PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 10/07 ms. 8
  • Saling Memberi Galakan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Saling Memberi Galakan
  • Kerja Teokratik Kita—2007
  • Bahan yang Berkaitan
  • ‘Paulus Bersyukur kepada Tuhan dan Menjadi Lebih Tabah’
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
  • Mereka Bekerja Keras untuk Berkhidmat kepada Kita
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2023
  • Penyelia yang Menggembala Kawanan
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Bagaimanakah Penyelia Litar Membantu Kita?
    Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2007
km 10/07 ms. 8

Saling Memberi Galakan

1 Hawari Paulus menyurati sidang di Roma dan berkata, “Aku sangat ingin berjumpa dengan kamu, supaya aku dapat berkongsi berkat daripada [daya aktif Tuhan] dengan kamu, untuk menguatkan kamu. Maksudku adalah supaya kepercayaanku kepada Yesus boleh menguatkan kamu, dan kepercayaan kamu kepada Yesus boleh menguatkan aku.” (Rm. 1:​11, 12) Pada zaman moden ini, kunjungan-kunjungan daripada penyelia litar juga memberi kita peluang yang sama untuk saling menggalakkan.

2 Sidang: Selalunya, pengumuman tentang lawatan penyelia litar akan dibuat kira-kira tiga bulan sebelum lawatannya. Dengan ini, anda mempunyai masa yang mencukupi untuk mengatur jadual peribadi anda agar anda dapat memanfaatkan lawatannya dengan sepenuhnya. (Ef. 5:​15, 16) Jika anda bekerja secara sekular, anda mungkin boleh memohon cuti agar anda dapat menyertai aktiviti penyebaran untuk minggu berkenaan. Sesetengah penyiar mengaturkan jadual mereka supaya mereka dapat menjadi perintis sokongan pada bulan semasa penyelia litar melawat ke sidang mereka. Jika anda mempunyai rancangan untuk melancong ke luar negeri atau rancangan-rancangan yang lain, bolehkah anda mengubah rancangan anda agar anda dapat hadir pada minggu lawatan penyelia litar?

3 Tujuan utama lawatan penyelia litar diadakan adalah agar kita mendapat galakan dan latihan peribadi dalam aktiviti penyebaran. Bolehkah anda mengambil inisiatif untuk bekerja dengan dia? Atau jika dia sudah berkahwin, bolehkah anda mengambil inisiatif untuk bekerja dengan isterinya? Penyelia litar berasa gembira untuk bekerja dengan penyiar-penyiar yang berlainan, termasuklah mereka yang kurang berpengalaman atau yang kurang mahir dalam aktiviti penyebaran mereka. Kita bukan sahaja dapat belajar daripada penyampaian yang digunakan olehnya semasa menjalankan kerja penyebaran, malah kita boleh menggunakan cadangan-cadangan yang dikemukakan olehnya. (1 Kor. 4:​16, 17) Dengan mengundang penyelia litar untuk makan bersama anda, anda akan berpeluang untuk menikmati pergaulan yang membina. (Ibr. 13:⁠2) Oleh sebab ceramah-ceramahnya telah disesuaikan dengan keperluan sidang, kita harus memberikan sepenuh perhatian kepada ceramah-ceramahnya.

4 Penyelia Litar: Walaupun hawari Paulus merupakan seorang penyelia lawatan, dia menghadapi cabaran dan kekhuatiran hidup yang sama seperti yang dihadapi oleh saudara saudari dalam sidang. Seperti mereka, dia juga memerlukan dan menghargai galakan. (2 Kor. 11:​26-28) Apabila saudara saudari di Roma mendapat berita bahawa Paulus akan ke sana, sebilangan daripada mereka telah berjalan sejauh 74 kilometer ke Pasar Apius untuk berjumpa dengannya. Pada masa itu, Paulus merupakan seorang tahanan dan ‘apabila Paulus berjumpa dengan mereka, dia bersyukur kepada [Tuhan] kerana hal itu menggalakkannya.’ (Kis. 28:15) Anda juga dapat menggalakkan penyelia litar anda dengan cara yang sama. ‘Berikan hormat’ kepadanya dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang diaturkan semasa lawatannya dengan bersemangat. (Rm. 12:10) Luahkan dan perlihatkan rasa syukur anda yang tulus atas usahanya untuk membantu anda. Dia dan isterinya akan berasa gembira seraya melihat kepercayaan, kasih, dan daya tahan anda.​—2 Tes. 1:​3, 4.

5 Pada masa yang genting ini, kita semua menghadapi “banyak kesusahan”. Jadi, siapakah antara kita yang tidak memerlukan galakan? (2 Tim. 3:⁠1) Rancanglah dari sekarang untuk mengambil bahagian dengan sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti bersama penyelia litar pada minggu yang istimewa ini. Tidak kira sama ada kita ialah penyelia litar atau penyiar biasa, kita boleh saling menggalakkan. Dengan ini, kita akan memperoleh kebahagiaan dan kita dapat “saling menggalakkan dan saling menguatkan” saudara saudari kita.​—1 Tes. 5:⁠11.

[Soalan Pembelajaran]

1. Apakah peluang-peluang istimewa yang terbuka kepada kita apabila penyelia litar berkunjung ke sidang?

2. Mengapakah lawatan penyelia litar diumumkan terlebih dahulu?

3. Apakah yang harus kita lakukan sebagai individu untuk memperoleh galakan semasa kunjungan penyelia litar?

4. Bagaimanakah kita dapat memberi galakan kepada penyelia litar kita?

5. Dewasa ini, mengapakah semua orang memerlukan galakan?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi