PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mrt rencana 15
  • Cara Mengatasi Rasa Sunyi

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cara Mengatasi Rasa Sunyi
  • Topik-Topik Lain
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Eratkan hubungan dengan Tuhan
  • Baca ayat-ayat Bible yang melegakan hati
  • Belajar mengapa perkara buruk sedang berlaku di dunia
  • Jangan terlampau risau
  • Jalin persahabatan
  • Tetap aktif secara jasmani
  • Lemparkanlah Segala Kekhuatiran kepada Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Pilih Kawan dengan Bijak
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Apakah Ajaran Bible?
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Kekhuatiran Kaum Lelaki—Bagaimana Bible Dapat Membantu
    Topik-Topik Lain
Lihat Selanjutnya
Topik-Topik Lain
mrt rencana 15
Seorang wanita di rumah sedang memandang ke luar tingkap.

Cara Mengatasi Rasa Sunyi

Adakah anda berasa sunyi dan sepi? Jika demikian, anda mungkin berasa seperti penulis mazmur yang berkata, “Aku seperti seekor burung yang kesepian di atas bumbung rumah.” (Mazmur 102:7) Kebijaksanaan Bible dapat membantu anda mengatasi masalah yang disebabkan oleh rasa sunyi.

  • Eratkan hubungan dengan Tuhan

  • Baca ayat-ayat Bible yang melegakan hati

  • Belajar mengapa perkara buruk sedang berlaku di dunia

  • Jangan terlampau risau

  • Jalin persahabatan

  • Tetap aktif secara jasmani

Eratkan hubungan dengan Tuhan

Biarpun anda sunyi sepi, anda boleh berasa bahagia jika anda sedar akan keperluan rohani anda dan berusaha mengenali Tuhan. (Matius 5:3, 6) Sumber rujukan berikut adalah percuma dan dapat membantu anda mengenali Tuhan.

  • Bible dalam talian yang tepat dan mudah dibaca

  • Video singkat tentang beberapa ajaran asas dalam Bible

  • “Jawapan kepada Soalan Bible”—Jawapan yang terus terang kepada soalan yang sering ditanya

  • “Tirulah Iman Mereka”—Siri ini menghidupkan kisah lelaki dan wanita setia dalam Bible

  • “Siapakah Perekanya?”—Siri ini menonjolkan betapa indah dan kompleks alam semula jadi

Baca ayat-ayat Bible yang melegakan hati

Ayat-ayat Bible ini telah melegakan hati ramai orang. Janganlah baca beberapa petikan ayat sekali gus. Sebaliknya, cuba isi kesunyian anda dengan merenungkan setiap petikan ayat dan gunakan masa itu untuk berdoa.—Markus 1:35.

  • Mazmur 23:1-6

  • Mazmur 34:1-22

  • Mazmur 46:1-11

  • Mazmur 63:6-8

  • Mazmur 91:1-6

  • Matius 6:25-34

  • 2 Korintus 1:3, 4

  • Filipi 4:6, 7

  • 1 Petrus 5:6, 7

Belajar mengapa perkara buruk sedang berlaku di dunia

Anda dapat menangani apa jua situasi yang mencabar dengan lebih baik jika anda tahu mengapa perkara buruk berlaku dan bagaimana Tuhan akan menyelesaikan masalah ini.—Yesaya 65:17.

  • Mengapakah Tuhan membenarkan penderitaan?

  • Apakah yang dinyatakan dalam Bible tentang penyakit dan kesihatan?

  • Apakah tanda hari-hari terakhir?

  • Siapakah empat penunggang kuda dalam buku Wahyu?

  • Apakah yang akan dilakukan Kerajaan Tuhan?

Jangan terlampau risau

Rencana tentang topik-topik berikut boleh membantu anda menangani stres yang disebabkan oleh rasa sunyi dan membantu anda mengatasi rasa khuatir.—Matius 6:25.

  • Apa yang dapat dilakukan sewaktu anda stres

  • Melawan fikiran yang negatif

  • Kekhuatiran tentang bahaya

  • Kekhuatiran tentang wang

  • Kekhuatiran yang dihadapi kaum muda

Jalin persahabatan

Persahabatan adalah baik untuk kesihatan mental dan emosi anda dan amat penting lebih-lebih lagi semasa kita tidak dapat bersemuka dengan orang lain. Jika anda terkurung di rumah, anda mungkin dapat menggunakan panggilan suara atau video untuk mengekalkan persahabatan yang sudah wujud dan menjalin persahabatan baharu. Rencana-rencana berikut dapat membantu anda mencari dan menjadi sahabat yang sejati.—Amsal 17:17.

  • Mengekalkan hubungan yang baik dengan orang lain

  • Patutkah anda meluaskan lingkungan persahabatan anda?

  • Adakah anda berfikir bahawa anda tiada kawan?

  • Jalin persahabatan dengan memupuk sifat suka memberi

  • Jalin persahabatan dengan memupuk rasa syukur

Tetap aktif secara jasmani

Bible berkata bahawa ‘senaman jasmani membawa manfaat.’ (1 Timotius 4:8, nota kaki) Senaman boleh membantu menjaga kesihatan mental anda, terutamanya semasa anda berasa sepi. Biarpun anda terkurung di rumah, anda pasti boleh melakukan kegiatan tertentu untuk tetap aktif.

  • Pastikan anda tetap aktif

  • Jaga kesihatan dan kuatkan semangat

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi