PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 38
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kejadian

      • Yehuda dan Tamar (1-30)

Kejadian 38:2

Rujukan Silang

  • +Kej 24:2, 3; 28:1

Kejadian 38:3

Rujukan Silang

  • +Bil 26:19

Kejadian 38:5

Rujukan Silang

  • +Yos 19:29, 31

Kejadian 38:6

Rujukan Silang

  • +Mt 1:3

Kejadian 38:8

Rujukan Silang

  • +Ul 25:5, 6; Mt 22:24

Kejadian 38:9

Rujukan Silang

  • +Rut 4:6
  • +Ul 25:7, 9

Kejadian 38:10

Rujukan Silang

  • +1Ta 2:3

Kejadian 38:11

Rujukan Silang

  • +Bil 26:19

Kejadian 38:12

Rujukan Silang

  • +Kej 38:2
  • +Yos 15:10, 12; Hak 14:1
  • +Kej 38:1

Kejadian 38:14

Rujukan Silang

  • +Ul 25:5

Kejadian 38:16

Rujukan Silang

  • +Kej 38:11

Kejadian 38:18

Rujukan Silang

  • +Kej 41:42; 1Ra 21:8

Kejadian 38:20

Rujukan Silang

  • +Kej 38:1

Kejadian 38:21

Nota kaki

  • *

    Atau “pelacur kuil.” Mungkin merujuk kepada orang yang melacurkan diri semasa upacara penyembahan dewa dewi orang Kanaan.

Kejadian 38:24

Rujukan Silang

  • +Im 21:9

Kejadian 38:25

Rujukan Silang

  • +Kej 38:16, 18

Kejadian 38:26

Rujukan Silang

  • +Kej 38:11; Ul 25:5

Kejadian 38:29

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Robekan.” Mungkin merujuk kepada robekan di perineum yang berlaku semasa melahirkan anak.

Rujukan Silang

  • +Kej 46:12; Rut 4:12; 1Ta 2:4; Lu 3:23, 33

Kejadian 38:30

Rujukan Silang

  • +Mt 1:3

Lain

Kej. 38:2Kej 24:2, 3; 28:1
Kej. 38:3Bil 26:19
Kej. 38:5Yos 19:29, 31
Kej. 38:6Mt 1:3
Kej. 38:8Ul 25:5, 6; Mt 22:24
Kej. 38:9Rut 4:6
Kej. 38:9Ul 25:7, 9
Kej. 38:101Ta 2:3
Kej. 38:11Bil 26:19
Kej. 38:12Kej 38:2
Kej. 38:12Yos 15:10, 12; Hak 14:1
Kej. 38:12Kej 38:1
Kej. 38:14Ul 25:5
Kej. 38:16Kej 38:11
Kej. 38:18Kej 41:42; 1Ra 21:8
Kej. 38:20Kej 38:1
Kej. 38:24Im 21:9
Kej. 38:25Kej 38:16, 18
Kej. 38:26Kej 38:11; Ul 25:5
Kej. 38:29Kej 46:12; Rut 4:12; 1Ta 2:4; Lu 3:23, 33
Kej. 38:30Mt 1:3
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kejadian 38:1-30

Kejadian

38 Kira-kira pada masa itu, Yehuda meninggalkan semua adik-beradiknya lalu mendirikan khemah berhampiran dengan tempat tinggal seorang lelaki Adulam yang bernama Hira. 2 Di sana, Yehuda nampak anak perempuan seorang lelaki Kanaan.+ Nama lelaki itu ialah Sua. Yehuda mengahwini perempuan itu dan bersetubuh dengannya. 3 Kemudian isterinya hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Yehuda menamakan anak itu Er.+ 4 Isterinya hamil lagi dan melahirkan seorang anak lelaki lalu menamakannya Onan. 5 Kemudian dia melahirkan seorang lagi anak lelaki lalu menamakannya Selah. Pada masa itu, Yehuda dan isterinya berada di Akhzib.+

6 Yehuda mengahwinkan Er, anak sulungnya, dengan Tamar.+ 7 Tetapi Er jahat di mata Yehuwa. Maka Yehuwa membunuhnya. 8 Kemudian Yehuda berkata kepada Onan, “Berkahwinlah dengan balu abangmu dan tidurlah dengan dia. Lakukanlah kewajipanmu kerana kamu adik suaminya. Dengan demikian, abangmu boleh mendapat keturunan.”+ 9 Tetapi Onan tahu bahawa keturunan itu tidak akan menjadi keturunannya.+ Oleh itu, apabila dia bersetubuh dengan balu abangnya, dia membiarkan air maninya meleleh ke tanah supaya abangnya tidak mempunyai keturunan.+ 10 Tetapi apa yang dilakukan oleh Onan jahat di mata Yehuwa, maka Dia membunuhnya.+ 11 Yehuda berkata kepada Tamar menantunya, “Tinggallah di rumah bapamu sebagai balu sehingga anakku Selah dewasa.” Yehuda berfikir, “Selah mungkin akan mati seperti abang-abangnya.”+ Maka Tamar pergi dan tinggal di rumah bapanya.

12 Beberapa lama kemudian, isteri Yehuda, iaitu anak perempuan Sua,+ meninggal. Apabila masa berkabung berakhir, Yehuda pergi ke Timna+ untuk berjumpa dengan orang yang menggunting bulu biri-birinya. Dia pergi bersama dengan Hira, temannya dari Adulam.+ 13 Tamar diberitahu, “Bapa mentuamu sedang pergi ke Timna untuk menggunting bulu biri-birinya.” 14 Oleh itu, Tamar mengganti pakaian balunya dengan pakaian lain. Dia mengenakan sehelai selendang dan mengambil sehelai kain lagi untuk menutup mukanya lalu duduk di pintu masuk kota Enaim, yang terletak di jalan yang menuju ke Timna. Dia berbuat demikian kerana dia tahu bahawa Selah sudah besar, tetapi dia belum diberikan kepada Selah sebagai isteri.+

15 Ketika Yehuda nampak Tamar, dia sangka wanita itu seorang pelacur kerana mukanya ditutup. 16 Lalu Yehuda menghampirinya di pinggir jalan dan berkata, “Izinkan aku menidurimu.” Dia tidak tahu wanita itu ialah menantunya.+ Tamar menjawab, “Apa yang akan tuan berikan kepadaku untuk tidur dengan aku?” 17 Lalu Yehuda berkata, “Aku akan menghantar seekor anak kambing daripada kawananku.” Tetapi Tamar bertanya, “Apa yang akan tuan berikan sebagai jaminan sebelum tuan menghantar kambing itu kepadaku?” 18 Yehuda menjawab, “Apa yang kamu mahu sebagai jaminan?” Tamar berkata, “Cincin mohor tuan+ dan talinya serta tongkat yang ada di tangan tuan.” Maka Yehuda memberikan benda-benda itu kepadanya. Kemudian mereka bersetubuh dan Tamar pun hamil. 19 Selepas itu, Tamar berangkat dan pergi dari situ. Dia menanggalkan selendangnya lalu memakai semula pakaian balunya.

20 Kemudian Yehuda mengutus temannya dari Adulam+ itu untuk menghantar anak kambing dan meminta kembali benda-benda yang diberikannya sebagai jaminan. Tetapi dia tidak dapat menemukan perempuan itu. 21 Orang Adulam itu bertanya kepada orang di Enaim, “Di manakah pelacur* yang biasanya menunggu dekat pinggir jalan di Enaim?” Mereka berkata, “Tidak pernah ada pelacur di sini.” 22 Oleh itu, dia kembali kepada Yehuda dan berkata, “Aku tidak dapat menjumpainya. Lagipun, orang di sana berkata, ‘Tidak pernah ada pelacur di sini.’” 23 Maka Yehuda berkata, “Biarkanlah perempuan itu mengambil benda-benda itu, supaya kita tidak dipandang hina. Sekurang-kurangnya aku sudah menghantar anak kambing itu, meskipun kamu tidak dapat menjumpainya.”

24 Kira-kira tiga bulan kemudian, Yehuda diberitahu, “Tamar menantumu sudah menjadi pelacur, dia juga hamil kerana perbuatannya itu.” Yehuda berkata, “Bawalah dia keluar untuk dihukum mati, kemudian bakarlah dia.”+ 25 Semasa Tamar dibawa keluar, dia mengirimkan pesanan kepada bapa mentuanya, “Pemilik benda-benda inilah yang membuat saya hamil.” Dia juga berkata, “Periksalah cincin mohor ini dan talinya, serta tongkat ini, dan lihatlah siapa pemiliknya.”+ 26 Selepas Yehuda memeriksa benda-benda itu, dia berkata, “Dia tidak bersalah. Akulah yang bersalah kerana aku seharusnya mengahwinkan anak lelakiku Selah dengannya.”+ Dia tidak bersetubuh dengan Tamar semenjak itu.

27 Apabila tiba masanya Tamar melahirkan anak, ternyata dia akan melahirkan anak kembar. 28 Semasa dia bersalin, salah seorang bayi kembar itu mengeluarkan tangannya, lalu bidan memegang tangan itu dan mengikatnya dengan benang merah. Bidan berkata, “Anak ini dilahirkan terlebih dahulu.” 29 Tetapi bayi itu menarik tangannya kembali, dan bayi yang satu lagi dilahirkan terlebih dahulu. Bidan itu berkata, “Begitu pula cara kamu mendesak keluar!” Maka anak itu dinamakan Perez.*+ 30 Selepas itu barulah adiknya, yang tangannya diikat dengan benang merah, dilahirkan. Anak itu diberi nama Zerah.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi