PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w19 Februari ms. 31
  • Tahukah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tahukah Anda?
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yesus Melakukan Mukjizat di Kapernaum
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
w19 Februari ms. 31

Tahukah Anda?

Rumah ibadat abad pertama yang ditemui di Gamla

Rumah Ibadat Abad Pertama: Lukisan ini dibuat berdasarkan ciri-ciri rumah ibadat abad pertama yang ditemui di Gamla, sekitar 10 km di timur laut Tasik Galilea. Rumah ibadat pada zaman lampau mungkin kelihatan seperti ini

Apakah asal usul rumah ibadat orang Yahudi?

ISTILAH “rumah ibadat” berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud “berkumpul” atau “berhimpun.” Nama ini memang sesuai, sebab orang Yahudi biasanya berkumpul untuk belajar dan beribadat di rumah ibadat sejak zaman dahulu. Walaupun rumah ibadat tidak disebut dalam Kitab Ibrani, Kitab Yunani Kristian menyatakan dengan jelas bahawa tempat sebegini sudah wujud pada abad pertama Masihi.

Kebanyakan cendekiawan percaya bahawa rumah ibadat mula dibina semasa orang Yahudi menjadi tawanan di Babilon. Encyclopaedia Judaica menjelaskan, “Mereka berada di negeri asing yang tidak ada Rumah Tuhan. Untuk mendapat kelegaan pada waktu kesusahan, mereka akan berkumpul dari masa ke masa, mungkin pada hari Sabat, untuk membaca Ayat-Ayat Suci.” Selepas dibebaskan, nampaknya orang Yahudi terus berkumpul untuk berdoa dan membaca Ayat-Ayat Suci, dan mereka mendirikan rumah ibadat di mana sahaja mereka menetap.

Pada abad pertama Masihi, rumah ibadat sudah menjadi pusat kegiatan agama dan sosial bagi masyarakat Yahudi di serata kawasan Mediterranean, Timur Tengah, dan di negeri Israel. Profesor Lee Levine dari Universiti Ibrani Yerusalem berkata, “Rumah ibadat ialah tempat untuk belajar, mengadakan jamuan suci, membicarakan kes, mengumpul dana untuk kegunaan komuniti, dan untuk pertemuan politik atau sosial.” Dia menambah, “Sudah pasti, upacara agama ialah kegiatan terpenting di situ.” Itulah sebabnya Yesus sering pergi ke rumah ibadat untuk mengajar dan menggalakkan orang di situ. (Mrk. 1:21; 6:2; Luk. 4:16) Selepas sidang Kristian ditubuhkan, Rasul Paulus juga sering menginjil di rumah ibadat. Orang yang berminat tentang hal rohani selalunya pergi ke rumah ibadat. Oleh itu, semasa Paulus memasuki sesebuah kota, dia biasanya akan menginjil di rumah ibadat terlebih dahulu.​—Kis. 17:1, 2; 18:4.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi