PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 18
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kejadian

      • Tiga malaikat melawat Abraham (1-8)

      • Anak lelaki dijanjikan kepada Sara; Sara ketawa (9-15)

      • Rayuan Abraham demi Sodom (16-33)

Kejadian 18:1

Nota kaki

  • *

    Iaitu, malaikat yang mewakili Yehuwa.

Rujukan Silang

  • +Kej 16:7; Hak 13:21
  • +Kej 13:18; 14:13

Kejadian 18:2

Rujukan Silang

  • +Kej 19:1

Kejadian 18:4

Rujukan Silang

  • +Kej 19:2; 24:32

Kejadian 18:6

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “3 seah.” Lihat Lampiran B14.

Kejadian 18:8

Rujukan Silang

  • +Ibr 13:2

Kejadian 18:9

Rujukan Silang

  • +Kej 17:15

Kejadian 18:10

Rujukan Silang

  • +Kej 17:21; 21:2; Rm 9:9

Kejadian 18:11

Nota kaki

  • *

    Atau “sudah berhenti haid.”

Rujukan Silang

  • +Kej 17:17
  • +Rm 4:19

Kejadian 18:12

Rujukan Silang

  • +Ibr 11:11; 1Pt 3:6

Kejadian 18:14

Rujukan Silang

  • +Yes 40:29; Mt 19:26; Lu 1:36, 37

Kejadian 18:16

Rujukan Silang

  • +Kej 13:12

Kejadian 18:17

Rujukan Silang

  • +Mz 25:14; Amo 3:7

Kejadian 18:18

Nota kaki

  • *

    Mungkin menunjukkan bahawa usaha diperlukan untuk memperoleh berkat.

Rujukan Silang

  • +Kej 12:1-3; Ga 3:14

Kejadian 18:19

Rujukan Silang

  • +Ul 4:9

Kejadian 18:20

Rujukan Silang

  • +2Pt 2:7, 8
  • +Kej 13:13; Yud 7

Kejadian 18:21

Rujukan Silang

  • +Kej 11:5; Kel 3:7, 8; Mz 14:2

Kejadian 18:22

Rujukan Silang

  • +Kej 31:11; 32:30

Kejadian 18:23

Rujukan Silang

  • +Bil 16:22

Kejadian 18:25

Rujukan Silang

  • +Ul 32:4
  • +Mz 37:10, 11; Ams 29:16; Mal 3:18; Mt 13:49
  • +Ayb 34:12; Yes 33:22

Kejadian 18:28

Rujukan Silang

  • +Bil 14:18; Mz 86:15

Kejadian 18:30

Rujukan Silang

  • +Kel 34:6

Kejadian 18:33

Rujukan Silang

  • +Kej 18:2, 22

Lain

Kej. 18:1Kej 16:7; Hak 13:21
Kej. 18:1Kej 13:18; 14:13
Kej. 18:2Kej 19:1
Kej. 18:4Kej 19:2; 24:32
Kej. 18:8Ibr 13:2
Kej. 18:9Kej 17:15
Kej. 18:10Kej 17:21; 21:2; Rm 9:9
Kej. 18:11Kej 17:17
Kej. 18:11Rm 4:19
Kej. 18:12Ibr 11:11; 1Pt 3:6
Kej. 18:14Yes 40:29; Mt 19:26; Lu 1:36, 37
Kej. 18:16Kej 13:12
Kej. 18:17Mz 25:14; Amo 3:7
Kej. 18:18Kej 12:1-3; Ga 3:14
Kej. 18:19Ul 4:9
Kej. 18:202Pt 2:7, 8
Kej. 18:20Kej 13:13; Yud 7
Kej. 18:21Kej 11:5; Kel 3:7, 8; Mz 14:2
Kej. 18:22Kej 31:11; 32:30
Kej. 18:23Bil 16:22
Kej. 18:25Ul 32:4
Kej. 18:25Mz 37:10, 11; Ams 29:16; Mal 3:18; Mt 13:49
Kej. 18:25Ayb 34:12; Yes 33:22
Kej. 18:28Bil 14:18; Mz 86:15
Kej. 18:30Kel 34:6
Kej. 18:33Kej 18:2, 22
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kejadian 18:1-33

Kejadian

18 Pada suatu hari, Yehuwa*+ menampakkan diri kepada Abraham dekat pokok-pokok besar di Mamre.+ Abraham sedang duduk di pintu khemahnya ketika hari panas terik. 2 Dia melihat jauh ke depan dan nampak tiga orang lelaki sedang berdiri.+ Sebaik sahaja dia nampak mereka, dia berlari untuk menyambut mereka. Dia bersujud 3 lalu berkata, “Yehuwa, jika Engkau berkenan kepadaku, janganlah lalu tanpa singgah di khemah hamba-Mu ini. 4 Izinkanlah hamba mengambil sedikit air untuk membasuh kaki tuan-tuan.+ Selepas itu, berehatlah di bawah pokok. 5 Tuan-tuan sudah datang ke tempat hamba, maka biarlah hamba menghidangkan roti supaya tuan-tuan mendapat tenaga untuk meneruskan perjalanan.” Maka mereka berkata, “Baiklah. Lakukanlah apa yang telah kamu katakan.”

6 Maka Abraham bergegas ke khemah untuk mencari Sara. Selepas itu, dia berkata, “Cepatlah! Ambillah tiga bekas* tepung halus untuk diuli, dan buatlah roti daripadanya.” 7 Kemudian Abraham berlari ke tempat kawanan ternakannya lalu memilih seekor anak lembu jantan yang bagus dan lembut dagingnya. Dia memberikan anak lembu itu kepada orang suruhannya untuk dimasak dengan segera. 8 Selepas itu, dia mengambil mentega, susu, dan daging yang sudah dimasak lalu menghidangkannya kepada mereka. Sementara mereka makan di bawah pokok, Abraham berdiri di tepi untuk melayani mereka.+

9 Mereka bertanya kepada Abraham, “Di manakah isterimu Sara?”+ Dia menjawab, “Di dalam khemah.” 10 Salah seorang daripada mereka berkata, “Tahun depan pada waktu yang sama, aku pasti akan kembali kepadamu, dan Sara akan mempunyai seorang anak lelaki.”+ Sara sedang mendengar di pintu khemah, di belakang tetamu itu. 11 Abraham dan Sara sudah lanjut usia,+ dan Sara sudah terlalu tua untuk melahirkan anak.*+ 12 Oleh itu, Sara tertawa dalam hati dan berkata, “Tuanku sudah tua, dan aku pun sudah tua dan layu. Benarkah aku dapat merasai kegembiraan ini?”+ 13 Yehuwa berfirman kepada Abraham, “Mengapakah Sara tertawa dan bertanya, ‘Bolehkah aku melahirkan anak sedangkan aku sudah tua?’ 14 Adakah apa-apa yang mustahil bagi Yehuwa?+ Tahun depan pada masa yang sama, Aku akan kembali, dan Sara akan mempunyai seorang anak lelaki.” 15 Oleh sebab Sara takut, dia menafikannya. “Aku tidak ketawa!” katanya. Tetapi Tuhan menjawab, “Engkau memang ketawa tadi.”

16 Kemudian mereka bertolak dari sana, dan memandang ke arah kota Sodom.+ Abraham berjalan bersama-sama tetamunya untuk menghantar mereka. 17 Yehuwa berfirman, “Aku tidak akan merahsiakan daripada Abraham apa yang akan Aku lakukan.+ 18 Keturunan Abraham pasti akan menjadi bangsa yang besar dan kuat. Melaluinya, semua bangsa di seluruh bumi akan diberkati.*+ 19 Aku sangat mengenal Abraham, dan Aku yakin bahawa dia akan menyuruh anak-anaknya dan semua keturunannya untuk berpegang pada haluan Yehuwa dan melakukan apa yang benar dan adil.+ Dengan demikian, Aku, Yehuwa, dapat menunaikan janji yang Aku berikan kepada Abraham.”

20 Kemudian Yehuwa berfirman, “Aku sudah mendengar tuduhan berat yang dilontarkan terhadap penduduk Sodom dan Gomora,+ dan dosa mereka besar sekali.+ 21 Aku akan turun untuk menyiasat sama ada tuduhan yang Aku dengar itu benar atau tidak. Jika tuduhan itu tidak benar, Aku masih hendak mengetahuinya.”+

22 Kemudian dua orang lelaki itu pergi ke Sodom, tetapi Yehuwa+ tetap bersama Abraham. 23 Abraham menghampiri Tuhan lalu bertanya, “Adakah Engkau benar-benar akan membinasakan orang yang baik bersama-sama orang yang jahat?+ 24 Jika terdapat 50 orang yang baik di dalam kota itu, adakah Engkau akan membinasakan seluruh kota itu? Tidakkah Engkau akan mengampuni penduduknya demi 50 orang yang baik itu? 25 Sudah pasti, Engkau tidak sanggup membinasakan orang yang baik bersama orang yang jahat. Mustahil Engkau berbuat demikian.+ Orang yang baik tidak mungkin menanggung akibat yang sama seperti orang yang jahat.+ Mungkinkah Hakim bagi seluruh bumi bertindak dengan tidak adil?”+ 26 Yehuwa menjawab, “Jika Aku menjumpai 50 orang yang baik di kota Sodom, Aku akan mengampuni semua penduduk kota itu demi mereka.” 27 Tetapi Abraham berkata, “Yehuwa, meskipun aku ini hanyalah debu dan abu, izinkanlah aku bercakap lagi. 28 Jika jumlahnya berkurang lima orang, adakah Engkau akan membinasakan seluruh kota itu kerana hanya terdapat 45 orang yang baik di situ?” Tuhan menjawab, “Aku tidak akan membinasakan kota itu jika Aku menjumpai 45 orang yang baik di situ.”+

29 Tetapi Abraham berkata lagi, “Bagaimana pula jika terdapat hanya 40 orang yang baik di situ?” Tuhan menjawab, “Aku tidak akan membinasakan kota itu demi 40 orang yang baik di situ.” 30 Abraham berkata, “Yehuwa, janganlah marah dengan aku,+ tetapi izinkanlah aku bercakap lagi. Bagaimana pula jika terdapat hanya 30 orang yang baik di situ?” Tuhan menjawab, “Aku tidak akan membinasakan kota itu jika Aku menjumpai 30 orang yang baik di situ.” 31 Abraham berkata, “Yehuwa, izinkanlah aku bercakap lagi. Bagaimana pula jika terdapat hanya 20 orang yang baik di situ?” Tuhan menjawab, “Aku tidak akan membinasakan kota itu demi 20 orang yang baik di situ.” 32 Akhirnya Abraham berkata, “Yehuwa, janganlah marah dengan aku, tetapi izinkanlah aku untuk bercakap hanya sekali lagi. Bagaimana pula jika terdapat hanya 10 orang yang baik di situ?” Tuhan menjawab, “Aku tidak akan membinasakan kota itu demi 10 orang yang baik di situ.” 33 Setelah menjawab Abraham, Yehuwa pun pergi+ dan Abraham pulang ke khemahnya.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi