PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 29
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kejadian

      • Yakub berjumpa Rahel (1-14)

      • Yakub jatuh cinta dengan Rahel (15-20)

      • Yakub mengahwini Lea dan Rahel (21-29)

      • Lea melahirkan empat anak lelaki untuk Yakub: Ruben, Simeon, Lewi, dan Yehuda (30-35)

Kejadian 29:4

Rujukan Silang

  • +Kej 27:42, 43; Kis 7:2

Kejadian 29:5

Rujukan Silang

  • +Kej 24:29
  • +Kej 24:24; 31:53

Kejadian 29:6

Rujukan Silang

  • +Kej 46:19; Rut 4:11

Kejadian 29:13

Rujukan Silang

  • +Kej 24:29

Kejadian 29:15

Rujukan Silang

  • +Kej 28:5
  • +Kej 30:27, 28; 31:7

Kejadian 29:16

Rujukan Silang

  • +Rut 4:11

Kejadian 29:18

Rujukan Silang

  • +Kej 31:41

Kejadian 29:20

Rujukan Silang

  • +Kej 30:26; Ho 12:12

Kejadian 29:21

Nota kaki

  • *

    Atau “dan biarlah saya bersetubuh dengannya.”

Kejadian 29:24

Rujukan Silang

  • +Kej 16:1, 2; 30:9; 46:18

Kejadian 29:25

Rujukan Silang

  • +Kej 31:7, 42

Kejadian 29:27

Rujukan Silang

  • +Kej 31:41

Kejadian 29:29

Rujukan Silang

  • +Kej 35:22
  • +Kej 30:1, 3

Kejadian 29:30

Rujukan Silang

  • +Ho 12:12

Kejadian 29:31

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “Lea dibenci.”

Rujukan Silang

  • +Kej 46:15; Rut 4:11
  • +Kej 30:22

Kejadian 29:32

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Lihatlah, Seorang Anak Lelaki!”

Rujukan Silang

  • +Kej 35:22; 37:22; 49:3, 4; Kel 6:14; 1Ta 5:1
  • +Kej 30:20; 1Sa 1:5, 6; Lu 1:24, 25

Kejadian 29:33

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Mendengar.”

Rujukan Silang

  • +Kej 34:25; 49:5; 1Ta 4:24

Kejadian 29:34

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Terikat.”

Rujukan Silang

  • +Kej 34:25; 49:5; Kel 6:16; Bil 3:12; 1Ta 6:1

Kejadian 29:35

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Yang Dipuji.”

Rujukan Silang

  • +Kej 35:23; 37:26; 44:18; 49:8; 1Ta 2:3; Why 5:5

Lain

Kej. 29:4Kej 27:42, 43; Kis 7:2
Kej. 29:5Kej 24:29
Kej. 29:5Kej 24:24; 31:53
Kej. 29:6Kej 46:19; Rut 4:11
Kej. 29:13Kej 24:29
Kej. 29:15Kej 28:5
Kej. 29:15Kej 30:27, 28; 31:7
Kej. 29:16Rut 4:11
Kej. 29:18Kej 31:41
Kej. 29:20Kej 30:26; Ho 12:12
Kej. 29:24Kej 16:1, 2; 30:9; 46:18
Kej. 29:25Kej 31:7, 42
Kej. 29:27Kej 31:41
Kej. 29:29Kej 35:22
Kej. 29:29Kej 30:1, 3
Kej. 29:30Ho 12:12
Kej. 29:31Kej 46:15; Rut 4:11
Kej. 29:31Kej 30:22
Kej. 29:32Kej 35:22; 37:22; 49:3, 4; Kel 6:14; 1Ta 5:1
Kej. 29:32Kej 30:20; 1Sa 1:5, 6; Lu 1:24, 25
Kej. 29:33Kej 34:25; 49:5; 1Ta 4:24
Kej. 29:34Kej 34:25; 49:5; Kel 6:16; Bil 3:12; 1Ta 6:1
Kej. 29:35Kej 35:23; 37:26; 44:18; 49:8; 1Ta 2:3; Why 5:5
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kejadian 29:1-35

Kejadian

29 Yakub meneruskan perjalanannya dan pergi ke negeri yang terletak di Timur. 2 Dia nampak sebuah perigi di padang rumput, dan perigi itu ditutup dengan sebuah batu yang besar. Ada tiga kawanan biri-biri yang sedang berehat berdekatan perigi itu, kerana kawanan biri-biri biasanya diberi minum di situ. 3 Apabila semua kawanan itu dikumpulkan, batu itu akan digulingkan ke tepi, dan para gembala akan memberi ternakan mereka minum. Selepas itu, mereka akan meletakkan semula batu itu ke tempat asalnya.

4 Yakub bertanya kepada mereka, “Wahai saudara-saudaraku, kamu datang dari mana?” Mereka menjawab, “Kami datang dari Haran.”+ 5 Dia bertanya lagi, “Kamu kenalkah Laban,+ cucu Nahor?”+ “Ya, kami kenal dia,” jawab mereka. 6 Yakub berkata, “Adakah dia sihat?” Mereka menjawab, “Ya, dia sihat. Itu dia Rahel,+ anak perempuannya, yang datang bersama biri-birinya.” 7 Yakub berkata, “Hari masih siang. Belum tiba masanya untuk memasukkan kawanan biri-biri ke dalam kandang. Berilah kawanan itu minum dan biarlah kawanan itu meragut rumput.” 8 Namun mereka berkata, “Kami tidak dibenarkan untuk berbuat demikian sehingga semua ternakan itu sudah dikumpulkan dan batu penutup perigi itu digulingkan ke tepi. Setelah itu, barulah kami boleh memberi kawanan kami minum.”

9 Sementara Yakub masih bercakap-cakap dengan mereka, Rahel tiba bersama biri-biri bapanya. Rahel ialah seorang gembala, 10 dan bapanya ialah Laban, iaitu abang kepada ibu Yakub. Apabila Yakub nampak Rahel datang bersama kawanannya, dia cepat-cepat mengalihkan batu penutup perigi itu lalu memberi biri-biri itu minum. 11 Kemudian Yakub mencium Rahel dan mula menangis dengan kuat. 12 Yakub memberitahu Rahel bahawa dia ialah anak saudara bapa Rahel, dan ibunya ialah Ribka. Selepas itu, Rahel bergegas pulang untuk memberitahu bapanya tentang hal itu.

13 Sebaik sahaja Laban+ mendengar berita tentang Yakub, anak kepada adik perempuannya, dia berlari untuk berjumpa dengan Yakub. Laban memeluk dan mencium Yakub, lalu membawa dia masuk ke dalam rumah. Kemudian Yakub memberitahunya segala yang berlaku. 14 Laban berkata kepadanya, “Kita memang ada pertalian darah.” Maka Yakub tinggal dengannya selama sebulan.

15 Laban berkata kepada Yakub, “Kamu tidak patut bekerja untukku tanpa mendapat apa-apa, hanya kerana kamu anak saudaraku.+ Beritahulah aku, apakah upah yang kamu ingini?”+ 16 Laban mempunyai dua orang anak perempuan. Yang sulung bernama Lea, dan yang bongsu bernama Rahel.+ 17 Mata Lea tidak cantik, tetapi Rahel pula sangat jelita dan menawan. 18 Yakub telah jatuh cinta dengan Rahel, maka dia berkata, “Demi Rahel anak bongsumu, saya sudi bekerja selama tujuh tahun untuk pak cik.”+ 19 Laban menjawab, “Lebih baik dia menjadi isterimu daripada menjadi isteri orang lain. Tinggallah bersamaku.” 20 Yakub bekerja selama tujuh tahun demi Rahel,+ tetapi baginya tujuh tahun itu seperti beberapa hari sahaja kerana dia mencintai Rahel.

21 Kemudian Yakub berkata kepada Laban, “Tempoh masa saya bekerja sudah tamat. Biarlah saya mengahwini Rahel dan menjadikannya isteri saya.”* 22 Laban pun membuat kenduri dan menjemput semua orang tempatan. 23 Tetapi pada waktu malam, Lea pula yang dihantar oleh Laban kepada Yakub, maka Yakub bersetubuh dengan Lea. 24 Laban juga memberikan hamba perempuannya Zilpa kepada Lea untuk menjadi hambanya.+ 25 Pada waktu pagi, barulah Yakub sedar bahawa orang yang dikahwininya itu ialah Lea! Maka dia berkata kepada Laban, “Apakah yang sudah pak cik lakukan terhadap saya? Saya sudah bekerja untuk pak cik demi Rahel. Mengapakah pak cik menipu saya?”+ 26 Laban menjawab, “Menurut adat di sini, adik tidak boleh berkahwin sebelum kakaknya berkahwin. 27 Nikmatilah masa bersama isterimu sepanjang minggu ini. Kemudian Rahel akan diberikan kepadamu jika kamu sudi bekerja untukku tujuh tahun lagi.”+ 28 Yakub pun menikmati masanya bersama Lea selama seminggu. Selepas itu, Laban juga memberikan Rahel kepada Yakub untuk dijadikan isterinya. 29 Selain itu, Laban memberikan hamba perempuannya Bilha+ kepada Rahel untuk dijadikan hambanya.+

30 Maka Yakub juga bersetubuh dengan Rahel. Dia lebih mengasihi Rahel daripada Lea, dan dia berkhidmat untuk Laban selama tujuh tahun lagi.+ 31 Apabila Yehuwa nampak bahawa Lea tidak begitu dikasihi,* Dia mengizinkan Lea untuk melahirkan anak,+ tetapi Rahel masih mandul.+ 32 Lea pun hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Lea menamakan anak itu Ruben.*+ Dia berkata, “Yehuwa telah melihat kesusahanku,+ dan kini suamiku akan mula mengasihi aku.” 33 Kemudian dia hamil lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “Yehuwa telah mendengar bahawa aku tidak dikasihi, maka Dia juga memberikan anak ini kepadaku.” Oleh itu, dia menamakan anak itu Simeon.*+ 34 Dia hamil lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “Kini suamiku akan lebih terikat kepadaku, kerana aku sudah melahirkan tiga orang anak lelaki untuknya.” Maka dia menamakan anak itu Lewi.*+ 35 Sekali lagi dia hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “Sekarang aku akan memuji Yehuwa.” Oleh itu, dia menamakan anak itu Yehuda.*+ Kemudian Lea tidak melahirkan anak buat suatu jangka waktu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi