Kualiti Rawatan Perubatan yang Terbaik—Apakah Maksudnya?
“Mana-mana pesakit yang menerima rawatan perubatan tanpa darah, adalah pada dasarnya, penerima rawatan perubatan dan pembedahan yang terbaik kualitinya.” Demikianlah kata-kata Dr. Michael Rose, seorang pengarah perubatan dan pakar anestesiologi (pembiusan). Apakah prosedur dan alternatif transfusi (pemindahan darah) yang boleh digolongkan dalam “perubatan tanpa darah”? Anda perlu faham agar dapat membuat keputusan termaklum yang melibatkan rawatan perubatan dan pembedahan. Tontoni video No Blood—Medicine Meets the Challenge. Kemudian, uji pemahaman anda dengan menggunakan soalan-soalan berikut.—Perhatian: Oleh sebab video ini mempunyai adegan pembedahan yang ringkas, ibu bapa harus menggunakan pertimbangan baik ketika menonton video ini bersama anak-anak kecil mereka.
(1) Apakah sebab utama Saksi-Saksi Yehuwa enggan menerima transfusi darah? (2) Apakah yang diingini Saksi-Saksi Yehuwa apabila mendapatkan rawatan perubatan? (3) Apakah hak asasi seorang pesakit? (4) Mengapakah pemilihan alternatif transfusi adalah pilihan yang rasional dan bertanggungjawab? (5) Apakah dua keutamaan mendesak yang dihadapi oleh doktor apabila pesakit kehilangan darah yang teruk? (6) Apakah empat prinsip dalam strategi alternatif transfusi? (7) Bagaimanakah doktor dapat (a) meminimumkan (minimize) kehilangan darah, (b) memulihara (conserve) sel-sel darah merah, (c) merangsang (stimulate) penghasilan darah, dan (d) memperoleh semula (recover) darah yang telah hilang? (8) Jelaskan prosedur-prosedur yang dikenali sebagai (a) pencairan darah (hemodilution) dan (b) penyelamatan sel (cell salvage). (9) Apakah yang patut dimaklumkan kepada anda tentang mana-mana alternatif transfusi? (10) Dapatkah pembedahan yang serius dan rumit dilakukan tanpa transfusi darah? (11) Apakah perkembangan positif yang sedang berlaku di kalangan komuniti perubatan?
Penerimaan sesetengah rawatan yang ditayangkan dalam video ini adalah keputusan peribadi anda yang selaras dengan hati nurani masing-masing yang dilatih oleh Bible. Sudahkah anda membuat keputusan akan alternatif transfusi yang sedia diterima untuk diri sendiri dan anak-anak anda? Ahli keluarga yang bukan Saksi Yehuwa juga harus dimaklumkan sepenuhnya tentang keputusan anda dan sebab-sebab untuknya.—Lihat “Questions From Readers” dalam majalah pembelajaran (E) isu 15 Jun 2004 dan 15 Oktober 2000.