. 17 per. 2
Kain marah apabila Habel mempersembahkan korbannya kepada Yehuwa

CERITA 4

Kemarahan Membawa Padah

Setelah dihalau dari Taman Eden, Hawa melahirkan anak-anak. Anak Adam dan Hawa yang pertama ialah Kain. Dia seorang petani. Anak yang kedua pula bernama Habel. Dia ialah seorang gembala.

Pada suatu hari, Kain dan Habel mempersembahkan korban kepada Yehuwa. Apakah maksud korban? Korban ialah suatu pemberian yang istimewa. Yehuwa gembira dengan korban Habel, tetapi Dia tidak menyukai korban Kain. Maka, Kain menjadi marah. Yehuwa mengingatkan Kain bahawa kemarahannya akan menyebabkan dia berbuat jahat. Tetapi, Kain tetap berdegil.

Kemudian, Kain berkata kepada Habel, “Mari kita pergi ke padang.” Sewaktu di padang, Kain menyerang Habel lalu membunuhnya. Apakah yang dilakukan Yehuwa? Yehuwa menghukum Kain dengan mengusirnya dari situ. Kain dilarang untuk kembali kepada keluarganya.

Kain mendekati Habel semasa di sebuah padang

Apakah pengajarannya bagi kita? Jika kita tidak mendapat perkara yang kita inginkan, kita mungkin berasa geram. Orang lain mungkin menasihati kita apabila mereka melihat kita marah. Jadi, kita perlu mengawal perasaan kita dengan segera sebelum kemarahan menyebabkan kita untuk berbuat jahat.

Oleh sebab Habel mengasihi Yehuwa dan selalu melakukan apa yang benar, Tuhan akan mengingatinya. Di bumi firdaus nanti, Tuhan akan membangkitkan, atau menghidupkan, Habel.

“Berdamailah dahulu dengan saudaramu, kemudian barulah kamu kembali untuk mempersembahkan pemberianmu.”​—Matius 5:24

Soalan: Siapakah nama anak Adam dan Hawa yang pertama dan yang kedua? Mengapakah Kain membunuh adiknya?

Kejadian 4:1-12; Ibrani 11:4; 1 Yohanes 3:11, 12

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi