PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 14
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kejadian

      • Abram menyelamatkan Lot (1-16)

      • Melkisedek memberkati Abram (17-24)

Kejadian 14:1

Rujukan Silang

  • +Kej 10:9, 10
  • +Kej 14:17
  • +Kej 10:22

Kejadian 14:2

Rujukan Silang

  • +Kej 10:19; 13:12
  • +Kej 13:10, 12
  • +Ul 29:23

Kejadian 14:3

Nota kaki

  • *

    Nampaknya merujuk kepada raja-raja yang disebut di ayat 1.

  • *

    Atau “Dataran Rendah.”

Rujukan Silang

  • +Kej 14:10
  • +Bil 34:2, 12

Kejadian 14:5

Rujukan Silang

  • +Ul 2:10, 11

Kejadian 14:6

Rujukan Silang

  • +Ul 2:12
  • +Kej 36:8

Kejadian 14:7

Rujukan Silang

  • +Bil 20:1
  • +Kej 36:12; 1Sa 15:2
  • +Kej 10:15, 16
  • +2Ta 20:2

Kejadian 14:8

Nota kaki

  • *

    Atau “Dataran Rendah.”

Kejadian 14:9

Rujukan Silang

  • +Kej 14:1, 2

Kejadian 14:10

Nota kaki

  • *

    Atau “Dataran Rendah.”

Kejadian 14:11

Rujukan Silang

  • +Kej 14:16

Kejadian 14:12

Rujukan Silang

  • +Kej 19:1

Kejadian 14:13

Nota kaki

  • *

    Atau “berkhemah.”

Rujukan Silang

  • +Kej 13:18
  • +Kej 14:24

Kejadian 14:14

Rujukan Silang

  • +Kej 11:27
  • +Hak 18:29

Kejadian 14:17

Nota kaki

  • *

    Atau “Dataran Rendah.”

Rujukan Silang

  • +2Sa 18:18

Kejadian 14:18

Rujukan Silang

  • +Mz 110:4; Ibr 6:20
  • +Ibr 7:1, 2
  • +Mz 83:18; Ibr 5:5, 10

Kejadian 14:20

Rujukan Silang

  • +Ibr 7:4

Kejadian 14:24

Rujukan Silang

  • +Kej 14:13

Lain

Kej. 14:1Kej 10:9, 10
Kej. 14:1Kej 14:17
Kej. 14:1Kej 10:22
Kej. 14:2Kej 10:19; 13:12
Kej. 14:2Kej 13:10, 12
Kej. 14:2Ul 29:23
Kej. 14:3Kej 14:10
Kej. 14:3Bil 34:2, 12
Kej. 14:5Ul 2:10, 11
Kej. 14:6Ul 2:12
Kej. 14:6Kej 36:8
Kej. 14:7Bil 20:1
Kej. 14:7Kej 36:12; 1Sa 15:2
Kej. 14:7Kej 10:15, 16
Kej. 14:72Ta 20:2
Kej. 14:9Kej 14:1, 2
Kej. 14:11Kej 14:16
Kej. 14:12Kej 19:1
Kej. 14:13Kej 13:18
Kej. 14:13Kej 14:24
Kej. 14:14Kej 11:27
Kej. 14:14Hak 18:29
Kej. 14:172Sa 18:18
Kej. 14:18Mz 110:4; Ibr 6:20
Kej. 14:18Ibr 7:1, 2
Kej. 14:18Mz 83:18; Ibr 5:5, 10
Kej. 14:20Ibr 7:4
Kej. 14:24Kej 14:13
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kejadian 14:1-24

Kejadian

14 Kemudian Raja Amrafel dari Shinar,+ Raja Ariokh dari Elasar, Raja Kedorlaomer+ dari Elam,+ dan Raja Tidal dari Goyim, 2 berperang melawan Raja Bera dari Sodom,+ Raja Birsha dari Gomora,+ Raja Shinab dari Adma, Raja Shemeber dari Zeboim,+ dan raja dari Bela (atau Zoar). 3 Mereka* bersekutu dan mengumpulkan tentera mereka di Lembah* Sidim,+ iaitu Laut Mati.+

4 Lima orang raja itu menjadi hamba Raja Kedorlaomer selama 12 tahun, tetapi mereka memberontak pada tahun ke-13. 5 Maka pada tahun ke-14, Kedorlaomer dan sekutu-sekutunya datang dan mengalahkan orang Refaim di Asyterot-karnaim, orang Zuzim di Ham, orang Emim+ di Shaveh-kiryataim, 6 dan orang Hori+ di pergunungan Seir,+ lalu mengejar mereka sehingga tiba di El-paran yang terletak di pinggir padang belantara. 7 Kemudian raja-raja itu berpatah balik dan pergi ke En-mispat, iaitu Kades,+ dan menakluki seluruh kawasan orang Amalek.+ Mereka juga mengalahkan orang Amori+ yang tinggal di Hazazon-tamar.+

8 Maka raja dari Sodom, raja dari Gomora, raja dari Adma, raja dari Zeboim, dan raja dari Bela (atau Zoar) mengatur barisan tentera mereka di Lembah* Sidim, dan berperang 9 melawan Raja Kedorlaomer dari Elam, Raja Tidal dari Goyim, Raja Amrafel dari Shinar, dan Raja Ariokh dari Elasar.+ Empat orang raja melawan lima orang raja. 10 Lembah* Sidim penuh dengan lubang tar. Apabila raja Sodom dan raja Gomora mencuba melarikan diri, mereka jatuh ke dalam lubang tar, manakala yang lain melarikan diri ke kawasan pergunungan. 11 Empat orang raja yang menang mengambil semua harta dan makanan di Sodom dan Gomora, lalu mereka pergi dari sana.+ 12 Mereka juga menawan Lot, iaitu anak saudara Abram yang tinggal di Sodom,+ dan mengambil hartanya sekali, lalu meneruskan perjalanan mereka.

13 Selepas itu, seorang lelaki yang berjaya melarikan diri melaporkan peristiwa itu kepada Abram, orang Ibrani itu. Pada masa itu, Abram tinggal* dekat pokok-pokok besar milik Mamre, seorang lelaki Amori.+ Mamre ialah abang kepada Eskol dan Aner.+ Mereka bertiga merupakan sekutu Abram. 14 Selepas Abram mendapat tahu bahawa anak saudaranya+ telah ditangkap, dia mengumpulkan 318 orang hambanya dan mengejar musuh sampai ke Dan.+ Semua hamba itu lahir di dalam rumahnya dan pandai berperang. 15 Pada waktu malam, Abram membahagikan hamba-hambanya kepada beberapa pasukan, lalu menyerang dan mengalahkan musuh mereka. Abram terus mengejar mereka sampai ke Hoba, yang terletak di utara Damsyik. 16 Abram berjaya mendapat kembali semua harta yang dirampas, dan harta milik Lot. Dia juga menyelamatkan Lot anak saudaranya, wanita-wanita, dan tawanan lain.

17 Abram kembali selepas mengalahkan Raja Kedorlaomer dan sekutu-sekutunya, lalu raja Sodom pergi menyambut Abram di Lembah* Shaveh, yang juga dikenali sebagai Lembah Raja.+ 18 Raja Melkisedek+ dari Salem,+ yang merupakan imam Tuhan Yang Maha Tinggi,+ juga datang sambil membawa roti dan wain.

19 Lalu dia memberkati Abram dan berkata,

“Semoga Tuhan Yang Maha Tinggi,

Pencipta langit dan bumi, memberkati Abram.

20 Terpujilah Tuhan Yang Maha Tinggi,

Yang telah menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu!”

Kemudian Abram memberinya satu persepuluh daripada segala harta yang diperoleh kembali.+

21 Selepas itu, raja Sodom berkata kepada Abram, “Ambillah harta yang dirampas, tetapi kembalikanlah semua orang beta.” 22 Abram berkata kepada raja Sodom, “Hamba mengangkat tangan lalu bersumpah di hadapan Yehuwa, Tuhan Yang Maha Tinggi, Pencipta langit dan bumi, 23 bahawa hamba tidak akan mengambil satu pun daripada milik tuanku, bahkan seutas benang atau seutas tali kasut pun tidak. Dengan demikian tuanku tidak dapat berkata, ‘Betalah yang membuat Abram kaya.’ 24 Hamba tidak mahu mengambil apa-apa pun, kecuali apa yang telah dimakan oleh para pemuda. Tetapi biarlah orang yang pergi bersama hamba, iaitu Aner, Eskol, dan Mamre,+ mengambil bahagian mereka.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi