PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 6/09 ms. 2
  • Membuat Persiapan yang Baik untuk Mengajar

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Membuat Persiapan yang Baik untuk Mengajar
  • Kerja Teokratik Kita—2009
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bantu Pelajar Bible Anda untuk Dibaptis
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Bantulah Pelajar Bible Anda Maju sehingga Dibaptis—Bahagian Satu
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • Bantulah Pelajar Bible Anda Maju sehingga Dibaptis—Bahagian Dua
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • Persiapan Diperlukan untuk Mengajar dengan Mahir
    Kerja Teokratik Kita—2015
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2009
km 6/09 ms. 2

Membuat Persiapan yang Baik untuk Mengajar

1. Semasa mengadakan pembelajaran Bible, mengapakah kita patut berusaha membantu pelajar menghargai kebenaran Bible?

1 Semasa mengadakan pembelajaran Bible, kita perlu membuat persiapan yang baik agar dapat mendorong pelajar kita untuk menyembah Yehuwa. Jika kita ingin usaha kita membuahkan hasil, kita mesti membantu pelajar menghargai kebenaran Bible. (Ul. 6:5; Ams. 4:23; 1 Kor. 9:26) Bagaimanakah kita dapat berbuat demikian?

2. Apakah peranan doa dalam persiapan yang baik?

2 Persiapan yang Berserta Doa: Oleh sebab Yehuwa yang menyebabkan benih kebenaran bercambah dalam hati pelajar, kita patut berdoa secara spesifik untuk pelajar dan keperluannya sebelum mula membuat persiapan. (1 Kor. 3:6; Yak. 1:5) Doa sebegini dapat membantu kita untuk menentukan bagaimana kita dapat mengisi dadanya dengan pengetahuan supaya dia “mengetahui kehendak [Tuhan]” dengan tepat.—Kol. 1:9, 10.

3. Bagaimanakah kita dapat ingat akan keperluan pelajar kita semasa membuat persiapan?

3 Fikirkan Pelajar Anda: Yesus tahu bahawa untuk mengajar dengan berkesan, kita perlu memikirkan keperluan pendengar kita. Sekurang-kurangnya dua orang telah menanyakan soalan yang sama kepada Yesus, “Apakah yang harus saya lakukan supaya mendapat hidup sejati dan kekal?” Yesus telah menggunakan pendekatan yang berbeza setiap kali dia menjawab. (Luk. 10:25-28; 18:18-20) Kita patut memikirkan keperluan pelajar kita semasa membuat persiapan. Ayat-ayat rujukan manakah dalam Bible yang akan kita baca dengannya? Seberapa banyakkah maklumat yang akan kita bincangkan? Apakah isi-isi yang mungkin sukar difahami atau diterima oleh pelajar? Jika kita memikirkan terlebih dahulu soalan-soalan yang mungkin dikemukakan oleh pelajar, kita akan lebih bersedia untuk menjawab dengan baik.

4. Apakah yang perlu kita lakukan untuk membuat persiapan yang baik?

4 Kaji Semula Bahan: Walaupun kita sendiri telah berulang kali mempelajari sesuatu bahan pada masa lalu, kita mesti ingat bahawa inilah kali pertama pelajar kita mempelajari bahan itu. Jika kita ingin mencapai hatinya, amatlah penting untuk membuat persiapan yang baik bagi setiap pembelajaran. Hal ini bermaksud, kita janganlah menjadi seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul. Kita juga perlu membuat persiapan yang baik dengan mengkaji bahan pembelajaran, ayat-ayat rujukan, memikirkan keperluan pelajar kita, dan menggariskan isi-isi penting.—Rm. 2:21, 22.

5. Bagaimanakah kita dapat meniru Yehuwa?

5 Yehuwa sangat prihatin terhadap kemajuan setiap pelajar Bible. (2 Ptr. 3:9) Kita sedang menunjukkan kasih dan keprihatinan yang sama apabila kita meluangkan masa untuk membuat persiapan bagi setiap pembelajaran Bible.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi