PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 56
  • Bolehkah Iblis Mempengaruhi Manusia?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bolehkah Iblis Mempengaruhi Manusia?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Apakah Ajaran Bible?
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Adakah Iblis Wujud?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Lawanlah Iblis
    Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan
  • Apakah Rupa Iblis?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 56

Bolehkah Iblis Mempengaruhi Manusia?

Jawapan Bible

Pengaruh Iblis dan roh-roh jahat begitu kuat sehingga Bible menyatakan, “Seluruh dunia ini di bawah kuasa Iblis.” (1 Yohanes 5:​19, Alkitab Berita Baik) Bible menjelaskan cara-cara Iblis menyesatkan manusia.

  • Tipu muslihat. Bible menggalakkan orang Kristian untuk “melawan tipu muslihat Iblis.” (Efesus 6:​11, Terjemahan Baru) Salah satu tipu muslihatnya adalah dengan menyesatkan orang untuk percaya bahawa hamba-hamba Iblis ialah hamba Tuhan.—2 Korintus 11:13-​15.

  • Spiritisme. Iblis menyesatkan orang melalui bomoh, tukang tilik nasib, dan mereka yang mengamalkan ilmu ghaib atau ramalan bintang. (Ulangan 18:10-​12) Penggunaan dadah, hipnosis, dan teknik meditasi yang mengosongkan fikiran juga mendedahkan seseorang kepada pengaruh roh-roh jahat.​—Lukas 11:24-​26.

  • Agama palsu. Agama-agama yang mengajar ajaran palsu menyesatkan orang untuk tidak mentaati Tuhan. (1 Korintus 10:20) Bible menyebut ajaran palsu sedemikian sebagai “ajaran roh-roh jahat.”​—1 Timotius 4:1.

  • Dirasuk roh-roh jahat. Bible mencatatkan kisah orang yang dirasuk oleh roh-roh jahat. Kadangkala mereka menjadi buta atau bisu, bahkan ada yang mencederakan diri sendiri.​—Matius 12:22; Markus 5:​2-5.

Cara menghindari pengaruh Iblis

Anda tidak perlu takut akan pengaruh Iblis kerana Bible mengajar kita cara untuk melawannya dengan berjaya:

  • Kenal pasti cara-cara yang digunakan oleh Iblis “kerana kita bukannya tidak mengetahui muslihatnya.”​—2 Korintus 2:​11.

  • Pelajari Bible dan terapkan apa yang dipelajari. Dengan demikian, anda akan dilindungi daripada pengaruh Iblis.—Efesus 6:11-18.

  • Musnahkan benda-benda yang berkaitan dengan roh-roh jahat. (Kisah 19:19) Contohnya, buku, majalah, poster, muzik, dan video yang mengandungi unsur spiritisme.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi