Pengenalan kepada Bahagian 11
Bahagian ini ialah pengenalan kepada Kitab Yunani Kristian. Yesus lahir di pekan yang kecil. Keluarganya hidup sederhana. Dia bekerja dengan bapanya yang merupakan seorang tukang kayu. Yesuslah yang akan menyelamatkan manusia. Yehuwa memilihnya sebagai Raja Kerajaan-Nya di syurga. Ibu bapa, jelaskan kepada anak anda bahawa Yehuwa memilih keluarga Yesus dengan teliti. Maka, Yesus dapat membesar dalam persekitaran yang baik. Yehuwa juga melindungi Yesus daripada dibunuh oleh Raja Herodes. Tonjolkan bahawa kehendak Yehuwa pasti dilaksanakan. Perhatikan cara Yehuwa mempersiapkan Yohanes untuk menyediakan jalan bagi Yesus. Tekankan bagaimana Yesus menghargai nasihat Yehuwa yang bijaksana sejak kecil lagi.