PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb23 September ms. 7
  • Gembala yang Berkhidmat demi Kebaikan Umat Yehuwa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Gembala yang Berkhidmat demi Kebaikan Umat Yehuwa
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2023
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dapatkan Bantuan Para Penatua
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Para Penatua Menunjukkan Kasih dan Belas Kasihan kepada Pendosa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
  • Para Saudara​—Adakah Anda Berusaha untuk Menjadi Penatua?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
  • Bergantung pada Yehuwa semasa Membuat Keputusan
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2023
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2023
mwb23 September ms. 7

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Gembala yang Berkhidmat demi Kebaikan Umat Yehuwa

Ramai orang berpandangan negatif terhadap orang yang berkuasa. Mengapa? Kerana banyak orang menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan diri. (Mi 7:3) Kita sangat bersyukur kerana para penatua di sidang dilatih untuk menggunakan kuasa mereka demi kebaikan umat Yehuwa.—Es 10:3; Mt 20:​25, 26.

Mereka melakukan tugas sebagai penyelia kerana mereka mengasihi Yehuwa dan umat-Nya. (Yoh 21:16; 1Pt 5:​1-3) Para penatua prihatin terhadap setiap penyiar dan ingin mereka rasa disayangi. Dengan mengikut bimbingan Yesus, mereka bantu saudara saudari tetap kuat secara rohani. Selain itu, mereka bersedia untuk memberi bantuan rohani kepada rakan seiman. Semasa berlakunya bencana atau kecemasan perubatan, mereka juga beri bantuan praktikal. Maka, janganlah segan untuk meminta bantuan daripada para penatua di sidang.—Yak 5:14.

Adegan daripada video “Gembala yang Menjaga Kawanan.” Seorang penatua memeluk Elias dengan gembira semasa mereka berjumpa.

SILA LIHAT VIDEO GEMBALA YANG MENJAGA KAWANAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah para penatua membantu Mariana?

  • Bagaimanakah para penatua membantu Elias?

  • Daripada pengalaman mereka, apakah perasaan anda terhadap khidmat para penatua?

Beritahulah seorang penatua jika . . .

  • maklumat perhubungan anda berubah

  • anda sedang menghadapi cabaran yang berat

  • anda akan berada di tempat lain untuk tempoh yang panjang

  • anda mengalami masalah kesihatan serius atau perlu tinggal di hospital

  • anda melakukan dosa serius

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi