PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 16
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kejadian

      • Hagar dan Ismael (1-16)

Kejadian 16:1

Rujukan Silang

  • +Kej 15:2, 3
  • +Ga 4:25

Kejadian 16:2

Rujukan Silang

  • +Kej 30:1, 3

Kejadian 16:7

Rujukan Silang

  • +Kej 25:17, 18; Kel 15:22

Kejadian 16:10

Nota kaki

  • *

    Malaikat itu bercakap seolah-olah Yehuwa sendiri yang sedang bercakap.

Rujukan Silang

  • +Kej 17:20; 25:13-16; 1Ta 1:29-31

Kejadian 16:11

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Tuhan Mendengar.”

Kejadian 16:12

Nota kaki

  • *

    Mungkin menggambarkan seseorang yang tidak mahu hidupnya dikawal.

  • *

    Atau mungkin, “Dia akan bermusuhan dengan semua saudaranya.”

Kejadian 16:13

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “menyeru.”

Rujukan Silang

  • +Ams 15:3

Kejadian 16:14

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Perigi Dia yang Hidup yang Melihat Aku.”

Kejadian 16:15

Rujukan Silang

  • +Kej 21:9; Ga 4:22, 24

Lain

Kej. 16:1Kej 15:2, 3
Kej. 16:1Ga 4:25
Kej. 16:2Kej 30:1, 3
Kej. 16:7Kej 25:17, 18; Kel 15:22
Kej. 16:10Kej 17:20; 25:13-16; 1Ta 1:29-31
Kej. 16:13Ams 15:3
Kej. 16:15Kej 21:9; Ga 4:22, 24
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kejadian 16:1-16

Kejadian

16 Sarai, isteri Abram, masih tidak mempunyai anak.+ Tetapi Sarai mempunyai seorang hamba perempuan dari Mesir yang bernama Hagar.+ 2 Maka Sarai berkata kepada Abram, “Tolonglah dengar apa yang hendak aku katakan. Yehuwa tidak membolehkan aku melahirkan anak. Jadi, tidurlah dengan hamba perempuanku. Mungkin aku akan mendapat anak melalui dia.”+ Abram pun mendengar kata-kata Sarai. 3 Setelah Abram menetap di negeri Kanaan selama 10 tahun, Sarai memberikan Hagar, iaitu hambanya dari Mesir, kepada Abram sebagai isteri. 4 Maka Abram bersetubuh dengan Hagar, lalu Hagar mengandung. Apabila Hagar sedar bahawa dia sudah mengandung, dia mula menghina Sarai, majikannya.

5 Oleh itu, Sarai berkata kepada Abram, “Kamu harus bertanggungjawab terhadap apa yang telah menimpa aku. Akulah yang memberikan hambaku kepadamu, tetapi setelah dia sedar bahawa dia mengandung, dia mula menghina aku. Semoga Yehuwa mengadili siapa antara kita yang benar.” 6 Abram berkata kepada Sarai, “Dia ialah hambamu, dan kamu berkuasa atasnya. Perlakukanlah dia sesuka hati kamu.” Maka Sarai melayan hambanya dengan buruk sehingga hambanya melarikan diri.

7 Kemudian, malaikat Yehuwa bertemu dengan Hagar dekat mata air di padang belantara, di jalan yang menuju ke Syur.+ 8 Malaikat itu berkata, “Hagar, hamba Sarai, kamu dari mana dan hendak ke mana?” Hagar menjawab, “Aku melarikan diri daripada Sarai majikanku.” 9 Malaikat Yehuwa berkata kepadanya, “Kembalilah kepada majikanmu, dan tunduklah kepadanya.” 10 Kemudian malaikat Yehuwa berkata, “Aku* akan memberimu keturunan yang sangat banyak, sehingga bilangannya tidak dapat dihitung.”+ 11 Malaikat Yehuwa berkata lagi, “Sekarang kamu mengandung, dan kamu akan melahirkan seorang anak lelaki. Kamu harus menamakannya Ismael,* kerana Aku, Yehuwa, sudah mendengar tentang kesusahanmu. 12 Anakmu itu akan menjadi seperti keldai liar.* Dia akan menentang semua orang, dan semua orang akan menentangnya. Dia akan tinggal berhampiran dengan semua saudaranya.”*

13 Hagar berkata, “Betulkah aku telah nampak Tuhan yang melihat aku?” Oleh itu dia memuji* nama Yehuwa, yang telah berfirman kepadanya. Hagar berkata, “Engkaulah Tuhan yang memperhatikan orang.”+ 14 Itulah sebabnya perigi itu dipanggil Beer-lahai-roi.* (Perigi itu terletak di antara Kades dengan Bered.) 15 Apabila Hagar melahirkan seorang anak lelaki bagi Abram, Abram menamakan anak itu Ismael.+ 16 Abram berumur 86 tahun ketika Hagar melahirkan anaknya Ismael.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi