Tetapkanlah Matlamat untuk Mengadakan Pembelajaran Bible
1 “Pandanglah ladang yang sudah menguning, siap untuk dituai!” (Yoh. 4:35) Kata-kata ini yang diucapkan oleh Yesus Kristus sungguh bermakna untuk para penyebar Kristian pada hari ini.
2 Mereka yang berhati jujur dan yang ingin mempelajari kebenaran tentang Yehuwa masih boleh ditemui. Kenyataan ini jelas dilihat daripada bilangan murid baru yang dibaptiskan setiap tahun. Sekiranya anda benar-benar ingin mengadakan satu pembelajaran Bible, apakah yang boleh anda lakukan?
3 Tetapkan Matlamat: Terlebih dahulu, anda harus menetapkan matlamat untuk memulakan dan mengadakan satu pembelajaran Bible secara tetap. Ingat akan matlamat ini setiap kali anda menyertai aktiviti penyebaran. Sebagai orang Kristian, kita bukan sahaja diperintahkan untuk menyebarkan berita baik, malah kita juga diperintahkan untuk mengajarkan kebenaran. Oleh itu, kita masing-masing patut meningkatkan usaha untuk mendapatkan satu pembelajaran Bible.—Mat. 24:14; 28:19, 20.
4 Perkara-perkara Lain yang Harus Diingat: Setiap penghebah Kerajaan Tuhan mesti berdoa dengan bersungguh-sungguh. Ada kalanya kita menemui orang di kawasan penyebaran yang telah berdoa untuk meminta bantuan rohani. Betapa besarnya berkat kita kerana digunakan oleh Yehuwa untuk mencari dan mengajar orang seperti ini!—Hag. 2:7; Kis. 10:1, 2.
5 Seorang saudari telah berdoa kepada Tuhan untuk membantunya mendapatkan satu pembelajaran Bible. Kemudian, dia mempamerkan beberapa risalah Would You Like to Know More About the Bible? di pejabatnya. Seorang wanita telah mengambil sehelai risalah, membaca kandungan risalah itu, dan bermula mengisi keratan pada halaman belakang risalah. Saudari kita menggunakan kesempatan itu untuk memberi kesaksian kepadanya dan telah dapat memulakan satu pembelajaran Bible.
6 Anda boleh meminta bantuan daripada penyiar-penyiar yang mahir dalam kerja memulakan dan mengadakan pembelajaran Bible. Dengan ini, anda dapat mencapai matlamat anda untuk mengadakan satu pembelajaran Bible. Berdoalah tentang usaha-usaha anda dan manfaatkan semua bantuan yang ada agar anda dapat mencapai matlamat ini. Tidak lama lagi anda mungkin akan menikmati kegembiraan hasil daripada mengadakan satu pembelajaran Bible.