PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 3/08 ms. 7
  • Kotak Pertanyaan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kotak Pertanyaan
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapakah Pakaian dan Dandanan Kita Penting?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Adakah Cara Pemakaian Anda Memuliakan Tuhan?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Adakah Anda Memiliki Hati yang Taat?
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
  • Mengapakah Kami Berpakaian Kemas sewaktu Perjumpaan?
    Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2008
km 3/08 ms. 7

Kotak Pertanyaan

◼ Bagaimanakah patut kita berpakaian apabila berkunjung ke tempat-tempat yang digunakan dalam khidmat suci Yehuwa?

Di seluruh dunia, Dewan Perjumpaan, Dewan Perhimpunan, bangunan Bethel, dan pejabat cawangan adalah tempat-tempat istimewa yang dikhaskan untuk khidmat suci Yehuwa. Bangunan-bangunan ini adalah ringkas, bersih dan teratur. Ciri-ciri ini mencerminkan martabat Yehuwa. Keadaan ini jauh berbeza berbanding dengan apa yang wujud dalam dunia Syaitan. Semasa kita mengunjungi tempat-tempat yang digunakan untuk khidmat suci Yehuwa, orang lain seharusnya dapat mengenali kita sebagai seorang yang dimiliki oleh Yehuwa dan melakukan kehendak-Nya.

Sebagai orang Kristian, kita ‘menunjukkan bahawa kita hamba Tuhan’ dalam setiap perkara, termasuk pakaian dan dandanan kita yang sesuai dan kemas. (2 Kor. 6:​3, 4) Kita juga patut mengekalkan budi pekerti yang baik. Pada setiap masa, pakaian dan dandanan kita harus mencerminkan kesopanan dan martabat yang sewajarnya sebagai hamba-hamba Tuhan Yehuwa. Hal ini adalah benar terutamanya semasa kita mengunjungi bangunan-bangunan ibu pejabat di New York dan juga cawangan-cawangan di serata dunia.

Semasa membincangkan kepentingan pakaian dan dandanan yang sesuai, buku Organized to Do Jehovah’s Will menjelaskan pentingnya untuk mengekalkan kebersihan fizikal, pakaian yang sederhana dan dandanan yang sesuai semasa kita menjalankan kerja penyebaran dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan Kristian. Selepas itu, pada muka surat 138, perenggan 3, buku tersebut menyatakan, “Ingatlah bahawa Bethel bermaksud ‘Rumah Tuhan’. Oleh itu, semasa melawat ke Bethel, kita harus mengenakan pakaian dan dandanan serta bertingkah laku sebagaimana di perjumpaan-perjumpaan sidang. “ Penyiar-penyiar yang melawat Bethel, sama ada yang tinggal berhampiran atau yang datang dari jauh, harus mengikuti standard-standard yang tinggi ini. Dengan demikian, kita menunjukkan penghargaan dan rasa hormat yang sewajarnya.​—Mzm. 29:⁠2.

Pakaian kita seharusnya mengenal pasti kita sebagai orang yang “mengabdikan diri kepada [Tuhan].” (1 Tim. 2:10) Pakaian dan dandanan yang sesuai mempengaruhi orang lain supaya mempunyai pandangan yang positif terhadap penyembahan sejati kita kepada Yehuwa. Namun demikian, semasa melawat tempat-tempat yang digunakan untuk khidmat suci Yehuwa, terdapat segelintir saudara dan saudari yang berpakaian dengan terlalu kasual, selekeh, atau menjolok mata. Pakaian sedemikian adalah tidak sesuai untuk orang Kristian pada bila-bila masa pun. Dalam hal ini, seperti aspek-aspek lain dalam kehidupan kita sebagai seorang Kristian, kita berhasrat untuk mengekalkan standard-standard tinggi yang dapat membezakan umat Tuhan daripada orang di dunia ini. Dengan demikian, kita melakukan segala hal demi memuliakan Tuhan.​—Rm. 12:2; 1 Kor. 10:⁠31.

Oleh itu, sama ada semasa membuat kunjungan yang dirancang atau semasa bercuti di tempat pelancongan, sebelum melawat ibu pejabat dan cawangan di New York atau cawangan-cawangan lain, kita boleh bertanya, ‘Semasa mengunjungi tempat yang digunakan dalam khidmat suci Yehuwa, adakah pakaian dan dandanan saya sopan, bersih dan mencerminkan martabat Yehuwa? Adakah pakaian dan dandanan saya memberi penghormatan kepada Tuhan yang saya sembah? Adakah orang lain akan berasa terganggu atau tersinggung dengan penampilan saya?’ Dengan pakaian dan dandanan kita, semoga kita sentiasa “memuji ajaran tentang Tuhan, Penyelamat kita” dalam segala hal!​—Tit. 2:⁠10.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi