PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 93
  • Yesus Memberi Banyak Orang Makanan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yesus Memberi Banyak Orang Makanan
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Memberikan Makanan kepada Ribuan Orang
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yesus Memberi Banyak Orang Makanan
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Raja yang Dapat Mengawal Unsur Alam
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Memberikan Roti dan Amaran tentang Ragi
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Lihat Selanjutnya
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 93
Yesus memberikan makanan kepada orang ramai dengan hanya beberapa roti dan ikan

CERITA 93

Yesus Memberi Banyak Orang Makanan

SUATU hal yang dahsyat telah berlaku. Yohanes Pembaptis baru sahaja dibunuh. Herodias, iaitu isteri raja, tidak suka akan Yohanes. Dia berjaya mempengaruhi raja untuk mengeluarkan perintah supaya kepala Yohanes dipancung.

Yesus berasa sangat sedih apabila dia mendengar hal ini. Dia pergi ke sebuah tempat yang sunyi untuk bersendirian tetapi ramai orang mengikutnya. Apabila Yesus nampak mereka, dia mengasihani mereka. Jadi, dia mengajar mereka tentang Kerajaan Tuhan dan menyembuhkan mereka yang sakit.

Pada petang itu, murid-murid Yesus datang kepadanya dan berkata, “Hari sudah lewat, dan tempat ini terpencil. Suruhlah semua orang pergi ke pekan-pekan yang berdekatan untuk membeli makanan.”

“Mereka tidak usah pergi,” jawab Yesus. “Kamu beri mereka makanan.” Seterusnya, Yesus memandang Filipus lalu bertanya, “Di manakah kita boleh membeli makanan yang cukup untuk semua orang ini?”

“Biarpun kita membelanjakan banyak wang untuk membeli makanan, setiap orang hanya akan mendapat sedikit makanan sahaja,” jawab Filipus. Andreas pula berkata, “Budak lelaki ini mempunyai lima buku roti dan dua ekor ikan. Tetapi makanan ini tidak cukup untuk semua orang di sini.”

“Suruhlah orang ramai duduk di atas rumput,” kata Yesus. Dia mengucapkan syukur kepada Tuhan, dan membahagi-bahagikan roti dan ikan itu. Selepas itu, murid-muridnya memberi makanan tersebut kepada orang ramai. Terdapat 5,000 orang lelaki, dan beribu-ribu orang wanita serta kanak-kanak di situ. Semua orang makan sehingga kenyang. Selepas itu, murid-muridnya mengumpulkan lebihan makanan, dan mereka dapat mengisikan 12 bakul sehingga penuh!

Yesus menyuruh murid-muridnya menaiki perahu untuk menyeberangi Tasik Galilea. Pada waktu malam, angin kencang bertiup dan perahu mereka terumbang-ambing dipukul ombak. Murid-murid Yesus berasa sangat takut. Kemudian, pada tengah malam, mereka ternampak seseorang berjalan ke arah mereka di atas air. Oleh itu, mereka menjerit ketakutan kerana mereka tidak tahu apa yang sedang berjalan ke arah mereka.

“Jangan takut,” kata Yesus. “Aku Yesus!” Mereka masih tidak mempercayainya. Jadi, Petrus berkata, “Jika engkau benar-benar Yesus, suruhlah aku berjalan di atas air.” Yesus menjawab, “Marilah!” Dan Petrus turun dari perahu dan mula berjalan di atas air menuju ke arah Yesus. Tetapi dia berasa takut dan mula tenggelam. Namun Yesus menyelamatkannya.

Tidak berapa lama kemudian, Yesus sekali lagi memberi makanan kepada beribu-ribu orang. Kali ini, dia melakukan mukjizat ini dengan tujuh buku roti dan beberapa ekor ikan kecil. Sekali lagi, makanan yang diberikan oleh Yesus cukup untuk semua orang. Cara Yesus menjaga orang memang menakjubkan! Apabila Yesus memerintah sebagai raja Kerajaan Tuhan, kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi.

Matius 14:1-32; 15:29-38; Yohanes 6:1-21.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi