PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 31
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kejadian

      • Yakub curi-curi balik ke Kanaan (1-18)

      • Laban mengejar Yakub dan menjumpainya (19-35)

      • Perjanjian Yakub dengan Laban (36-55)

Kejadian 31:1

Rujukan Silang

  • +Kej 30:33

Kejadian 31:2

Rujukan Silang

  • +Kej 30:27

Kejadian 31:3

Rujukan Silang

  • +Kej 28:15; 32:9; 35:27

Kejadian 31:5

Rujukan Silang

  • +Kej 30:27
  • +Kej 48:15

Kejadian 31:6

Rujukan Silang

  • +Kej 30:29, 30

Kejadian 31:8

Rujukan Silang

  • +Kej 30:32

Kejadian 31:10

Rujukan Silang

  • +Kej 30:39

Kejadian 31:12

Nota kaki

  • *

    Malaikat itu bercakap seolah-olah Yehuwa sendiri yang sedang bercakap.

Rujukan Silang

  • +Kej 29:25; 31:39

Kejadian 31:13

Rujukan Silang

  • +Kej 12:8, 9; 35:15
  • +Kej 28:18, 22
  • +Kej 35:14; 37:1

Kejadian 31:15

Rujukan Silang

  • +Kej 31:41; Ho 12:12

Kejadian 31:16

Rujukan Silang

  • +Kej 31:1
  • +Kej 31:3

Kejadian 31:17

Rujukan Silang

  • +Kej 33:13

Kejadian 31:18

Rujukan Silang

  • +Kej 30:42, 43
  • +Kej 35:27

Kejadian 31:19

Nota kaki

  • *

    Atau “patung dewa dewi keluarga; patung berhala.”

Rujukan Silang

  • +Kej 35:2; Yos 24:2
  • +Kej 31:14

Kejadian 31:21

Rujukan Silang

  • +Kej 15:18
  • +Bil 32:1

Kejadian 31:24

Rujukan Silang

  • +Kej 20:3
  • +Mz 105:15

Kejadian 31:29

Rujukan Silang

  • +Kej 31:24

Kejadian 31:30

Rujukan Silang

  • +Kej 31:19; 35:2

Kejadian 31:33

Rujukan Silang

  • +Kej 46:18, 25

Kejadian 31:35

Rujukan Silang

  • +Im 15:19
  • +Kej 31:19

Kejadian 31:38

Rujukan Silang

  • +Kej 30:27

Kejadian 31:39

Rujukan Silang

  • +1Sa 17:34

Kejadian 31:40

Rujukan Silang

  • +Kej 47:9

Kejadian 31:41

Rujukan Silang

  • +Kej 31:7

Kejadian 31:42

Nota kaki

  • *

    Atau “ditakuti.”

Rujukan Silang

  • +Kej 28:13; 31:29
  • +Kej 31:53
  • +Kej 31:24

Kejadian 31:45

Rujukan Silang

  • +Kej 28:18

Kejadian 31:47

Nota kaki

  • *

    Ungkapan bahasa Aram yang bermaksud “Timbunan yang Menjadi Jaminan.”

  • *

    Ungkapan bahasa Ibrani yang bermaksud “Timbunan yang Menjadi Jaminan.”

Kejadian 31:48

Rujukan Silang

  • +Kej 31:22, 23

Kejadian 31:52

Rujukan Silang

  • +Kej 31:44, 45

Kejadian 31:53

Nota kaki

  • *

    Atau “ditakuti.”

Rujukan Silang

  • +Kej 17:1, 7
  • +Kej 31:42

Kejadian 31:55

Rujukan Silang

  • +Kej 31:28
  • +Kej 24:59, 60
  • +Kej 27:43; 28:2

Lain

Kej. 31:1Kej 30:33
Kej. 31:2Kej 30:27
Kej. 31:3Kej 28:15; 32:9; 35:27
Kej. 31:5Kej 30:27
Kej. 31:5Kej 48:15
Kej. 31:6Kej 30:29, 30
Kej. 31:8Kej 30:32
Kej. 31:10Kej 30:39
Kej. 31:12Kej 29:25; 31:39
Kej. 31:13Kej 12:8, 9; 35:15
Kej. 31:13Kej 28:18, 22
Kej. 31:13Kej 35:14; 37:1
Kej. 31:15Kej 31:41; Ho 12:12
Kej. 31:16Kej 31:1
Kej. 31:16Kej 31:3
Kej. 31:17Kej 33:13
Kej. 31:18Kej 30:42, 43
Kej. 31:18Kej 35:27
Kej. 31:19Kej 35:2; Yos 24:2
Kej. 31:19Kej 31:14
Kej. 31:21Kej 15:18
Kej. 31:21Bil 32:1
Kej. 31:24Kej 20:3
Kej. 31:24Mz 105:15
Kej. 31:29Kej 31:24
Kej. 31:30Kej 31:19; 35:2
Kej. 31:33Kej 46:18, 25
Kej. 31:35Im 15:19
Kej. 31:35Kej 31:19
Kej. 31:38Kej 30:27
Kej. 31:391Sa 17:34
Kej. 31:40Kej 47:9
Kej. 31:41Kej 31:7
Kej. 31:42Kej 28:13; 31:29
Kej. 31:42Kej 31:53
Kej. 31:42Kej 31:24
Kej. 31:45Kej 28:18
Kej. 31:48Kej 31:22, 23
Kej. 31:52Kej 31:44, 45
Kej. 31:53Kej 17:1, 7
Kej. 31:53Kej 31:42
Kej. 31:55Kej 31:28
Kej. 31:55Kej 24:59, 60
Kej. 31:55Kej 27:43; 28:2
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35
  • 36
  • 37
  • 38
  • 39
  • 40
  • 41
  • 42
  • 43
  • 44
  • 45
  • 46
  • 47
  • 48
  • 49
  • 50
  • 51
  • 52
  • 53
  • 54
  • 55
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kejadian 31:1-55

Kejadian

31 Yakub mendengar anak-anak Laban berkata, “Yakub sudah mengambil semua harta milik ayah kita. Dia mendapat semua kekayaannya daripada harta ayah.”+ 2 Daripada raut wajah Laban, Yakub mendapati bahawa sikap Laban terhadapnya tidak lagi seperti dahulu.+ 3 Akhirnya Yehuwa berfirman kepada Yakub, “Kembalilah ke negeri nenek moyangmu, dan kepada sanak saudaramu.+ Aku akan terus menyertaimu.” 4 Kemudian Yakub menyampaikan pesanan kepada Rahel dan Lea supaya berjumpa dengannya di padang, iaitu di tempat ternakannya. 5 Dia berkata kepada mereka,

“Aku mendapati sikap bapamu terhadapku sudah berubah.+ Tetapi Tuhan yang disembah bapaku sentiasa menyertaiku.+ 6 Kamu berdua juga tahu bahawa aku telah bekerja untuk bapamu dengan sekuat tenaga.+ 7 Bapamu mencuba menipu aku dan mengubah upahku sebanyak 10 kali, tetapi Tuhan tidak membenarkannya berbuat jahat terhadapku. 8 Apabila bapamu berkata, ‘Ternakan yang berbintik-bintik akan menjadi upahmu,’ seluruh kawanan akan melahirkan anak yang berbintik-bintik. Tetapi apabila dia berkata, ‘Ternakan yang berbelang akan menjadi upahmu,’ seluruh kawanan akan melahirkan anak yang berbelang.+ 9 Demikianlah Tuhan mengambil ternakan kepunyaan bapamu berkali-kali dan memberikannya kepadaku. 10 Pernah sekali, semasa musim ternakan mengawan, aku tertidur dan dalam mimpi, aku nampak bahawa kambing jantan yang sedang mengawan itu berbelang, berbintik-bintik, dan bertompok.+ 11 Dalam mimpi itu, malaikat yang diutus oleh Tuhan yang benar berkata kepadaku, ‘Yakub!’ Maka aku menjawab, ‘Ya, aku mendengar.’ 12 Malaikat itu berkata, ‘Lihatlah, semua kambing jantan yang sedang mengawan itu berbelang, berbintik-bintik, dan bertompok. Aku* menyebabkan hal ini berlaku kerana Aku telah melihat segala yang dilakukan oleh Laban terhadapmu.+ 13 Akulah Tuhan yang benar, yang menampakkan diri kepadamu di Bethel.+ Di situ engkau menuangkan minyak ke atas sebuah batu peringatan dan bersumpah kepada-Ku.+ Sekarang, berangkatlah dan tinggalkanlah negeri ini, dan kembalilah ke negeri kelahiranmu.’”+

14 Rahel dan Lea berkata kepada Yakub, “Tidak ada lagi bahagian daripada harta bapa kami yang akan kami warisi. 15 Bukankah dia menganggap kami sebagai orang asing? Dia telah menjual kami dan menghabiskan wang yang diterimanya.+ 16 Semua kekayaan yang telah diambil oleh Tuhan daripada bapa kami sebenarnya milik kami dan milik anak-anak kami.+ Jadi, lakukanlah segala yang diperintahkan oleh Tuhan kepadamu.”+

17 Maka Yakub menaikkan semua anak dan isterinya ke atas unta-unta.+ 18 Selepas itu, dia membawa semua ternakan dan semua barang yang telah dikumpulkannya+ di Padan-aram, lalu pergi ke Kanaan, iaitu ke tempat bapanya Ishak.+

19 Semasa Laban pergi menggunting bulu biri-birinya, Rahel telah mencuri patung-patung terafim*+ kepunyaan bapanya.+ 20 Yakub bertindak dengan bijak dan melarikan diri tanpa memberitahu Laban, orang Aram itu. 21 Yakub membawa semua ahli keluarga dan harta miliknya lalu melarikan diri. Dia menyeberangi Sungai Efrat+ lalu menuju ke kawasan pergunungan Gilead.+ 22 Tiga hari kemudian, Laban diberitahu bahawa Yakub telah melarikan diri. 23 Maka Laban membawa saudara-saudaranya lalu mengejar Yakub. Tujuh hari kemudian, mereka menjumpainya di kawasan pergunungan Gilead. 24 Pada malam itu, Tuhan menampakkan diri kepada Laban dalam sebuah mimpi.+ Tuhan berfirman kepadanya, “Berhati-hatilah tentang apa yang akan engkau katakan kepada Yakub. Jangan mencampuri urusannya.”+

25 Pada masa itu, Yakub telah memasang khemahnya di kawasan pergunungan Gilead. Laban dan saudara-saudaranya juga berkhemah di kawasan yang sama. Laban datang kepada Yakub 26 dan berkata, “Apakah yang telah kamu lakukan? Mengapa kamu menipuku dan membawa lari anak-anakku seakan-akan mereka tawanan perang? 27 Mengapa kamu bertindak dengan licik dan melarikan diri dengan diam-diam? Jika kamu memberitahu aku, aku tentu mengizinkan kamu pergi dengan gembira dan diiringi nyanyian, tamborin, dan kecapi! 28 Kamu tidak memberi aku peluang untuk mencium anak-anak perempuanku dan cucu-cucuku. Bodoh betul tindakanmu itu! 29 Sebenarnya aku mampu mencederakan kamu, tetapi malam tadi Tuhan yang disembah bapamu telah berfirman kepadaku, ‘Berhati-hatilah tentang apa yang akan engkau katakan kepada Yakub. Jangan mencampuri urusannya.’+ 30 Aku tahu kamu pergi kerana kamu ingin sekali pulang ke rumah bapamu, tetapi mengapa kamu mencuri patung dewa dewiku?”+

31 Yakub menjawab, “Saya melarikan diri tanpa pengetahuan pak cik kerana saya takut. Saya berfikir, ‘Pak cik mungkin merampas anak-anak perempuan pak cik daripada saya.’ 32 Mengenai patung-patung itu, jika pak cik menjumpai orang yang mencurinya, orang itu akan dihukum mati. Periksalah harta milik saya di hadapan saudara-saudara kita, dan ambillah barang kepunyaan pak cik.” Tetapi Yakub tidak tahu bahawa Rahel telah mencuri patung itu. 33 Maka Laban masuk ke dalam khemah Yakub, khemah dua orang hamba perempuan itu,+ dan khemah Lea, tetapi tidak menjumpai patung itu. Setelah dia keluar dari khemah Lea, dia masuk ke dalam khemah Rahel. 34 Sebelum itu, Rahel telah mengambil patung terafim itu dan meletakkannya ke dalam bakul yang dipasang pada pelana unta, lalu duduk di atasnya. Laban menggeledah seluruh khemah tetapi tidak menjumpai patung-patung itu. 35 Kemudian Rahel berkata kepada bapanya, “Ayah, janganlah marah. Saya tidak dapat berdiri kerana saya datang bulan.”+ Lalu Laban mencari dengan teliti tetapi tidak menjumpai patung terafim itu.+

36 Yakub berasa marah, dan berkata dengan geram, “Mengapakah pak cik mengejar saya seperti mengejar seorang penjenayah? Apakah dosaku? 37 Setelah menggeledah semua barang saya, adakah pak cik menjumpai barang kepunyaan pak cik? Letakkanlah barang itu di hadapan saudara-saudara kita, dan biarlah mereka yang menentukan siapa antara kita yang benar. 38 Selama 20 tahun saya tinggal bersama pak cik, biri-biri dan kambing pak cik tidak pernah keguguran,+ dan saya tidak pernah makan seekor biri-biri jantan pun daripada ternakan pak cik. 39 Ternakan yang mati diterkam binatang buas+ tidak pernah saya bawa kepada pak cik, tetapi saya sendirilah yang menanggung kerugiannya. Pak cik selalu menuntut ganti rugi daripada saya apabila ternakan dicuri pada waktu siang atau waktu malam. 40 Pada siang hari, saya terdedah kepada panas terik. Pada waktu malam saya kesejukan, dan saya tidak dapat melelapkan mata.+ 41 Saya sudah tinggal bersama pak cik selama 20 tahun. Saya bekerja dengan pak cik selama 14 tahun untuk mendapatkan dua orang anak perempuan pak cik, dan 6 tahun lagi untuk mendapatkan ternakan pak cik. Lagipun, pak cik mengubah upah saya sebanyak 10 kali.+ 42 Seandainya Tuhan yang disembah bapa saya,+ iaitu Tuhan kepada Abraham dan Tuhan yang dikagumi* Ishak,+ tidak menyertai saya, pak cik tentu membiarkan saya pergi dengan tangan kosong. Tetapi Tuhan telah memperhatikan kesusahanku dan kerja kerasku. Itulah sebabnya Dia menegur pak cik semalam.”+

43 Kemudian Laban menjawab, “Wanita-wanita ini anak perempuanku, anak-anak ini ialah cucuku, dan kawanan ini kepunyaanku juga. Segala sesuatu yang kamu lihat di sini kepunyaanku dan kepunyaan anak perempuanku. Bagaimanakah aku sanggup mengapa-apakan mereka atau anak yang dilahirkan oleh mereka? 44 Oleh itu, marilah kita membuat perjanjian, dan perjanjian ini akan menjadi seperti seorang saksi antara kita berdua.” 45 Maka Yakub mengambil sebuah batu lalu menegakkan batu itu menjadi batu peringatan.+ 46 Yakub berkata kepada saudara-saudaranya, “Kumpulkanlah batu!” Lalu mereka pun mengambil batu dan membuat sebuah timbunan batu. Kemudian mereka makan bersama-sama dekat timbunan batu itu. 47 Laban menamakan timbunan batu itu Yegar-sahaduta,* tetapi Yakub menamakannya Galed.*

48 Kemudian Laban berkata, “Timbunan batu ini adalah seperti seorang saksi antara kita berdua hari ini.” Itulah sebabnya timbunan batu itu dinamakan Galed.+ 49 Timbunan batu itu juga dinamakan Menara Pengawal, kerana Laban berkata, “Biarlah Yehuwa memerhatikan kita semasa kita berjauhan. 50 Jika kamu melayan anak-anak perempuanku dengan buruk, dan jika kamu mengahwini wanita lain, walaupun tiada orang yang melihatnya, ingatlah bahawa Tuhan menjadi saksi antara kamu dengan aku.” 51 Laban juga berkata, “Inilah timbunan batu dan batu peringatan yang aku dirikan di antara kamu dan aku. 52 Timbunan batu dan batu peringatan ini menjadi saksi antara kita berdua.+ Aku tidak akan melintasi timbunan batu ini untuk mencederakan kamu, dan kamu juga tidak akan melintasi timbunan batu ini untuk mencederakan aku. 53 Biarlah Tuhan kepada Abraham+ dan Nahor, iaitu Tuhan kepada bapa mereka, menjadi hakim antara kita berdua.” Maka Yakub bersumpah demi Tuhan yang dikagumi* bapanya Ishak.+

54 Selepas itu, Yakub mempersembahkan korban di gunung itu dan menjemput saudara-saudaranya untuk makan. Mereka pun makan dan bermalam di gunung itu. 55 Keesokan paginya, Laban bangun awal, mencium anak-anak perempuannya dan cucu-cucunya,+ dan memberkati mereka.+ Kemudian Laban berangkat lalu pulang.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi