PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 127
  • Siapakah Isteri Kain?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Siapakah Isteri Kain?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Kemarahan Membawa Padah
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Anak yang Baik dan Anak yang Jahat
    Buku Cerita Bible Saya
  • “Tuhan Berkenan” dengan Pemberian Mereka
    Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 127
Kain dan isterinya

Siapakah Isteri Kain?

Jawapan Bible

Kain ialah anak sulung kepada pasangan manusia yang pertama. Dia berkahwin dengan salah seorang adik perempuannya atau saudara perempuannya. Kesimpulan ini adalah berdasarkan kisah Bible tentang Kain dan keluarganya.

Fakta mengenai Kain dan keluarganya

  • Semua manusia merupakan keturunan Adam dan Hawa. “Daripada seorang manusia [Adam], Tuhan menjadikan semua bangsa supaya mereka menduduki seluruh muka bumi.” (Kisah 17:26) Isteri Adam iaitu Hawa menjadi “ibu segenap umat manusia.” (Kejadian 3:​20) Oleh itu, kita yakin bahawa Kain telah mengahwini seseorang daripada keturunan Adam dan Hawa.

  • Kain dan adiknya, Habel, mempunyai adik-beradik lain yang dilahirkan oleh Hawa. (Kejadian 4:​1, 2) Semasa Kain diusir kerana membunuh adiknya, dia mengatakan: “Aku akan dibunuh oleh sesiapa sahaja yang menjumpai aku.” (Kejadian 4:​14) Kain takut akan siapa? Bible mengatakan bahawa Adam mempunyai “anak-anak lain.” (Kejadian 5:4) Jelaslah, keturunan Adam dan Hawa yang lain mungkin telah mengancam Kain.

  • Pada awal sejarah manusia, berkahwin dengan saudara-mara adalah perkara yang biasa. Contohnya lelaki yang setia seperti Abraham, berkahwin dengan adik tirinya. (Kejadian 20:12) Berabad-abad kemudian, barulah perkahwinan dengan saudara-mara dilarang dalam hukum Musa. (Imamat 18:​9, 12, 13) Nampaknya, anak-anak yang dilahirkan oleh saudara-mara yang terdekat pada masa lalu mempunyai risiko kecacatan yang lebih rendah berbanding dengan hari ini.

  • Menurut Bible, kisah tentang Adam, Hawa dan keluarga mereka merupakan sejarah yang tepat. Salasilah yang terperinci mengenai Adam bukan hanya terdapat dalam buku Kejadian, yang ditulis oleh Musa, tetapi juga dalam tulisan sejarawan Ezra dan Lukas. (Kejadian 5:​3-5; 1 Tawarikh 1:​1-4; Lukas 3:​38) Para penulis Bible mencatatkan kisah Kain sebagai suatu peristiwa yang bersejarah.​—Ibrani 11:4; 1 Yohanes 3:​12; Yudas 11.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi