PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 3
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kejadian

      • Dosa pertama manusia (1-13)

        • Dusta yang pertama (4, 5)

      • Yehuwa menjatuhkan hukuman atas pemberontak (14-24)

        • Keturunan wanita dinubuatkan (15)

        • Diusir keluar dari Eden (23, 24)

Kejadian 3:1

Nota kaki

  • *

    Atau “licik.”

Rujukan Silang

  • +2Ko 11:3; Why 12:9; 20:2
  • +Kej 2:17

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 26:1-7

Kejadian 3:2

Rujukan Silang

  • +Kej 2:16

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 26:1-7

Kejadian 3:3

Rujukan Silang

  • +Kej 2:8, 9

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 26:1-7

Kejadian 3:4

Rujukan Silang

  • +Yoh 8:44; 1Yo 3:8

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 26:1-7

    Diajarkan Bible, 6:11

Kejadian 3:5

Nota kaki

  • *

    Mereka bukannya buta. Ungkapan ini mungkin bermaksud mereka akan mendapat pengertian atau kebijaksanaan.

Rujukan Silang

  • +Kej 3:22

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 26:1-7

    Diajarkan Bible, 6:11

Kejadian 3:6

Rujukan Silang

  • +2Ko 11:3; 1Ti 2:14; Yak 1:14, 15
  • +Rm 5:12

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 26:1-7

Kejadian 3:7

Rujukan Silang

  • +Kej 3:21

Kejadian 3:11

Rujukan Silang

  • +Kej 2:25
  • +Kej 2:17

Kejadian 3:13

Rujukan Silang

  • +2Ko 11:3; 1Ti 2:14

Kejadian 3:14

Rujukan Silang

  • +Kej 3:1

Kejadian 3:15

Nota kaki

  • *

    Iaitu, keturunan wanita itu.

Rujukan Silang

  • +Why 12:9
  • +Why 12:1
  • +Why 12:7, 17
  • +Yoh 8:44; 1Yo 3:10
  • +Kej 22:18; 49:10; Ga 3:16, 29
  • +Why 20:2, 10
  • +Mt 27:50; Kis 3:15

Kejadian 3:17

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Manusia; Umat Manusia; Orang.”

  • *

    Harfiah, “Dengan rasa sakit.”

Rujukan Silang

  • +Kej 2:17
  • +Kej 5:29
  • +Rm 8:20

Kejadian 3:19

Rujukan Silang

  • +Kej 2:7
  • +Mz 104:29; Pkh 3:20; 12:7

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Diajarkan Bible, 6:13

Kejadian 3:20

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Yang Hidup.”

Rujukan Silang

  • +Kis 17:26

Kejadian 3:21

Rujukan Silang

  • +Kej 3:7

Kejadian 3:22

Rujukan Silang

  • +Kej 3:5
  • +Kej 2:9

Kejadian 3:23

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “dia.”

Rujukan Silang

  • +Kej 2:8
  • +Kej 3:19

Kejadian 3:24

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “lelaki itu.”

  • *

    Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.

Rujukan Silang

  • +Mz 80:1; Yes 37:16; Yeh 10:4

Lain

Kej. 3:12Ko 11:3; Why 12:9; 20:2
Kej. 3:1Kej 2:17
Kej. 3:2Kej 2:16
Kej. 3:3Kej 2:8, 9
Kej. 3:4Yoh 8:44; 1Yo 3:8
Kej. 3:5Kej 3:22
Kej. 3:62Ko 11:3; 1Ti 2:14; Yak 1:14, 15
Kej. 3:6Rm 5:12
Kej. 3:7Kej 3:21
Kej. 3:11Kej 2:25
Kej. 3:11Kej 2:17
Kej. 3:132Ko 11:3; 1Ti 2:14
Kej. 3:14Kej 3:1
Kej. 3:15Why 12:9
Kej. 3:15Why 12:1
Kej. 3:15Why 12:7, 17
Kej. 3:15Yoh 8:44; 1Yo 3:10
Kej. 3:15Kej 22:18; 49:10; Ga 3:16, 29
Kej. 3:15Why 20:2, 10
Kej. 3:15Mt 27:50; Kis 3:15
Kej. 3:17Kej 2:17
Kej. 3:17Kej 5:29
Kej. 3:17Rm 8:20
Kej. 3:19Kej 2:7
Kej. 3:19Mz 104:29; Pkh 3:20; 12:7
Kej. 3:20Kis 17:26
Kej. 3:21Kej 3:7
Kej. 3:22Kej 3:5
Kej. 3:22Kej 2:9
Kej. 3:23Kej 2:8
Kej. 3:23Kej 3:19
Kej. 3:24Mz 80:1; Yes 37:16; Yeh 10:4
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kejadian 3:1-24

Kejadian

3 Ular+ ialah binatang yang paling berhati-hati* antara semua binatang liar yang diciptakan oleh Tuhan Yehuwa. Ular berkata kepada wanita itu, “Benarkah Tuhan melarang kamu makan buah daripada semua pokok di taman ini?”+ 2 Wanita itu berkata kepada ular, “Kami boleh makan buah daripada semua pokok di taman ini,+ 3 kecuali pokok yang ada di tengah-tengah taman.+ Tuhan telah berfirman, ‘Kamu dilarang memakan buahnya ataupun menyentuhnya. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan mati.’” 4 Ular memberitahu wanita itu, “Kamu pasti tidak akan mati.+ 5 Tuhan berfirman demikian kerana Dia tahu bahawa jika kamu memakan buah itu, pada hari itu juga mata kamu akan terbuka.* Kamu akan menjadi seperti Tuhan dan mengetahui apa yang baik dan apa yang jahat.”+

6 Lalu wanita itu nampak bahawa pokok itu cantik dan buahnya baik untuk dimakan. Ya, pokok itu memang indah di matanya. Jadi dia mengambil buah itu dan mula memakannya.+ Apabila dia bersama-sama suaminya, dia juga memberikan buah itu kepadanya, dan suaminya pun memakannya.+ 7 Sesudah itu, mata mereka terbuka, dan mereka menyedari bahawa mereka telanjang. Oleh itu, mereka menjahit daun-daun pokok ara dan menutupi tubuh mereka.+

8 Pada petang itu, semasa angin bertiup, mereka mendengar suara Tuhan Yehuwa ketika Dia berjalan di taman itu. Mereka tidak ingin dilihat oleh Tuhan Yehuwa, lalu mereka bersembunyi di antara pokok-pokok di taman itu. 9 Tuhan Yehuwa memanggil lelaki itu berkali-kali, “Di manakah engkau?” 10 Akhirnya lelaki itu berkata, “Aku dengar suara-Mu di taman, tetapi aku takut kerana aku telanjang, jadi aku bersembunyi.” 11 Tuhan berfirman, “Siapakah yang memberitahu engkau bahawa engkau telanjang?+ Adakah engkau makan buah daripada pokok yang Aku larang engkau makan?”+ 12 Lelaki itu berkata, “Wanita yang Engkau jadikan temanku memberikan buah daripada pokok itu kepadaku, jadi aku pun makan.” 13 Kemudian Tuhan Yehuwa berfirman kepada wanita itu, “Apakah yang sudah engkau lakukan?” Wanita itu menjawab, “Ular itu menipu aku, jadi aku pun makan.”+

14 Kemudian Tuhan Yehuwa berfirman kepada ular itu,+ “Terkutuklah engkau kerana perbuatanmu itu. Engkaulah yang terkutuk antara semua binatang, baik yang jinak mahupun yang liar. Dengan perutmu, engkau akan menjalar, dan engkau akan makan tanah seumur hidupmu. 15 Aku akan membuat engkau+ dan wanita itu+ bermusuhan,+ dan Aku akan membuat keturunanmu+ dan keturunannya+ bermusuhan. Dia* akan meremukkan kepalamu,+ dan engkau akan mencederakan tumitnya.”+

16 Tuhan berfirman kepada wanita itu, “Engkau akan mengalami kesakitan yang besar semasa hamil, dan engkau akan mengalami kesakitan semasa bersalin. Engkau akan sangat menginginkan suamimu, dan dia akan menguasaimu.”

17 Tuhan berfirman kepada Adam,* “Walaupun Aku telah memberikan perintah ini:+ ‘Engkau dilarang makan buah itu,’ engkau telah mendengar kata-kata isterimu, lalu makan buah yang Aku larang engkau makan. Maka terkutuklah tanah akibat perbuatanmu itu.+ Dengan bersusah payah,* engkau harus mengusahakan tanah ini seumur hidupmu dan memakan hasilnya.+ 18 Tanah akan menghasilkan semak berduri dan lalang, dan engkau mesti makan tumbuh-tumbuhan yang ada di tanah. 19 Engkau akan berpeluh-peluh untuk mencari makanan sehinggalah engkau kembali ke tanah, kerana engkau dibentuk daripada tanah.+ Engkau ini tanah, dan engkau akan kembali ke tanah.”+

20 Setelah itu, Adam menamakan isterinya Hawa,* kerana isterinya akan menjadi ibu semua manusia.+ 21 Kemudian Tuhan Yehuwa membuat pakaian panjang daripada kulit binatang untuk Adam dan isterinya, lalu mereka memakai pakaian itu.+ 22 Kemudian Tuhan Yehuwa berfirman, “Manusia itu telah menjadi seperti kita dan mengetahui apa yang baik dan apa yang jahat.+ Sekarang, manusia itu tidak diizinkan mengambil buah daripada pokok kehidupan,+ memakannya, dan hidup selama-lamanya.” 23 Maka Tuhan Yehuwa mengusir mereka* keluar dari Taman Eden+ untuk mengusahakan tanah, yang daripadanya manusia dibentuk.+ 24 Setelah Dia mengusir mereka,* Dia menempatkan kerub-kerub*+ di sebelah timur Taman Eden dan sebilah pedang berapi yang berpusing-pusing untuk menjaga jalan menuju ke pokok kehidupan.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi