Pengenalan kepada Bahagian 13
Yesus datang ke bumi demi manusia yang tidak sempurna. Meskipun dia telah dibunuh, dia berjaya menakluki dunia. Yehuwa setia kepada Anak-Nya dan membangkitkannya semula. Sepanjang hidupnya, Yesus melayani orang lain dengan rendah hati dan memaafkan kesalahan mereka. Selepas dia dibangkitkan, Yesus muncul di hadapan pengikutnya. Dia mengajar mereka cara untuk melakukan kerja penting yang diberikannya kepada mereka. Jika anda ialah seorang ibu atau bapa, bantulah anak anda untuk memahami bahawa kita juga terlibat dalam kerja yang penting itu.